Aku lihat Outstagram Stella mendapat 1 juta likes! Gempak kan! Mana taknya, Stella upload gambar tengah pegang stereng kereta Mercedez Benz. Aku sambil minum kopi di pantri pejabat, cuba perbesar gambar itu. Jelasnya, gambar tangan Stella. Aku cuba baca caption, tiada kapsyen panjang; yang ada tanda pagar "work hard" sahaja.
"Nice right?" Soalan Ryan mengejutkan aku. Hampir tersembur kopi yang aku minum. Ryan muncul macam malaikat maut dari belakang, sambil tekan butang air sejuk ke dalam gelas. Dia kemudian senyum ke arah aku.
"I got it for her," katanya. Aku nganga. Lain benar dari kapsyen Stella yang jelas mengatakan dia dapat beli kereta mewah dengan duitnya sendiri. Aku pandang Ryan.
Rupanya, Ryan yang belikan kereta mewah untuk Stella sempena hadiah."Stella dah baik dengan kau?" Soalku. Ryan angguk.
"Got her a car, and she's thinking positively to meet my parents," ujarnya. Aku diam. Bunyi macam Stella materialistik, tapi aku yakin Ryan tak bermaksud begitu.Sewaktu aku jumpa ibu Ryan tempoh hari, aku dapat rasakan bukan senang untuk memenangi hati wanita itu.
Aku angkat kening.
Setahu aku Stella tak nak jumpa ibu bapa Ryan lagi."When will you meet up with Stella's parent?" Soalku.
"I don't know. It'll takes time. Let her meet my parents first, next baru fikir meet her parents," katanya. Muka Ryan tak nampak ceria, macam risau sahaja. Aku amati gerak geri Ryan, dia acah minum air sedangkan aku tahu yang hatinya tak tenang."Stella is so lovely, your parents will like her," ujarku cuba tenangkan Ryan. Dia kemudian tersenyum.
"I don't worry bout Stella. Do you think her parents can accept me?" Polos sahaja soalannya. Aku senyum tawar dan angkat kening. Bodohlah kalau ibu bapa Stella tolak Ryan. Dalam banyak-banyak lelaki yang aku kenal, susah nak cari lelaki yang boleh dikatakan sempurna macam Ryan. Berasal dari keluarga yang baik-baik dan ternama, ada syarikat sendiri tak mengharap bantuan keluarga, kacak dan setia dalam hubungan.Ryan just too perfect y'knaw.
Nak apa lagi."They'll like you," aku mencuba untuk tenangkan Ryan. Tak sangka, dia lebih risaukan penerimaan keluarga Stella terhadap dirinya berbanding penerimaan keluarganya terhadap Stella. Aku pernah berjumpa Madam Chia banyak kali, tapi jarang berinteraksi. Namun, berdasarkan komen Madam sewaktu aku hantar Ryan tempoh hari, aku dapat rasakan wanita itu ada standard tersendiri. Tak tahulah.
"By the way Yell, we've got the schedule. Bila ready, we can start shoot iklan," ujarnya. Aku cuma balas okey sahaja. Ryan angguk kepala. Dia masih berdiri di situ, aku minum kopi sementara dia minum air sejuk. Rasa awkward tiba-tiba.
"You good?" Soalnya. Aku angguk. Dia kemudian tersenyum dan mengangangguk.
"Anything just tell me," ujarnya. Aku angkat kening, dan angguk sahaja. Dia tampak risau mengenai aku sedangkan tak ada apa-apa yang perlu dia risaukan. Ryan Chia masih tak berganjak, dia berdiri di situ bagaikan nak cakap sesuatu. Tapi dia kelihatan keberatan, jadi Ryan pura-pura sahaja berdiri minum air tak habis-habis.Aku letakkan cawan ke dalam sinki.
"Ryan, kau ada apa-apa nak cakap dengan aku ke?" Aku bertanya. Melihat dia terkebil-kebil dan menghadiahkan senyuman, aku jadi ternanti-nanti hujahnya.
"A few days ago, aku ada salah faham sikit dengan Vlin," ujarnya. Aku senyap. Salah faham? Aku tak pasti apa maksudnya. Aku cuba ingat kembali, mungkin perihal Vlin "control" aku. Tapi, hal kecil begitu takkan aku nak heboh-heboh betul tak?
"Did she talk it out with you?" Soalnya. Aku sengih sahaja.
"Vlin gonna be Vlin," ujarku.
"Don't worry too much. She's probably think nothing much out of it," ujarku."I'm being serious bout my words Yellena," ujarnya.
"Vlin is your family. That's a fact. But she's not the only family you have left," balas Ryan. Ayat Ryan ada faktanya, tapi sedikit buat aku geram. Sibuk pulak dia dengan life aku. Aku senyum sahaja, maklumlah ; dia kan boss, aku orang bawahan!

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomantizmAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...