"You tak ada mood?" Tegurku. Cukup berhati-hati. Aku jeling Danny yang fokus bawa kereta. Sejak dia ambil aku dari pejabat, dia cuma balas ya dengan tidak sahaja.
"Serabut sikit dekat studio," ujar Danny.
Aku angguk, tak mahu campur.
"Papa suruh I kerja dekat Chia Group," kata Danny. Aku pandang Danny."I tak nak," jawabnya acuh tak acuh.
Aku cuba faham. Danny suka jiwa kebebasan, dia takkan nak kerja dengan keluarga. Tambahan lagi, ada Natasha Chia yang agak menyusahkan itu. Berdasarkan apa yang Natasha Chia buat dekat syarikat kami, aku tak rasa dia wanita yang baik."So you know, I first in line untuk inheritance Grandpa," katanya. Aku terkebil-kebil memandang Danny.
"Huh?" Soalku. Dia kemudian ketawa."You need to know Yell. I anak sulung lelaki dari anak sulung lelaki, obviously, they will find me a way for inheritance," kata Danny.
Aku nganga. Jadi, pakwe aku ni kaya gila! Aku telan air liur. Adakah bila kahwin dengan Danny, aku akan jadi macam Puan Besar. Rambut sentiasa sanggul kemas, pakai baju tradisional. Aku telan air liur. Konservatifnya!
Habis tu Ryan? Anak-anak Natasha Chia?Dia orang tak layak untuk inheritance ke?
Ryan kan katanya anak kesayangan, takkan dia tak ada peluang. Terus terang, orang yang mewarisi semangat perniagaan Tuan Besar Chia ialah Ryan.
"Ryan?" Soal Danny: macam tahu apa yang ada dalam kepala aku. Danny berdehem.
Aku angkat kening.
"He's not one of us," ujarnya sinis.Aku senyap. Aku garu kepala tak faham.
"I mean literally by blood he is. But he's not," kata Danny. Aku diam.
"Kenapa? Bloodline Chia's Family penting sangat ke?" Niat aku menyindir. Aku tak faham apa maksud Danny! Tapi, lagaknya macam memperlekehkan keturunan Ryan. Ryan pernah cakap dengan aku yang ibu ayah itu bukan ibu ayahnya. Tapi aku tak tahu apa yang Danny sampaikan.
Danny senyap, barangkali dapat rasa yang aku sedang menyindir dia."I didn't mean that way," jelasnya.
"Then you mean what way?" Soalku panas. Suka hati sahaja nak kutuk-kutuk Ryan! Kalau dia bukan pureblood keluarga Chia pun kenapa! Korang keluarga pontianak ke nak sembang pureblood halfblood! Aku ketap gigi! Memang aku tak suka Danny memperlekehkan Ryan sebegitu rupa!
"Yang you nak triggered sangat kenapa?" Danny balas aku, tetap tegas. Aku nganga. Aku pulak yang dikatakan triggered.
"You marah I kata dekat Ryan? Kenapa! You makwe dia ke makwe I sekarang?" Soalnya tak puas hati. Aku ketap gigi.
"Excuse me!" Tegurku.
"I marah sebab you cakap pasal keturunan," komenku.Danny senyap.
"Keturunan is very important," tegas Danny.
"I don't think so," balasku.
"You see, in order for our sons and daughters to become good, kita kena jadi baik dulu. So, that anak-anak kita akan ikut jejak langkah kita," kata Danny.
"I learn that from my papa mama relationship!" Tegasnya. Aku tahu, hubungan ibu bapa Danny tak begitu baik. Jadi, Danny sangat impikan sebuah keluarga yang sempurna."Hmm," balasku. Memikirkan keluarga pecah belah Danny, aku cuba fahamlah!
"I want us to be a perfect family. You and me together. We can become a good parents!" Katanya padaku penuh pengharapan.
Sebenarnya agak kelakar memikirkan Danny mengimpikan hidup berkeluarga dengan aku."You just have your aunt, while me..I came from a broken family. But we are nice people you know," ujar Danny.
"We make a perfect family!" Tambahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...