Rakaman CCTV yang diperoleh dengan harga 5k. Ryan mendengus. Agak berfungsi sebenarnya dia mengupah pekerja di parti tempoh hari. Buktinya, dia dah dapat rakaman CCTV yang mengambil gambar Steve dan Vlin sedang berpegangan tangan di rooftop kelab malam.
Itu sebab dia panggil pelayan tiba-tiba:
Nasib sahaja malam itu ayah dan ibu tak datang. Kalau tak, mesti Steve takkan berani buat hal.
Ryan memerhati rakaman itu lama. Entah apa yang mereka buat di titik buta cctv, sampaikan bila muncul kembali, pakaian mereka tidak begitu rapi. Ryan mulai pening kepala. Dia melihat ke arah e-mel yang masuk, dah la kerja banyak nak diurus.
Kalau dia tak masuk campur, dia risaukan Danny dan Yell.
Kalau dia masuk campur, dia tak mahu buat abang marah dan sebagainya.
Kalau dia bagitahu ayah dan ibu....tak! Mereka bukan budak kecil lagi! Sikit-sikit nak beritahu ayah ibu. Hal itu akan buat Natasha campur tangan.
Lebih baik, Natasha jangan campur tangan. Boleh porak peranda keluarga. Natasha dan kakak iparnya bagaikan minyak dengan air, sentiasa tak sekepala.Kalau bagitahu Diana ataupun Danny...
Lagilah tak boleh. Bayangkan Diana sedih sudah cukup untuk Ryan rasa bersalah. Apatah lagi Danny.
Waktu kecil, hanya Diana dan Danny sahaja yang akan menghalang Natasha daripada membulinya. Diana dan Danny bukan cuma keluarga, malahan juga rakan merangkap saudara sendiri.Ryan mencapai telefon. Dia menghantar pesanan pada seseorang.
Pintu diketuk. Abraham tersembul di muka pintu.
"Pres! Pasal MT tu aku roger Yell boleh?" Soalnya. Ryan angguk.
***
Sumpah tak sabar. Walaupun sekarang waktu kerja, aku lagi seronok nak plan trip aku dan Danny hujung minggu depan. Kami dah tak ada masa lain sebab Danny terlampau sibuk. Bayangkan, semua jadual yang dia atur terpaksa dipercepatkan. Jadi, kami cuma ada hujung minggu depan sahaja untuk luangkan masa bersama.
Minggu ni tak boleh sebab aku nak tolong Stella pindah rumah. Setelah berbincang dengan pengurusan, mereka buat keputusan untuk biarkan Stella tinggal seorang. Lagipun, baju Stella perlukan satu bilik besar untuk dijadikan wardrobe khas. Tinggal di apartment sangatlah tak sesuai dan tak ada privasi. Jiran tetangga yang asyik perhati bila Stella naik elevator, memang tak selesa. Jadi, dia mahu pindah ke apartment persendirian, ada privasi sedikit. Jiran juga dikalangan artis syarikat, tak adalah orang asing!
Fungsi jugak syarikat dia kadang-kadang.
Aku lihat gambar hotel. Hari ni aku tak adalah sibuk macam kebiasaan. Barangkali sebab jualan 8.8 Shopa dah habis, dan tidak ada apa-apa urusan mendadak yang memerlukan perhatian lebih.
Aku buka senarai hotel. Danny awal lagi dah pesan nak kongsi bilik dengan aku. Jadi, aku patut ambil bilik yang mana ya? Bilik biasa? Bilik satu katil queen! Ataupun bilik honeymoon suite? Eh! Bila fikir balik, segan lah pulak aku! Sampai mana dah aku berangan ni!!?
"Kau dah tengok hotel Yell? Laju..." kata Abraham yang entah muncul dari mana. Aku terkejut, terus menampar tangan Abraham. Kalau ada sakit jantung, aku dah jadi arwah!
Aku pandang Abraham.
Sibuk je."Aku rasa yang ni okey," katanya. Aku jeling. Sibuk lah kau! Aku nak pergi trip dengan pakwe aku, yang kau kalut ni kenapa? Eh! Tak bagi orang privacy langsung!
"Kau book ke? Nanti update dengan bahagian akaun," pesannya. Aku kerutkan dahi tak faham. Hello! Aku nak pergi trip dengan pakwe aku, dah kenapa pulak aku nak update bahagian akaun? Trip aku dengan Danny kot! Bukan kacau duit syarikat pun! Aku terkebil-kebil lagi.
"Kau apahal Yell?" Soalnya. Aku diam.
"Kau book hotel untuk MT syarikat kan?" Soalnya.Aku tepuk dahi. Sumpah aku dah lupa pasal MT, management training syarikat. Aku langsung tak ingat atau terlintas yang kami akan ada group MT lepas jualan 8.8. Aku pandang Abraham. Macam mana aku nak minta excuse daripada Abraham? Aduh!
