32

20 2 0
                                    

Tak sangka aku jatuh dalam perangkap Stella. Sepatutnya aku dan Rozy akan pergi dengar talk kerjaya pada hari ini, namun Stella beriya ajak aku teman dia ke pameran seni. Rozy pada mulanya agak marah sebab aku dah janji, namun dia akhirnya beriya menyuruh aku teman Stella dan Ryan.

Katanya, talk kerjaya tu dia boleh pergi dengan Fiq ataupun Jean.

Aku akhirnya ikut sahaja Stella. Saat kereta Ryan sampai di perkarangan asrama, aku membuka pintu untuk Stella duduk di hadapan. Kemudian, aku lihat Danny melambai dengan ceria di belakang.

Tergamam jugak aku. Tapi, Ryan suruh aku masuk cepat.

Sejurus aku masuk, Danny menghulurkan aku air kosong. Kemudian dia tersenyum. Aku melihat sisi Ryan dan Stella. Memang nampak macam pasangan yang dalam drama. Mereka memakai baju sama warna, ke arah nude dan pastel manakala aku memakai dress labuh lengan panjang bewarna sage green. Danny pula memakai baju turtle neck putih dan jaket, macam dalam drama televisyen. Yang penting, bau minyak wangi Danny sangat kuat dan menyengat hidung aku.

"Kenapa you pandang I?" Soal Danny padaku. Dah masa bila pulak aku pandang dia? Aku jeling okey?!
Aku geleng kepala.

Sesampainya di pameran seni, Ryan dan Stella berjalan berpegangan tangan di hadapan kami. Mereka bagaikan berada dalam buih tersendiri, walhal aku dan Danny ada di belakang mereka.

"Tengok lah pak cik dengan mak cik I tu," kata Danny sambil tersengih. Aku memandang Danny. Betul juga ya. Ryan merupakan pak cik kepada Danny, jadi kalau Ryan dengan Stella kahwin, Stella automatik akan jadi mak cik kepada Danny lah kan!
"Kenapa kau tak panggil Ryan pak cik? Dia kan status pak cik kau," ujarku. Entah apa yang membuatkan aku kata begitu.

"Eh! Geli lah!" Katanya. Danny memandang Ryan. Bahkan Ryan lagi muda setahun berbanding kakaknya. Dia kenal Ryan sejak dari hari pertama dia di lahirkan lagi. Ryan lahir pada awal tahun, manakala dia lahir pada bulan 12, walaupun beza banyak bulan, tak mengubah hakikat mereka lahir pada tahun yang sama.

"Yell, jom..." ajak Danny.  Aku ternganga. Kau jom nak ke mana?
Tiba-tiba, jom?

"Nak pergi mana?" Soalku. Walaupun pameran seni ini bosan dan tak mengenakan tiket, tapi aku yakin bahawa pameran seni seperti ini mungkin akan bermanfaat untuk orang-orang kaya macam Danny dan Ryan. Mana nak tahu, mereka nak kena beli lukisan ke, apa-apa karya seni yang berharga. Jadi, bolehlah berlatih dari sekarang.

"Ryan tu datang sini sebab nak dating je, bukannya nak tengok seni pun," entah macam mana Danny dapat meneka yang aku sebenarnya fikirkan keuntungan Ryan di masa kedepan. Aku memandang Danny.
"Habis, kau datang sini sebab apa?" Soalku.

"I datang sebab you datang," ujarnya bersahaja. Danny memegang hujung lengan bajuku. Aku akhir-akhir ni perasan yang Danny dah tak secara kasual sentuh aku. Mungkin dia dah sedar yang aku anti sentuhan manusia. Jadi, dia hanya berani pegang hujung lengan baju aku sahaja.

"Jom lah. Kita bagi Ryan dengan Stella privasi," ujar Danny.
Aku berfikir sejenak. Aku melihat Ryan, dia tak pandang pun lukisan, dia cuma pandang Stella sahaja.
"Okey," putusku.

***

Agak lama baru mereka perasan yang Danny dan Yell sudah meninggalkan mereka berdua. Itupun Stella yang perasan.

Tak sangka, Danny betul-betul minat nak kenal lebih rapat dengan Yellena. Dia masih ingat pada awal perkenalan, di mana Danny langsung tak bercakap dengan Yellena, bahkan suruh bagi senarai nama pun tak mahu. Entah apa yang menyebabkan Danny tiba-tiba tertarik dengan Yellena.

Tak di nafikan, awalnya Stella suka pada Danny. Siapa tak suka Danny? Muka bad boy yang menjadi piala bagi wanita. Memang lagenda lah kalau dapat tundukkan playboy itu!

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now