39

22 2 0
                                    

Ryan mengemas biliknya. Dia meletakkan kembali sweater One Piece milik Danny di kerusinya. Danny memang suka sangkut baju merata! Usai, dia mengemas wayar dan extension yang berserabut di lantai. Fiq dan Jean masih lagi terbaring di lantai sambil main game dalam laptop. Cuma Ryan sahaja yang macam lipas kudung, ke sana ke sini buat kerja.

"Korang! Tolong kemas lah sama!" Ryan akhirnya melepaskan keluhan apabila mereka duduk diam tak bekerja. Danny pula sedang edit beberapa keping gambar dalam komputer riba. Sambil edit gambar, sambil minum nestum perisa coklat.

"Kemas buat apa? Nanti semak balik," komen Fiq. Walaupun ada kebenaran di situ, Ryan tetap sahaja mahu kemaskan barang-barang yang ada.
"Kenapa nak kemas?" Soal Jean rimas melihat Ryan berkemas sendirian, seterusnya dia pun turut tolong. Danny menghirup nestum panas, sesekali menjeling ke arah mereka yang bersusah payah.

"Yell nak datang," kata Ryan. Hampir tersembur nestum yang Danny sedang minum.
"Kau tak cakap pun!" Marah Danny. Dia yang memakai singlet putih sahaja dengan tracksuit hitam memandang mereka bertiga.
Tak ada seorang pun yang bagitahu kata Yell dah join Team A!

"Ha'ah la kan, hari ni," kata Fiq. Dia terus bangun, teringat yang mereka akan berbincang hari ini. Katanya perlukan seorang lagi ahli Team A.

Danny segera bangun mencapai sweater One Piece.
"Dia boleh naik ke asrama lelaki!?" Soal Danny. Segera dia meletakkan barang ke tepi. Danny memandang Ryan! Terasa bengang sebab Ryan boleh buat lambat-lambat bagitahu tentang Yellena! Eii!

"Ha! Dia dah sampai," kata Ryan, melihat mesej di telefon.
Danny cemas. Rambutnya masih lagi macam sarang burung, dia masih lagi tak mandi pagi dan kini "crush" datang pulak!
"Okey, aku turun gi ambil dia," kata Jean.

"Tak payah!" Danny menghalang.

"Aku turun!" Kata Danny sambil meletakkan minyak rambut.
Dia dah lama tak sembang dengan Yell. Tempoh hari, dia nak sembang tapi tak jadi sebab kawan junior yang Yell bawa asyik jeling-jeling dia! Rasa macam tak sedap dek hati. Lagipun, kalau ada Ryan, peluang dia nak sembang macam tipis sebab Yell macam tak suka berbual kosong.

Danny gopoh berlari ke pintu untuk menjemput Yellena. Dia memastikan boxer yang bergantungan di luar di kemaskan agar Yell tak nampak apa-apa yang memalukan. Habis dikerah budak aras agar masuk dan duduk diam dalam bilik.

Ini peluang untuk bercakap kembali setelah lama menyepi.

***
Aku garu kepala dibawah asrama lelaki. Kalau nak cakap soal adil, aku rasa macam agak adil di situ. Pelajar perempuan boleh masuk asrama lelaki dengan jemputan, namum pelajar lelaki dilarang sama sekali naik ke asrama perempuan. Aku pun tak pasti apa logik disebalik aturan berat sebelah ini, namun secara peribadi aku pun tak suka kalau lelaki masuk asrama perempuan.

Habis, lelaki okey ke kalau perempuan naik asrama diaorang!?
Mesti tak okey kan?

Namun, persoalan itu mati sebaik sahaja aku lihat Danny tersengih turun dari lif. Wajahnya ceria. Barangkali lebih ceria berbanding kali terakhir aku berjumpa dengannya.
Ryan pula satu hal. Katanya, meeting untuk International Game Creator Competition IGCC akan diadakan di bilik asramanya. Alasan dia mudah. Semua barangan dan komputer ada di bilik asrama tersebut.

Lagipun 3 mereka lawan aku sorang perempuan, memang lah diaorang yang menang!

"Morning Yell," sapa Danny.
"Hi," balasku.