Ini dah jadi satu masalah. Kalau aku skip MT, nanti apa pula kata yang lain. Selain itu, apa pula pekerja lain akan kata kalau aku tak nak pergi. Danny pula satu hal. Selain hujung minggu hadapan, dia dah tak ada masa free hujung minggu untuk diluangkan dengan aku. Nak tak nak, aku kena awalkan salah satu antara MT dan trip agar tak bertembung.
"MT ni tunda tak boleh ke? Memang kena hujung minggu depan gak eh?" Soalku. Abraham pandang aku.
"Tak leh. Minggu ni security department nak selenggara apa entah. Lepas tu minggu-minggu berikutnya ada audit, macam-macam lagi. Nak tak nak kena jugak hujung minggu depan," tegasnya.
"Kenapa? Kau ada hal ke minggu depan?" Abraham tanya aku. Aku garu kepala. Macam mana aku nak cakap?
***
Stella terus tanda tangan kontrak. Dia dapat tawaran variety show, Hi Youth. Show mereka berkisarkan kehidupan remaja bandar yang akan masuk kampung, buat kerja kampung. Selepas ini, dia akan makin sibuk dan tak ada banyak masa.
"Hope to work with you," tegur produser dan pengarah variety show tersebut. Stella angguk. Dia bukan sahaja bersedia dari segi mental, malahan bersedia juga dari fizikal.
***
"What is it? Tiba-tiba you nak jumpa I? I think Shopa did well for 8.8," komen suara itu. Belum sempat duduk, wanita itu sudah bersuara. Ryan memandang ke arah wanita itu. Pakaian korporat, baju putih dan slack hitam.
"I baru balik courthouse," ujarnya.
"You still take courthouse cases?" Soal Ryan tersenyum.
"Sometimes, tengok kes jugak," sambut Vlin. Ryan mempersilakan wanita itu duduk. Vlin kemudian memesan makanan daripada pelayan.
"Your treat right?" Soal Vlin. Ryan angguk."Then, I would like to order the most expensive one," ujar Vlin pada pelayan. Vlin senyum riang.
"Apahal you nak jumpa I? Is there anything to discuss with Tang Foundation?" Soal Vlin. Ryan menggeleng. Vlin mendengus.
"Nothing? Then you asked me to meet you?" Soal Vlin serius. Ryan senyum segaris. Dia mendengus.
Kemudian, dia menghulurkan satu pendrive kepada Vlin."Apa ni?" Soal Vlin.
"Please leave my brother alone," ujarnya. Vlin mengetap bibir, rasa nak ketawa. Vlin kembali bertenang dan angkat kening.
"What?" Soal Vlin. Mukanya berubah tegas dan tak puas hati. Ryan mendengus.
"I got evidence," kata Ryan menunjukkan pendrive di tangan Vlin."In here?" Soal Vlin. Dia memulangkan kembali pendrive kepada Ryan.
"You know bout Yell and Danny?" Soal Ryan. Vlin angguk.
"You both know and do nothing?" Tegas Ryan. Vlin angguk."I don't find any necessity for me and Steve to break up," ujar Vlin.
"I love him. He loves me. That's it," ujar Vlin tegas. Ryan mendengus, dia sendiri tak puas hati dengan gaya Vlin yang lepas tangan.
"This is not my place to interupt," jujur kata Ryan. Dia sedar diri. Dia bukan sesiapa untuk halang Steve mahupun Vlin bercinta.
"I'm sorry if I'm being rude. But, I asked you to break up is for Yell sake," tegas Ryan.
"Yell is a good friend of mine," tambah Ryan.
"Danny is my nephew. No, my brother," kata Ryan lagi.
"She's so important that I can't imagine she get hurt knowing this," tegas Ryan."You know her self-destructive history," ujar Ryan.
"She takes a longer time to accept Danny into her life," terang Ryan.
"I don't want you to hurt her. After all..." Ryan cuba terus terang dan jujur."Faham," kata Vlin sepatah,selepas mendengar Ryan bersuara panjang lebar.
"I faham je kalau you nak cakap my relationship with Steve will hurt Yell or Danny Chia," tegas Vlin. Vlin memandang ke arah Ryan.
"No worries. We won't get married or whatever," terang Vlin.
"But. I think...you should stop," tegas Vlin.
"If Yell and Danny knows about this, just let them know," kata Vlin.
"They aren't kids you know," kata Vlin mengemas beg tangan. Dia dah tak ada mood nak bercakap."Yell...." Ryan sebut nama Yell.
Vlin senyum sinis.
"You're 'that' worried about Yell aren't you?" Soal Vlin. Ryan ketap gigi, dia pandang Vlin tak berkelip. Vlin senyum sinis.
"You must like Yell that much," komennya sebelum angkat kaki.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...