Cuti semester berlalu dengan pantas. Kami pun dah masuk Tahun 2. Stella dan Ryan sudah bersama, dan yang paling penting tak ramai yang tahu tentang hubungan mereka. Katanya, nak rahsiakan dulu.
Aku pula? Sibuk dengan kemasukkan pelajar baru dan pendaftaran persatuan. Samantha sudah bergraduasi dari bangku presiden, dia mencadangkan agar Ryan terus dicalonkan. Aku berdiri di booth pendaftaran persatuan pelajar.
Sebenarnya tak ramai pun yang nak masuk. Batch kami ada dua tiga pendaftaran baru. Pelajar baharu pula ada dua tiga orang sahaja. Tapi, ada pelajar lelaki. Selebihnya borang kosong yang acah macam ada ramai dah isi nama. Semuanya nak mengaburi mata pendaftar baharu.
Masih ingat lagi, ketika aku jatuh tersungkur. Habis kertas berterbangan. Tak ingat siapa yang ada waktu itu, namun persatuan pelajar selamatkan kertas dan bukannya aku. Barangkali tak mahu scam mereka terdedah. Nasib waktu itu ada Ryan.
"Ramai tak student baru register?" Soal Ryan yang tiba-tiba muncul.
Aku menunjukkan borang pendaftaran.
Cuma ada tiga orang sahaja, dua orang perempuan dan seorang lelaki yang boleh tahan juga rupanya."Ada lelaki," kataku. Ryan melihat borang pendaftaran.
"Oh, HuangDi Group," komennya. Tiba-tiba."Kau kenal?" Soalku. Dia angguk.
"Tak kenal sangat. Tapi tahu lah," ujarnya memberi borang dengan nama Chen Jun Yu kepadaku.
Mukanya nampak macam budak nakal."Pemilihan presiden baru tu Samantha nak guna veto ke lantik? Or ada pilihan raya dalam persatuan?" Soalku.
"Kalau ada pilihan raya pun tak salah," ujarnya. Aku angguk.
"Nampak gaya macam tak ada," balasku. Ryan angguk. Dah ramai yang ucapkan tahniah padanya sewaktu dengan Sam nak bersara. Paling penting, dia baru masuk Tahun 2, selalunya presiden untuk wakil tahun 3!"Goodluck Ryan," ujarku menjeling beg lusuh hijau yang disandang. Aku sedikit gembira melihat sulaman bunga kuning yang ada pada begnya.
"Cuti sem, kau buat apa je?" Soal Ryan.
Cuti semester lepas, aku pulang ke rumah Vlin. Namun, Vlin sering sibuk dengan kerjayanya yang baharu, di samping dia masih ambil lagi tempahan interior design. Aku cuma duduk di dalam bilik sahaja, baca novel dan buat apa yang patut ataupun marathon tengok drama. Tak ada apa-apa yang menarik.
Pembukaan semester baru membuatkan aku rasa semangat untuk mulakan kehidupan asal kembali."Tak buat apa," balasku selamba. Tak buat apa-apa yang cukup seronok untuk diceritakan.
"Oh, Yell..." Ryan memanggil aku sambil membuka begnya mengambil sesuatu.
Ryan mengeluarkan satu plastik panjang, keychain barangkali? Mana tahu dia pergi bercuti sewaktu cuti semester. Dia kan kaya, mestilah pergi bercuti dengan family."Aku pun tolong abang kakak aku kerja. Sambil tu tolong Team A coding lah apa lah," katanya menghulurkan plastik itu padaku.
Gelang bunga tulip. Tak.
Lebih tepat lagi gelang bunga tulip yang aku tengok dekat taman tema tempoh hari. Gelang yang aku berkenan tapi harga mahal tu! Gelang tu lah.
Siap ada lambang taman tema!"Aku nak bagi lama dah kat kau. Balik theme park lagi, tapi tak sempat, lepastu lupa," ujarnya. Aku ternganga.
"Kau beli kat aku ke?" Soalku polos, menelan air liur. Perasaan apa ni?"Ha'ah, kau..." dia macam hilang kata-kata.
"Thanks!" Ujarku. Aku membuka bungkusan plastik itu. Sebenarnya, jauh di sudut hati aku sedikit gembira kerana Ryan prihatin dengan apa yang aku suka.Tapi, Ryan memang observant macam tu kan...
Aku tak patut letak harapan.
Aku cuba memakai gelang itu, namun sebelah tangan tak berapa nak berjaya lah nampaknya. Ryan yang melihat aku terkial-kial membantu aku. Aku memandang Ryan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
Roman d'amourAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...