Ryan ambil barang-barang dari biliknya. Dari balkoni, dia melihat Jennifer membawa beberapa orang pekerja untuk melihat keadaan taman. Bersamanya, ada Diana yang tengah berbual-bual dengan salah seorang "wedding planner" yang mereka upah.
Jadi, perkahwinan Danny dan Stella ialah satu kenyataan.
Bukan dia tak boleh terima, tapi kalau dia terima terasa pahit pula. Pahit untuk dia melihat seorang wanita yang pernah menjadi kekasih hatinya berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah menjadi sebahagian dari keluarganya.Ryan angkat kotak berisi barang-barang sebelum dikejutkan dengan ibunya.
"Dah siap kemas barang nak pindah?" Soal Puan Besar.
Ryan angguk."Sorry," ujar Puan Besar. Ryan segera memeluk ibunya.
Entah mengapa, disebabkan Stella mengandung cicit pertama keluarga Chia, maka Tuan Chia meminta Stella untuk tinggal bersama-sama mereka sehingga bayi dilahirkan. Disebabkan rasa tak selesa dan mengelakkan rasa tak selesa di kemudian hari, Ryan ambil keputusan untuk berpindah. Tuan Besar dan Puan Besar juga tak menghalang. Memang sekarang umur yang tepat untuk Ryan berpindah.
"That girl was in love with you...how could she tiba-tiba paling tadah dengan Danny? I cannot brain!" Puan Besar akhirnya bersuara. Ryan angkat kening seraya menggeleng kepala.
"I don't know...maybe I'm not good enough. That's why people leaves me," kata Ryan mendalam.
"Ryan...." Puan Besar sedih mendengar luahan anak lelaki bongsunya itu.***
Berjumpa Ryan di pantri buat aku tersengih.
"Yell, make me some coffee," dia mengadangada minta bantuan aku. Aku angguk. Alang-alang aku dah bancuh kopi untuk aku, apa salahnya aku bancuhkan untuk bos sekali! Mana tahu tahun depan dia naikkan gaji aku!Ryan sandar di kabinet dapur sambil berpeluk tubuh, dia melihat cara aku membancuh kopi.
"Hati-hati, nanti permata cincin tu masuk dalam air pulak," dia mengusik sambil tersengih. Aku sengih kembali, ugut manja untuk tumbuk dia.
"Have you...talked to him about this?" Soal Ryan. Aku geleng.
"Soon;" aku sengih gembira.
Tak lama lagi akan end lah novel My Traitor Bestie ni betul tak author?
(Hahaahahha)"This Friday," ujarku. Ada lagi dua hari sebelum D-day. Semenjak dua menjak ini, Danny jarang sekali balas mesej aku. Hari Jumaat ini juga kebetulan dia ada sesuatu untuk beritahu aku. Mungkin Danny nak minta maaf sebab dia mula kerja dengan Tuan Chia, jadi dia tak ada masa untuk aku. Tapi, aku tak kisahpun tentang hal itu. Memandangkan Danny ada perkara nak beritahu aku, aku pun akan ambil kesempatan ini untuknya. Jadi, aku juga akan cakap pasal perkahwinan kami dengannya!
"I'm freaking excited! Tak sabar nak tengok muka terharu Danny!" Aku ketawa kecil. Membayangkan muka terpegung Danny sahaja dah cukup buat hati aku meloncat!
"Yell," panggil Ryan. Aku angkat kening seraya hulurkan mug kopi kepada Ryan. Ryan mengambil mug dari tangan aku.
"You know that we were best friends right?" Soalnya. Aku angguk.
"Of course," kataku."You know that I care so much about you right?" Soalnya. Aku angguk. Bolehla~~
"We are bestie. Sebab tu aku tak ada kerja kau tolong aku cari kerja," kataku.
"I'm sorry Yell," katanya. Aku pandang Ryan sebelum tersengih. Kenapa nak emo pulak ni?
"For what?" Aku berkerut lalu minum kopi. Aku pandang wajah sugul Ryan Chia. Dia kemudian memandang aku.
"Everything...I guess, I'm not a good friend you know," katanya.
Aku sengih ke arahnya sebelum angguk."You're definitely not a good friend," ujarku.
"But that doesn't mean you're bad," kataku."Yell, some truth are better hidden you know. It can't come out from my mouth," ujarnya. Aku terkebil-kebil.
"I don't want you to get hurt," katanya.
"Really," tambahnya.Dia mendekatkan diri dengan aku. Perlahan hujung jarinya membetulkan rambut yang menutup mataku sebelah. Tangan besar milik Ryan menyentuh pipi aku lembut. Dia mengusap pipi aku, membuatkan aku rasa kekok dan tak selesa sebelum bergerak menjauhkan diri.
Apahal mamat ni? Tak boleh Yell! Kau dah move on kan!?
"Sorry," ujarnya.
"You're like a sister to me you know," tambahnya.
Sister? Macam adik? Okey....
Ryan senyum. Entah mengapa dia nampak sedih."I just want you to be happy Yellena," bisiknya.
***
"I rasa Stella tu kaki kikis," ujar gadis rambut perang itu, ditambah dengan setuju oleh dua orang lagi rakannya. Mereka sambil berbual mengenai Stella dan Danny yang sedang hangat diperkatakan, sambil makan takoyaki dalam bekas.
Sebenarnya aku nak buat tak tahu sahaja. Tapi bila dengar nama Danny yang disebut, aku jadi tak sedap telinga!
Amboi!
"Ehemmm!Ehemmm!ahgggg ehemmmmm!" Aku menguatkan suara sambil meletakkan fail di atas meja si rambut perang. Waktu kerja, sempat lagi snacking! Dah la snacking, siap kutuk pakwe aku pulak!
"Korang takde kerja eh?" Perliku. Mari kau sini! Biar buku bertemu ruas! Suka hati nak komen bukan-bukan!
Mereka kemudian memandang aku sebelum bersurai. Aku senyum sinis, bangga dengan diri sendiri! Baru tau takut.***
"Yes! Perfect, macam yang I nak," kata Stella. Danny yang ada di sisi diam mematung. Sesekali Stella menyelitkan tangan di celah badannya. Tak selesa, Danny menolak dengan riak tak suka sampaikan wedding planner turut perasan.
"Toilet jap," kata Danny menepis Stella.
"Dia malu," kata Stella cover diri sendiri. Geram betul dengan perangai Danny! Langsung tak bagi muka!
Stella pebetul rambut. Kepala otak betul mamat ni! Nak kahwin buatlah macam nak kahwin! Ini tidak, macam tak suka sahaja dengannya!Stella tahan malu. Melihat wedding planner itu berbisik sesama sendiri turut menimbulkan perasaan pesimik dalam hatinya. Geram, marah sakit hati semua bercampur sekaligus.
***
Ryan menarik tangan aku. Tersentak aku dibuatnya, cepat-cepat aku menarik laju. Apahal kau ni.
"Yell," panggilnya. Dia garu kepala.
"Aku ada benda nak cakap," jujur ucapnya. Aku silangkan tangan dan memandang Ryan. Aku menunggunya cakap sambil menjeling jam. Lekaslah! Aku nak balik rumah ni! Ryan pandang kiri kanan. Sebenarnya dia tak perlu pandang pun, sebab ramai orang dah balik lepas Director Han balik.
Ryan garu kepala.
"Aku ingat nak ajak kau dengan Ben keluar makan Friday ni," cadangnya. Aku kerutkan dahi.
"Sorry, Friday tak boleh. Aku buzy," jawabku selamba.
"Buzy?" Soalnya. Eh, Ryan ni! Tadi kan aku dah cakap, hari Jumaat aku nak bagi jawapan dekat Danny. Aku menunjukkan jari manis yang siap pakai cincin. Kalau orang lain, mereka akan salah faham bahawa ini ialah jari tengah. Tapi, aku tunjuk jari manis!
Ryan mendengus.
"Tak boleh tunda ke?" Soalan pelik itu buat aku berkerut. Aku kemudian meletakkan lengan di atas bahu Ryan yang tinggi itu.
"Kau lah tunda," ujarku.
"Mak cik nak kejar kebahagiaan, kau jangan kacau," ujarku sambil membahaskan diriku sebagai mak cik.
Ryan angkat kening.
Suka hati sahaja nak suruh aku tunda perancangan aku setelah sekian lama. Dia tak tahu betapa terujanya aku nak bagitau Danny yang aku dah terima lamaran dia!Saat genting macam ni, suka hati sahaja ya nak suruh aku tunda!
Memang kirim salam lah!

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...