20

21 2 0
                                    

Setelah menghantar Rozy pulang, aku terus memandu hingga sampai ke asrama lelaki. Aku memberhentikan kereta di perkarangan asrama. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki melihat ke kereta BMW putih yang aku pandu. Nasib sahaja cermin gelap, kalau tidak mesti mereka dah nampak aku.

"Yell," panggil Danny.

"Ya," jawabku sepatah.

"Thanks for today, kalau you tak selamatkan I..." dia mengucapkan terima kasih.
"Oh, okay," jawabku segera memintas Danny. Cepatlah turun, aku nak balik ni.

Aku mematikan enjin kereta. Kemudian keluar dan mengunci kereta. Danny juga keluar bersamaku. Kelihatan dia masih sakit, barangkali senak perut akibat pergelutan tadi. Aku mendekati Danny dan menghulurkan kunci kereta.
"You good?" Soalku, risau jugak kalau kena pergi x-ray dekat hospital. Mana tahu tulang dia patah ke apa ke?
Danny meletakkan telapak tangan di atas kepala aku. Dia membongkok sedikit agar matanya satu aras denganku. Kemudian dia menghadiahkan aku senyuman yang belum pernah dia tunjukkan pada aku. Matanya kecil seperti bulan sabit, barisan giginya cantik.

Tak tipu. Danny memang kacak orangnya.  Dah la tinggi, tegap...dan dia ada senyuman yang cukup menawan.Tak hairan kalau dia jadi gilaan pelajar perempuan universiti kami.

"Comel lah you ni," katanya sambil mengusap kepala aku. Mata aku terjegil.

Gila ke? Aku cuba mengelak dari memandang matanya. Namun, Danny yang dua pembaris lagi tinggi dari aku hanya ketawa.

Tak boleh jadi. Baik aku blah!

***

Ryan berjalan dengan jarak dua meter di belakang Stella. Stella berjalan dengan perlahan, sambil berjalan sambil melayan perasaan. Dia sedar yang Ryan dari pintu masuk mengekorinya.

Stella berhenti.

"Ryan!" Panggilnya. Ryan terhenti, pura-pura seperti dia tak mengekori Stella. Stella geram, dia memusingkan badan ke belakang dan mendekati Ryan sambil bercekak pinggang.

"I nampak you dari tadi lagi lah!" Kata Stella. Ryan sengih seperti kerang busuk.
"I risau kan you," jujur jawab Ryan. Stella tidak lagi bercekak pinggang, hatinya lembut mendengar kata-kata Ryan.

Stella tunduk. Dari tadi dia cuba untuk tidak menangis.
"I takut sangat," jawab Stella. Air matanya menitis. Ryan menarik Stella ke dalam pelukkannya, sambil orang lalu lalang memandang mereka. Ryan buat tak tahu sahaja, dia menepuk belakang Stella perlahan.

****

Danny sengih sendirian. Sambil minum susu panas yang di bancuh dengan air panas asrama, dia rasa sesuatu yang cukup menggelikan hatinya.

Kemudian, dia duduk di kerusi sambil memandang ke luar jendela. Dia tersenyum sambil menghirup susu panas, bagaikan orang yang sedang angau.

Ingatannya kembali kepada peristiwa sebentar tadi. Saat lelaki itu mengayunkan pisau poket ke arahnya, dia sudah tersandar di meja kayu. Walaupun pisau poket itu kecil, namun kelihatan cukup tajam. Tendangan maut yang diberi oleh Yellena menunjukkan gadis itu bukan calang-calang.

Saat gadis itu memegang pipinya, risau takut dia tercedera, jantungnya berdegup kencang bagaikan orang dah jatuh cinta.
Mungkin; saat mata mereka bertentang apabila Yellena menendang lelaki itu lagi dia sudah jatuh hati.

Yellena Suh. Biasa sahaja gadisnya. Tak terlampau cantik macam model-model teman wanitanya. Tak terlampau seksi macam Jessica, rakan wanita yang agak rapat dengannya sekarang.
Yellena. Gadis biasa dengan tenaga luar biasa.

Comel. Danny gigit bibir bawah, dia seronok sendirian.

***

"Papa I sakit," itu alasan mengapa Stella sanggup buat kerja sambilan. Ryan diam sahaja mendengar luahan hati Stella. Bermula bagaimana mereka boleh jatuh hidup susah dalam sekelip mata, hinggakan Stella ambil kerja sambilan rupanya di tipu.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now