Kepulangan yang tidak diraikan. Semua orang fokus sangat dengan majlis budak tak guna tersebut, sampaikan tak ada satu orang pun yang menjemputnya hadir ke majlis atau pulang ke negara halaman.
Isabella. Bagaimana dia tahu tentang majlis. Tak lain tak bukan media sosial. Tanda pagar, video Toktok viral membuatkan Isabella ingin pulang semula. Ryan dah besar dan ada otak. Posisi sebagai Pengarah di syarikat Kak Ngah memanglah tak setara mana. Tapi, kalau dia bijak gunakan Ryan sebagai buah catur permainan, dia boleh kalahkan Abang dan Kakak dalam perang perebutan takhta Chia Group.
Lagipun, abangnya tak berminat uruskan syarikat. Semuanya disebabkan keterpaksaan. Natasha? Dari dulu sehingga kini tamak nak tunjuk dia paling hebat. Sedangkan, orang tamak selalu rugi. Natasha tak ada bakat dalam menguruskan HQ.
Isabella juga tak begitu hebat. Universiti? Gagal.
Peperiksaan? Tak pernah lulus.Tapi, siapa cakap semua ratu kena berpendidikan? Cukup dia ada anak lelaki yang berbakat dan menantu perempuan yang gigih bekerja, dia boleh hidup senang lenang dan goyang kaki.
Isabella naik ke atas. Baru jam 9 malam, pasangan pengantin baharu dah masuk tidur. Katanya esok kerja. Mulanya, dia marah juga kerana mereka masih kerja sedangkan boss patutnya cuti berkahwin. Tapi, memandangkan arahan Natasha, dia sekarang nak amalkan konsep tunggu dan lihat sahaja.
Isabella melintas di hadapan bilik pengantin baru. Terhenti seketika mendengar jeritan perempuan. Dia pandang pintu bilik yang terkatup rapat sebelum menekup mulut dan mengerutkan dahi. Cepat-cepat, dia berlari ke arah biliknya.
Mungkin silap ada padanya yang gatal nak tinggal sekali dengan pengantin baharu.Tapi, dia perlu cari ruang untuk berbaik dengan Ryan. Semuanya masih belum terlambat. Dia perlu pujuk Ryan baik-baik dan tolak Ryan mengatasi abang dan kakaknya.
***
"No abang, we can't do this," monyok muka Ryan usai aku leraikan pelukkan mautnya. Dia muncungkan bibir dan kembali membetulkan tali leher. Pagi isnin dan kami berdua perlu masuk kerja kembali. Hari pertama bekerja sebagai pasangan suami isteri, rasanya tak begitu teruk.
"Malasnya nak pergi ofis," rungutnya. Kami kemudian berpeluk, aku cuba pujuk Ryan namun dia masih lagi malas berganjak dari cermin.
Namun, kemengada-ngadaan kami berdua terputus usai sahaja terdengar laungan dari bawah.Mami.
Ibu kandung Ryan memanggil kami untuk....
Turun makan?Asalnya aku dan Ryan mahu minum kopi dan makan roti sahaja. Tapi, kalau dah mami panggil kami. Tanpa lengahkan masa, aku turun tangga di ikuti perlahan oleh Ryan.
"Good morning lovebirds," panggilnya menarik kerusi untuk aku dan Ryan. Melihat menu sarapan pagi di atas meja buatkan aku angkat kening.
Baked beans dari tin, salad dan telur mata. Nampak menarik."Come on have some breakfast," mami terlebih dahulu tarik aku dan paksa aku duduk di kerusi sebelahnya. Aku akur sahaja. Melihat aku sudahpun duduk, Ryan tanpa bicara ikut sahaja.
"Cepatlah makan," katanya menenung ke arah aku yang cukup kekok. Sudu dihulurkan ke dalam tangan aku.
Nampaknya, mami sangat baik sampaikan masakkan sarapan untuk kami."Cepatlah makan my daughter," katanya. Aku senyum dan mula suap makanan. Aku pandang ke arah Ryan dan tersengih. Dia menjeling, jelas tak suka dengan perilaku Mami Isabella.
"Baby,can't eat kacang," Ryan ingatkan aku. Melihat wajah Mami yang monyok, aku segera balas yang aku boleh makan telur dan salad.
"Ryan, sedap tak?" Soal Mami.
"It's baked beans from the tin, salad and ready to eat dressing, nak expect apa? By the way, I don't like fully cooked egg yolk," komen Ryan panjang mengundang tendangan dari aku. Aku tendang kaki Ryan dan jegil mata. Ryan pula? Nak tahu apa tindak balas nya! Dia cuma juihkan bibir.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...