G-idle - Tomboy
Ryan tersenyum lebar dari tadi. Bebola matanya melekat pada Stella, bagaikan mereka berada di ruang waktu yang tersendiri. Aku pula, bagaikan halimunan yang sedang leka makan di tepi Stella tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
Kadang aku terdengar tawa kecil Stella. Seronok betul mereka berbual sampaikan aku dah jadi halimunan. Sesekali aku menjeling, paling menarik mata aku ialah pinggan Stella yang penuh dengan lauk protein. Selalunya dia tak makan banyak macam tu pun, entah apa yang dia cuba tunjukkan pada Ryan dengan penuhkan pinggan dengan lauk pauk kantin.
Macam lah dia makan habis."Eh, I nak tapau balik lauk ni boleh," kata Stella. Aku menjeling Stella. Pesan banyak-banyak, tak habis boleh tapau. Jimat lah lauk makan malam nanti. Aku angguk setuju dengan Stella.
"Eh. Kalau korang nak order lagi, order lah. Bawa balik dekat member bilik sama," katanya. Wajahnya tenang, seolah memang maksudkan setiap bait kata.Berdasarkan apa yang aku kenal Ryan, dia memang tak kedekut bab-bab belanja makan. Mungkin sebab tu ramai kawan selalu cari dia untuk makan.
"Okay then," kata Stella lantas bangun. Ryan menghulurkan kad makan di kantin. Di kantin universiti kami, kami perlu topap kad untuk isi wang makan. Kemudian, wang dalam kad itu boleh di akses untuk guna di kantin dan kedai-kedai universiti. Aku melihat Stella bangun untuk beli makanan buat roomate kami. Ryan pula kelihatan bahagia, tak terkesan langsung.
Mungkin aku yang berperasaan begini. Dah la Ryan belanja kami dua makan, siap bawa balik dekat roomate lagi. Eh, melebih tu. Makanan yang asalnya sedap terasa sukar ditelan, rasa bersalah mula menyelubungi aku.
Ryan pun student. Kalau duit dia habis macam mana?
Yang Stella pun satu hal. Aku tahulah dia nak buat Ryan meluat dekat dia, tapi tak payahlah sampai nak kikis duit laki tu kak oi!Aku diam, jeling Ryan yang muka macam orang angau. Aku minum air, masih menjeling Ryan yang tampak cukup santai. Macam orang tak ada masalah lagak dia! Amboi.
"Baik kan Stella," ujarnya. Hampir tersembur air yang aku minum.
"Hah?" Soalku kembali."Kau ingat senang ke? Sampai roomate dia makan tak makan pun dia prihatin," puji Ryan dengan senyuman yang aku boleh katakan cukup ikhlas.
Dah kesitu pulak dia fikir. Lain macam!
Gaya dia senyum macam senyuman ikhlas kebiasaan Ryan. Tak fikir langsung macam apa yang aku fikir. Sempoi lagaknya. Tidak lama kemudian, Stella kembali pada kami berdua. Dia memulangkan kembali kad kepada Ryan seraya mengucapkan terima kasih.
"Eh, takpe," balasnya. Aku sengih pada Stella.Minah ni, lain macam.
"Jom babe," kata Stella setelah dia pau duit makan Ryan. Ryan tercengang. Kau ingat minah Stella ni senang ke nak ayat? Kau silap brother! Aku pun bangun, saja ikut rentak Stella.
"Stella! Wait," kata Ryan."How about a movie lepas ni?" Soalnya. Aku jeling Stella yang pura-pura berfikir. Dia meletakkan hujung jari pada dagu, sekali pandang memang comel habis. Aku pula, sebagai watak kedua dalam kisah Stella dan Ryan yang entah jadi atau tak jadi, aku hanya mematung di situ.
Memang standard lah lepas keluar makan ajak tengok wayang."I kenyang. Tak da mood nak tengok movie," kata Stella angkuh. Sebenarnya aku tau yang dia tengah acah jual mahal.
Acah la kau. Macam seronok pulak drama ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...