Aku hulurkan dokumen dalam fail putih untuk Ryan tanda tangan. Sambil itu, aku tersengih-sengih. Aku patut bagitau Ryan dulu! Nanti senang lah aku nak ambil cuti kahwin!
"Kau apahal?" Soalnya. Aku sengetkan kepala, tersenyum gembira.
Ryan pandang aku sambil bersandar pada kerusi."You good?" Soalnya kekok. Aku senyum melebar, sampaikan mata turut mengecil. Dengan pantas, aku keluarkan tangan kanan dan letak di hadapan muka Ryan. Dia pejamkan mata laju sebab terkejut, dan kemudian buka mata kembali untuk melihat kejutan aku.
"Jeng jeng jeng!" Kataku. Aku senyum bangga! Kau jangan ingat kau seorang sahaja yang boleh kahwin ada berita gembira! Aku pun! Buktinya, cincin lamaran Danny dah tersarung elok di jariku! Perfect! Sekali pandang, memang cincin itu kenal tuan!
Wajah Ryan berubah tidak gembira. Dia memandang cincin di jari manis aku tanpa sebarang kata. Dan, ketidak gembiraan jelas terpamer di wajahnya. Aku sengih.
"Come on! Say something..." ujarku, sedikit kekok.
"Yell," panggilnya.
"I think you should think more about this," katanya jujur.
Tanpa di suruh aku tarik kerusi dan duduk di depan Ryan.
Aku pandang Ryan."Ryan," panggilku.
"Aku tak pernah yakin dengan keputusan aku. I think this is the best decision I ever made in my life!" Kataku bangga.
Ryan diam.
Aku menunjukkan cincin kepadanya sekali lagi."It fits me perfectly right?" Soalku. Ryan mendengus sebelum anggukkan kepala.
"Don't tell anyone yet. My dad or even Danny yang I dah accept his proposal," kataku.
"Okay," putus Ryan.
Aku tersengih.
"Are you that happy?" Soal Ryan.
"Hmm," aku angguk sambil tersenyum.
"Tak sabar nak cakap dengan Danny pasal I accept his proposal," ujarku. Ryan senyap, membisu sahaja."Byee...see you!" Dengan gembira aku melambai sambil berlagak dengan cincin yang tersarung di jari.
***
Ryan memicit ubun-ubun sebelum meraup muka. Dia mendengus perlahan. Dia kemudian mencapai telefon, seketika memandang telefon sebelum letakkan kembali dan mendengus. Kemudian, Ryan tersandar pada kerusi sambil memejamkan mata.
Di telan mati bapa, di luah mati emak.
Dia tak sanggup menipu lagi.
Ya. Danny dan Yell merupakan pasangan serasi. Dia tahu. Dia cemburu. Melihat Yell begitu gembira, hatinya pula yang hancur untuk wanita itu.
Mana tidaknya, Yellena masih belum tahu cerita.
Yang akan kahwin dengan Danny ialah Stella!
***
"Vlin!" Johnny hampir mengamuk mendengar cerita Vlin. Dia macam tak percaya, anak perempuannya dipermainkan sebegitu rupa.
"I heard this from his dad. It's legit," kata Vlin.
"Kenapa tak bagitau Yell?" Soal Johnny. Dia rasa kecewa, marah dan rasa nak ambil parang acu pada leher Danny sekarang.
"I thought that I should not campur their matters, just like Yell doesn't involve herself with mine," ujar Vlin sambil minum kopi yang sedia terhidang.
Johnny mendengus.***
"You tak nak cakap dengan Yell lagi pasal kita?" Soal Stella. Danny mendengus.
"I tunggu masa yang sesuai,"kata Danny. Senang cakap, dia sebenarnya tak sampai hati nak kecewakan Yellena! Dia yang bersungguh mulainya. Dan dia juga yang hancurkan harapan wanita itu dalam sekelip mata. Setiap kali memandang senyuman riang Yellena, rasa bersalah mulai menghantui diri. Bahkan, dia terasa sesak nafas setiap kali Yellena menyatakan kepercayaan terhadapnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...