"Stella tak datang?" Soal Danny. Barangkali cuba cari topik perbualan. Maklumlah! Stella kan girlfriend Ryan, mestilah dia akan datang sekali!
"Stella balik kampung. Dua tiga minggu jugak," ujarku.
Danny membuat mulut bulat. Dia kemudian mengiringi aku masuk ke dalam lif. Asrama dia dan Ryan di Tingkat 1. Kata orang, asrama tingkat 1 , yuran lebih mahal kerana asrama itu muatkan dua orang pelajar satu bilik.

Asrama aku pula, enam orang satu bilik! Haa!

"Oh, by the way! Tahniah sebab dapat mvp untuk ragbi tournament hari tu," ujarku. Perkara itu menjadi bualan semua pelajar. Aku cuma dengar khabar angin sahaja yang Danny menjadi player terbaik keseluruhan. Danny garu kepala.
"Mana you tahu?" Soalnya.

"Everyone knows," jawabku. Dia angkat kening. Pintu lif kemudian terbuka.

Sebaik sahaja aku keluar, aku dengan suara lelaki bersorak. Danny segera menghalau mereka, macam dia halau monyet. Aku keraskan muka, apa hal lah mereka ni! Aku dah la tak pernah naik asrama lelaki! Jadi macam ni pulak!

"Ei! Diam lah!" Kata Danny, cuba melindungi aku. Aku memandang Danny yang berjalan di hadapan aku. Dia memakai baju One Piece hari tu. Badannya lebih tinggi, dan...
Bahu dia memang bidang luas macam ni ke? Aku jarang perhatikan dia dari dekat.

"Sorry Yell," ujarnya.
"Takpe," balasku sepatah.

Sebaik sahaja aku masuk, mata aku melekat pada Ryan Chia.
"Yo! Yell!!" Fiq menyapa aku.

"Welcome!" Ujar Jean, mengalu-alukan kehadiran aku. Danny berdiri di sebelah aku, di muka pintu. Ryan kemudian bangun dari kerusi. Dia mendekati aku, bersama Fiq dan Jean. Ryan berdiri di tengah.
Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Welcome to Team A," sapanya. Mata Ryan redup. Di sebalik cermin mata, mata kuyu itu tersenyum ikhlas pada aku. Wajahnya redup dan tenang. Aku menyambut huluran tangan itu.

Aku tersenyum pada Ryan.

Kalau tak boleh memiliki, boleh ke aku sekadar nak duduk di tepi?

***

Vlin memejamkan mata sambil memandang ke arah bangunan pencakar langit. Keputusan Yell untuk bekerjasama dengan Ryan tak boleh dihalang. Bahkan, Vlin juga tak berhak menghalang Ryan dan Yellena.

"Hi," sapa satu suara. Steve. Vlin memusingkan kerusi.
"Ada apa yang buatkan tuanku turun menghadap patik?" Soal Vlin sengaja. Dia tersenyum nakal.
"Just to hand you some files," katanya.

Vlin tersenyum sinis.
"Wow," kata Vlin.

"Wanna go on a date tonight?" Soal Steve. Vlin memandang ke arah Steve tak berkelip.
"Woww," puji Vlin.

Steve memandang Vlin, penuh pengharapan.

"Sure," jawab Vlin terus bersetuju.
Steve tersenyum ringkas. Dia bangun dari kerusi, bersedia untuk bergerak keluar.

"Is something bothering you?" Soal Vlin. Steve tersenyum pahit.
Hanya seorang sahaja di dalam dunia ini yang memahaminya,
Wanita itu tidak lain tidak bukan ialah Vlin Beck.

Orang boleh gelar Vlin kekasih gelap atau perempuan simpanan, ataupun perosak rumah tangga orang...
Namun begitu, bagi Steve...

Vlin umpama tali yang menyelematkannya ketika dia hampir hanyut dibawa ombak laut kehidupan.

Vlin, sentiasa akan ada di saat dia jatuh terduduk, kesedihan dan bersendirian. Dan bagi seorang Steve, dia berterima kasih disebabkan Vlin sentiasa cuba memahaminya, bertanya dia saat dia jatuh.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now