"Have fun on your first day! See you," Danny lambai aku sebelum aku masuk ke dalam bangunan pejabat. Aku melambai sampai kereta Danny BMW hitam tak kelihatan.
Hari pertama. Semangat baharu. Azam baharu! Kerja baharu!
Ya! Aku akan jadi hamba korporat yang boleh buat wang yang banyak supaya aku hidup senang!
Tekad aku, aku nak kerja sungguh-sungguh, lupakan hal lama.
Buka buku baharu dan berjaya sebagai pekerja korporat!Okay!
Aku beri semangat kepada diri sendiri."Morning," entah dari mana Ryan muncul sambil makan kuih pau. Dia bawa beg lusuh askar yang ada sulaman bunga tulip sambil makan kuih cakoi.
"Nak?" Soalnya menunjukkan beberapa ketul cakoi dan kuih pau dalam plastik.
Sumpah, kau takkan tahu yang dia ni sebelum ini CEO Shopa.Ryan makan dengan tenang. Satu plastik kecil berisi air soya panas dihirup dengan straw. Macam orang kebanyakkan.
"Mana kereta kau?" Soalku.
"Kat parking," jawabnya. Aneh, selalu dia akan minta valet tolong parkir kereta."Aku singgah hawker stall depan sana beli ni," dia tunjukkan makanan. Aku cuma angkat kening sahaja sebelum ikut Ryan masuk ke dalam bangunan Chia Storeline.
"Yell," dia panggil aku."Apa?" Soalku.
"Jom, minum kopi dulu," ajaknya. Aku kerutkan dahi. Dah la hari pertama aku! Sepatutnya aku datang awal tunjuk aku pekerja terbaik, tapi sebaliknya orang atasan aku ajak aku pergi minum kopi sebelum mulakan kerja!? Gila ke!?
"Kopi??!" Nadaku tinggi dan tak percaya.
Ryan buat muka selamba."Trust me, datang awal pun kita bukannya ada kerja." Ujarnya.
"That's why I asked you here, kerja senang. Goyang kaki jer," tambahnya.Aku pandang Ryan berkerut.
"Kau ni Ryan Chia ke bukan?" Soalku sambil buat mimik muka terkejut dengan perangai Ryan sekarang.
***
Danny sampai ke studio dan melihat jadual waktu kerjanya. Sibuk. Dia pun ada banyak gambar nak kena ambil dan masalah nak kena selesaikan.
Danny memandang salah seorang pembantunya.
"How do we books for a wedding? Kena ada wedding planner ke macam mana?" Soal Danny.
Justine salah seorang pembantunya tersengih mendengar."Bos nak kahwin dengan Kak Yell ke?" Soalnya. Hanya wanita itu sahaja yang bercinta dengan boss!
Danny angguk sahaja.
Justine kemudian tersengih.
Dia dah agak yang Danny akan kahwin dengan Yellena! Berapa ramai model yang cuba mengorat Danny sewaktu bekerja, semuanya dia tak layan.
Yang ada cuma Yellena seorang sahaja. Wanita yang sering datang ke studio mereka bawakan makanan ringan.Sepadan!
"Boleh jugak nak book wedding planner, tapi nak handle sendiri pun boleh. Kalau nak senang, book wedding planner lah," tambah Justine.
***
"Just because he proposed doesn't mean they gonna get married,"
"Just because they get married doesn't mean they are happy,"
Vlin berleter.Johnny mendengus mendengar celoteh Vlin. Dia baru buka soalan, dah kena balik dengan Vlin. Kalau boleh, dia nak juga terlibat uruskan majlis perkahwinan Yellena. Namun, keadaan sekarang tak mengizinkan. Bahkan, Yell juga tak mahu berjumpa dengannya.
"She doesn't want to meet you, what can I do about it!" Marah Vlin. Dia sebenarnya 50-50. Yellena tak sokong. Johnny pun tak sokong. Bagi Vlin, dua beranak itu bertemu atau tidak, itu ketentuan mereka sendiri.
Dia pernah cakap sekali dengan Yell tentang hal tersebut, dan dia tak mahu ulang kali kedua. Yell dah cukup matang untuk berfikir."She's gonna get married soon. I need to prepare a beautiful wedding for her," ujar Johnny memujuk.
"Then what I can do?" Soal Vlin."Talk her to meet me. I'm gonna make her a beautiful wedding gown," pujuk Johnny. Vlin mendengus. Ini yang dia tak mahu terlibat!
