28

12 2 0
                                    

Hari Pelajar tamat dengan jayanya. Peperiksaan sudah tamat, dan kami akan bercuti dalam masa beberapa hari lagi. Stella sedang memakai pemerah pipi sementara aku cuma pakai liptint warna oren sahaja untuk dijadikan pemerah pipi.

Stella memakai blaus bewarna merah jambu dipandankan dengan jeans hitam, aku pula memakai baju denim dan t-shirt putih. Aku mengikat rambut dan meletakkan topi di atas kepala. Seluar warna putih, barangkali akan kotor. Patut tak aku tukar seluar?
"Oii," satu suara muncul dari muka pintu. Rozy.

Dia memakai blaus bewarna ungu terang, dengan seluar coklat muda. Cantik jugak.

Setelah siap, kami keluar berjalan ke depan pintu besar universiti untuk tunggu bas.
"Lambatnya korang!!!" Fiq melambai. Dia memakai t-shirt hitam, manakala Jean pula memakai jaket kulit.
Beza benar gaya fesyen mereka.

Aku menjeling ke arah Ryan. Ryan memakai hoodie baggie bewarna mustard. Gaya nya simple. Hari ini dia tak pakai cermin mata macam selalu. Selalu kalau dengan cermin mata, dia akan nampak baik, hari ni nampak macam bergaya sikit.

"Tak bagitu pun nak pakai couple shirt!" Ejek Rozy tiba-tiba. Aku terkebil-kebil apabila Rozy kenyit mata pada aku. Dah kenapa? Aku menoleh dan terpandang Danny.

Kebetulan, dia juga pakai baju denim dan t-shirt putih di dalam. Gaya kami sama, patutlah kena perli dengan Rozy.

Danny memakai baju yang persis sama gaya dengan aku, cuma dia membawa kamera dslr mini manakala aku bawa beg galas. Kami berdiri bersebelahan membuatkan semua orang cuba tahan diri daripada ketawa. Ryan kelihatan seronok apabila dia cuba menahan diri daripada ketawa dan tersenyum.

Aku tak tahu apa reaksi Danny sebab kalau boleh aku tak nak tahu!

"Eh, bas sampai!" Kata Jean.

***

Mereka tujuh orang bermain sakan. Bermula dengan roller coaster, sampaikan roller coaster air, buai tinggi dan sebagainya, macam dalam dunia kanak-kanak mereka hanyut.

Paling tak boleh di lupakan Fiq terus sakit kepala kerana naik Viking, tapi dia masih sahaja nak naik lagi rides yang lain.

Mereka masing-masing memakai cekak. Paling menarik, Stella memakai cekak bidadari manakala Ryan memakai cekak devil.
"Padanlah dengan kau," komen Yellena yang jarang buat kelakar berjaya memecah perut mereka. Ryan mencebik!

Saat mereka membeli belah untuk dijadikan kenang-kenangan, Yellena terpandang gelang bunga tulip merah. Dia memang suka akan bunga tulip.  Namun, disebabkan harga yang mahal, dia letakkan kembali. Kebetulan, Ryan terpandang perbuatan Yellena.

"Ryan, I nak yang ni boleh?" Soal Stella menunjukkan keychain yang sepertinya boleh bergerak. Ryan mengambilnya dari Stella dan tersenyum.
"Boleh. You tunggu kat luar, I beratur bayar," kata Ryan.

Mereka yang lain hanya angkat kening melihat Ryan yang agak gentleman. Rozy sudah beli beberapa keychain, manakala Fiq dan Jean tak berminat dengan semua itu. Mereka datang cuma nak main roller coaster sahaja.

"Yell, you ada nak apa-apa?" Soal Danny. Dia belajar daripada Ryan.
Yell memandang Danny seraya menggeleng.
"Betul ni. Kalau you nak apa-apa...I boleh..." belum sempat Danny habis cakap, Yell sudah kerut muka dan menggeleng.

"Jom, pergi beratur nak naik ferris wheel. Nanti Ryan boleh datang kat kita terus," cadang Yell. Danny angguk.

Mungkin, Yell memang tak mahu apa-apa.

***

Vlin memandang ke arah Wang Henderson. Lelaki itu kelihatan senang apabila Vlin mahu kembali. Coin merupakan seorang pelajar pintar, saat pertama kali chambering, Wang Henderson sudah melihat potensi budak itu. Namun, disebabkan masalah peribadi yang berlarutan, Vlin dikenakan amaran. Seterusnya, hilang dari radar undang-undang.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now