158

14 2 1
                                        

Aku ketap bibir memandang perkarangan vila keluarga Chia. Bukannya aku tak pernah datang ke sini. Dahulu sewaktu Ryan tinggal di sini, ada ada datang beberapa kali. Laman rumah keluarga Chia di hias dengan konsep taman. Beberapa petugas khas media, jemputan Stella berada di kerusi paling hadapan.

Aku berdiri di situ sendirian. Terdapat beberapa orang kenalan dan rakan-rakan.
Namun, aku cuba mengelak daripada di tegur oleh mereka. Aku lihat ibu Danny dan kakak Danny sibuk menyambut tetamu. Manakala datuk dan nenek Danny sedang berbual dengan tetamu kehormat.
Kejap. Itu bukan Menteri Perdagangan ke!? Eh! Kenapa macam ada Perdana Menteri jugak dekat meja sana?!! Aku telan air liur. Ternyata, Danny dan aku tinggal dalam dunia yang nyata berbeza!

"Yell?" Panggil suara yang hampir setiap hari aku dengar.
Ryan.
"Ya?" Balasku.

"Dah pergi jumpa pengantin perempuan dalam bilik menunggu?" Soalnya. Aku geleng. Aku tak rasa aku mampu jumpa Stella sambil tersenyum ucap tahniah macam yang Ryan baru buat.
"Rozy tengah teman Stella, you can meet them," pujuknya. Aku telan air liur. Entahlah. Aku rasa macam aku watak jahat yang sebenarnya tak dijemput ke majlis ini.

"No. I just come to eat," ujarku. Aku lihat kiri kanan, mana tahu boleh nampak pengantin lelaki pulak ke? Langit entah kenapa semakin mendung. Namun, walaupun langit mendung, tapi tak juga hujan, bolehlah...taman itu nampak tidaklah terlalu panas. Malahan, ada satu khemah lutsinar ada di tengah laman. Barangkali takut hujan.

Aku pandang kiri dan kanan. Tak ada pun Danny.
Aku teringin juga nak tengok dia pakai baju pengantin. Bahagia kah dia atas derita aku? Aku tak salahkan Stella merampas teman lelaki aku, aku juga sudah berhenti salahkan Danny atas sikap aku. Mungkin ada salah aku! Mungkin aku tak cukup baik untuk Danny sampaikan dia tinggalkan aku.

"Cari Danny?" Bisik Ryan. Dia menahan pelayan dan ambil minuman untuk kami berdua. Aku senyap sahaja.
"Dia dalam bilik menunggu pengantin lelaki," ujar Ryan.

"Kalau kau nak pergi aku rasa okey je, tadi ada beberapa orang perempuan ucap tahniah," sambut Ryan.

Ryan ni satu. Dia macam terpaling faham apa yang bermain di fikiran aku.

Aku diam.
Aku nak jumpa Danny, dan...

Aku pandang Ryan seraya mengeluh. Aku mendengus keletihan.
"Pres, you serious can act like nothing happend?" Soalku kemas. Ryan terdiam seketika. Dia kemudian pandang aku.

"If we kept on looking back, we cannot move ahead Yellena," selamba balasnya. Aku tarik nafas.

***
"Yell datang?" Soal Stella pada Rozy. Rozy bertukar suram. Antara dua orang kawan baik dia rasa serba salah. Stella sudah ceritakan apa yang berlaku. Nak tunggu Yell buka mulut, memang bukan dalam hayat inilah!

Sebagai rakan, Rozy tak salahkan sesiapa melainkan takdir. Sudah tertulis yang Stella akan kahwin dengan Danny. Ianya kehendak pemilik semesta! Macam dia dan Fiq! Bercinta sikit punya lama, dan akhirnya masing-masing kahwin dengan orang lain! Dan, mereka bahagia! Ikut takdir tak adalah teruk sangat!

"You nak jumpa dia ke?" Tanya Rozy. Stella tunduk. Dia bercampur baur. Antara bersalah dan tak bersalah sama banyak.

***

Aku ketuk pintu bilik menunggu, namun tak ada yang suruh aku masuk. Akhirnya, sebab pintu tak berkunci, aku tolak sedikit pintu tersebut dan menjenguk ke dalam. Kelihatan Danny sedang berdiri di hadapan cermin, masih terkial-kial dengan tali leher.

"Joey, aku dah cakap jangan masuk kan!" Marah Danny lalu pandang aku. Kami bertentang mata. Wajah tak puas hati Danny bertukar sugul. Bahkan, dia tunduk sahaja.

"No one is allowed here. Not even Joey or any other guest," katanya. Aku diam. Tadi, Ryan cakap yang ada tetamu perempuan datang ucap tahniah pada Danny. Takkan tipu kot!

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang