Setelah kejadian itu, Rozy semakin rapat dengan kami. Stella pula dapat bekerja jadi model sambilan dengan bantuan Ryan dan Danny. Sekali call sahaja, Danny berjaya dapatkan kerja untuk Stella. Stella kini buat kerja sementara jadi model kedai atas talian. Rozy pula dah serik dengan kerja sambilan. Niat untuk dia beli handbag baru terkubur begitu sahaja.
Sedar tak sedar, kami bertujuh semakin rapat. Bertujuh? Mesti tertanya-tanya kan.
Aku maksudkan dengan Team A, yang dipanggil Ryan sebagai ahli keluarganya. Fiq dan Jean.Ryan, Fiq, Jean dan Danny duduk di meja makan. Saat kami bertiga, iaitu aku, Rozy dan Stella datang ke kafe, mereka sudah memanggil kami dari jauh.
Sejak kejadian itu, Stella dan Ryan semakin rapat. Rozy juga sudah mulai join aku dan Stella. Walaupun dari department yang berbeza, namun kami semua boleh masuk.
Sebenarnya, Rozy dengan Stella lah yang boleh masuk dengan Ryan and The Gang, aku ikut sahaja."Eh! Korang awalnya turun makan!" Kata Stella. Ryan dan Stella duduk bersebelahan. Kami yang lain semua tahu, cuma tunggu masa sahaja Ryan dan Stella akan bergelar pasangan.
Tak hairan.
Mereka berdua bagaikan pinang di belah dua, sama cantik sama padan.
Sesuai lah.Fiq dan Jean mengusik Rozy. Rozy kadang-kadang ketawa. Aku pula sempat menghirup cafe latte panas. Mendengar usikan Fiq, aku juga rasa ingin ketawa. Boleh tahan kelakar yaaa. Saat aku memandang ke depan, Danny tersenyum pada aku.
Danny.
Aku tak tahu apa masalah dia dengan aku. Dia sentiasa cuba berbaik dengan aku. Kadang-kadang, gaya dia cakap dengan aku cukup membuatkan bulu roma aku naik. Lembut dan baik semacam.
Tak tipu. Aku lebih suka waktu kami bertikam lidah zaman dahulu.Aku telan air liur. Latte yang sememangnya tak ada gula itu lebih sukar ditelan daripada hari-hari biasa. Mata Danny masih lagi memandang aku.
Ada yang tak kena ke dengan aku hari ni. Aku memandang sekeliling.Entah apa yang dibualkan dengan Fiq sampaikan Rozy ketawa. Jean pula senyap sahaja. Ryan dan Stella, memang dah hanyut dalam drama mereka sendiri, langsung tak peduli orang tepi. Danny memandang aku sebelum mengenyit mata.
Eh! Jap!
Dia kenyit mata dekat aku kah! Gila!
Betul kan dia kenyit mata!?Melihat aku yang tak senang duduk, dia menggigit bibir menahan tawa.
"Yell, you okay?" Soal Ryan. Stella memandang aku yang dari tadi asyik bergerak-gerak.
"Huh?" Balasku. Aku membuat isyarat okey apabila Ryan dan Stella memandang aku tak berkelip."By the way, Hari Pelajar tu dua minggu lagi lah kan?" Soal Jean yang dari tadi melayan lawak Fiq. Aku angguk.
"Kau jangan buat tak ingat! Kau ketua ajk khemah tahu!" Ryan mengingatkan Jean."Tapi aku pelik. Ryan baru Tahun 1 semester 2, takkan dah lantik jadi ketua komuniti hari pelajar," getus Fiq. Jean bersetuju.
"Bukan setakat ketua. Siap kena buat persembahan biola lagi," kata Ryan."You buat persembahan?" Soal Stella. Ryan angguk.
"Nanti kitaorang pergi tengok! Kami duduk depan sekali!" Kata Stella.
"Kan Rozy!" Tambah Stella lagi. Rozy angguk."Siapa nak tengok movie?" Soal Ryan tiba-tiba. Stella dan Rozy angkat tangan. Fiq dan Jean kemudian turut angkat tangan, mahu ikut serta.
Aku berfikir. Kereta BMW Ryan mana muat tujuh orang.
Lagipun aku ada kerja nak buat.Rozy dan Stella boleh masuk, jadi aku tak risau kalu Stella sendirian.
"I'll pass. Ada kerja sikit," kataku.
"Aku pun," Danny menyahut. Dia dari tadi diam."Okay. Jadi kami berlima lah," kata Fiq. Jean diam sahaja, tapi sekadar ikut.
"I nak tengok cerita horror baru tu," kata Rozy. Stella kelihatan agak teruja. Mereka berdua ketawa bersama-sama. Aku cuma memandang.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...