***
Baru aku tau kenapa Ryan boleh rileks nak minum kopi. Rupanya memang dia sekadar menyandang jawatan tanpa kerja sahaja.
Aku mendengus. Duduk di kerusi aku, sambil menjeling Ryan yang ada dalam biliknya sedang main game.
Tenang betul.
Masalah sekarang, aku yang tak tenang melihat Ryan tenang macam tu.Tak boleh jadi. Aku segera bangun dan berjalan ke arah pejabat Director Min.
Salah seorang orang-orang Natasha Chia. Sewaktu di pantri, aku berbual dengan salah seorang pekerja. Bila dia dapat tahu yang aku bekerja di bawah Ryan, dia terus kasihankan aku.Katanya, Natasha bagi arahan senyap-senyap supaya tak beri Ryan sebarang fail atau kerja. Malah, pekerja-pekerja dekat sini kebanyakkan menyokong Natasha berbanding Ryan! Pendek kata, ini gua milik Natasha! Ryan sekadar menumpang berteduh di sini. Jadi...Ryan tak boleh nak buat macam dia tuan rumah.
"Saya nak jumpa Director Min boleh?" Soalku.
Pembantu peribadinya teragak-agak."You see, I datang sini nak kerja. And for that, I need to do my best," kataku. Pembantu peribadi itu kelihatan memahami aku. Dia meminta aku tunggu sebelum berjumpa dengan Pengarah Min.
***
Stella memandang ke luar jendela. Sambil minum jus oren, dia melihat kalau-kalau ada paparazi yang cuba ambil gambarnya.
"Stella," suara Genie yang sedang melihat komputer riba di meja makan sedikit mengganggu.
"Ya?" Balas Stella.
"You okay?" Soal Genie.
"Tak," balas Stella.
Genie terdiam.
***
Aku usung fail sampai tak nampak jalan. Bahkan sewaktu aku masuk ke bilik Ryan, nasib aku agak baik ada pekerja cepat-cepat datang beri pertolongan untuk bukakan pintu.
Ryan yang sedang main game ternganga melihat fail yang dibawa olehku. Hampir tak nampak jalan ya aku usung fail-fail ino dari bilik Pengarah Min. Aku letak fail itu di atas meja.
"Apa ni?" Soalnya.
Aku menggoyangkan tangan yang lenguh akibat mengusung fail. Aku pandang Ryan.
"Your works," ujarku.
"Banyak gila!" Katanya.
"Dah tu kau nak goyang kaki?" Soalku. Dia terkebil-kebil, sambil mencapai satu fail dari timbunan fail untuk di buka. Dia membuk fail tersebut dan meneliti dokumen.
Jeda. Dia tekun memandang fail. Melihat Ryan tekun menelaah fail, aku siap sedia untuk keluar. Lagipun, aku perlu ambil tahu skop kerja PA.
"Thanks Yell," perlahan ujarnya. Aku pandang Ryan.
"Okay," jawabku.Ya. Aku hampir sahaja berbalah dengan Pengarah Min sebentar tadi. Dia menerima arahan untuk ambil alih kerja Ryan. Dan sengaja tak bagi Ryan sebarang kerja. Bila aku ugut untuk laporkan hal ini kepada Tuan Chia barulah dia beri aku fail yang sepatutnya sampai ke tangan Ryan.
Sendirian.
Aku akhirnya faham kenapa Ryan beriya panggil aku ke sini. Ben ditempatkan di cawangan lain, jadi Ryan seorang sahaja di sini. Dia tak ada orang yang boleh dipercayai atau menyokongnya kerana semua orang di sini, terutama barisan pengarah merupakn orang bawahan Natasha Chia.
Lebih kurang dalam mulut harimau. Keadaan Ryan di sini cuma sekadar patung perhiasan. Mereka tak mahu dia maju melangkah, barangkali atas arahan Natasha.Jadi, Ryan perlukan aku di sini.
Dia perlukan aku untuk menyokongnya.Aku terhenti di muka pintu.
"Ryan," panggilku.
Dia pandang aku.Aku memegang tombol pintu.
"If you don't fight, you don't win you know," ujarku. Dia senyum kemudian tunduk.
"I'll fight with you," ujarku.
"You need to move so I can have your back," ujarku.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomantikaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...