165

13 3 0
                                        

Ryan menolak troli yang ada bagasi. Nasib kami baik tak ada wartawan yang menunggu di ruang ketibaan. Usai keluar, kami menuju ke parkir kereta. Aku diam sahaja, sendiri berfikir, macam mana aku nak hadap Vlin.

Berdasarkan 100 panggilan tak berjawab dan mesej huruf besar daripada Vlin, aku dapat simpulkan yang hari ni tak begitu mudah untuk aku lalui.
Semua yang berlaku sangat mendadak, dan aku rasa aku tak dapat bernafas dengan semua hal ini.

"Shall we get some thing to eat first?" Soal Ryan.
Aku angguk setuju. Mungkin sebab perut aku lapar, jadi aku tak boleh berfikir dengan normal.

"What would you like to eat?" Soalnya.

"Anything Pres," balasku selamba.
"Nasi goreng cina preferablly," tambahku. Ryan tersengih.

***

Danny datang membawa barang-barang keperluan Stella di hospital. Melihat jambangan bunga, dia tahu ada rakan yang datang melawat. Barangkali Rozy dan Jean datang.

"You see the video?" Soal Stella sebaik sahaja Danny letakkan barang.

"Video apa?" Danny pura-pura tak ambil peduli. Stella merengus tak puas hati. Layanan Danny tak pernah berubah, cukup sekadar atas nama menjalankan tanggungjawab!

"Video ex you dengan ex I dekat konsert Taylor Swiss," tekan Stella. Sengaja dia cakap kuat-kuat perkataan ex agar Danny bangkit dan melayan dia.
"You ingat I ada masa ke untuk gosip semua tu? I busy kat office," Danny cari alasan. Walaupun kedengaran macam tak relevan, tapi dia gasakkan sahaja.

"Excuse me. Your ex girlfriend nak jadi your aunt to be!" Stella bangkitkan kemarahan Danny.
"Says someone who used to date my uncle," balas Danny tak mahu mengalah. Stella menjuihkan bibir tak puas hati. Selamba sahaja Danny nak buat dia marah.

"Kalau tak sakitkan hati I, you memang tak senang duduk kan," sindir Stella sinis.

***

"Kita dah sampai ke Pres?" Soalku usai membuka mata. Betul-betul di hadapan restoran dia memarkir kereta. Ryan angguk. Saat aku cuba buka tali pinggang dan pintu untuk keluar, Ryan menghalang aku dari buka pintu.

"What?" Soalku polos.

"We need to talk," katanya.

"Here? Or inside?" Soalku. Dia nak cakap pasal apa pulak? Jangan-jangan nak tarik balik lamaran semalam tak? Aku telan air liur...

"Here," katanya.
"Five minutes, then we go inside to eat," tambahnya.

Aku angguk.
Aku duduk bersandar kembali.

Ryan mencapai tangan kiri aku. Dia mengusap lembut jari jemari aku dengan tangannya yang lebih besar itu. Aku telan air liur memandang ke arah jari jemari Ryan yang sedang bermain dengan tangan aku yang sejuk.

"Yell, this is about our relationship,"
"You know, hubungan kita dah tak sama macam sebelum ni kan?" Soalnya.

Aku angguk. Ya, hubungan kami dah tak sama macam sebelum ni. Tapi, buat masa sekarang, aku tak rasa ada perubahan dalam hubungan kami.

"First step, I think we need to change how we call each other," cadangnya.
"Is that okay with you?"

Aku diam sebelum angguk.

"What would you like me to call you?" Soalku kekok.
Dia diam dan menggeleng tak tahu.

"Hmm," dia berfikir dan geleng tak tahu.
"How about you? Sayang? Baby? Princess? My love?" Soalnya bertanya nama panggilan yang aku suka.

Aku ketap bibir, berusaha untuk tidak tersengih agar tak kelihatan bodoh.
Aku angkat kening. Ryan tahan ketawa melihat aku.

"Emmm," aku kekok membalasnya.
"Princess sounds nice," bisikku perlahan, namun masih dapat didengari oleh Ryan.
Ryan juga tahan ketawa.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang