Danny sampai ke rumah setelah menghantar Yellena ke stesen keretapi. Awal lagi mereka keluar rumah, jadi Danny terus memecut pulang ke rumahnya untuk mandi.
Namun, sebaik sahaja dia masuk, kelihatan Diana, Jennifer dan Steve berada di meja makan sedang bersarapan. Disebabkan ajakan ibu, akhirnya Danny duduk juga bersarapan walhal dia tak mandi lagi. Di rumah Yell, mereka cuma makan omellete sahaja.
"Semalam you tidur studio ke?" Soal Jennifer.
Danny menggeleng."Tidur rumah girlfriend I," kata Danny. Dia menjeling Steve. Wajah Steve jelas berubah riak, namun dia berlagak tenang.
Diana dan Jennifer berpandangan.
"You slept at her house?" Soal Diana sekali lagi.
"I slept on the couch," jawab Danny mengurut lehernya yang lenguh. Tak mahu ibu dan kakak fikir bukan-bukan! Diana memandang bapanya yang tampak tenang."Tak salah pun if I tidur rumah girlfriend I," ujar Danny. Jennifer angkat kening, begitu juga Diana.
"Dad always check in with her girlfriend," komen Danny selamba. Steve tampak tenang dan tak peduli. Danny menjeling. Betul kata Vlin, hubungan dia dan Yellena langsung tak mempengaruhi hubungan Steve dan Vlin. Daripada dia buang masa fikirkan perasaan orang lain, lebih baik dia enjoy momen bersama Yellena sekarang!Pedulikan semua orang!
"Besides, I already proposed my girlfriend," ujar Danny di meja makan. Jarang sekali keluarga mereka berkumpul untuk makan pagi bersama.
"Proposed? Marriage?" Soal Jennifer. Dia pandang Steve.
"Yeah," balas Danny.
"She accepted?" Soal Diana yang dari tadi asyik mencelah. Danny minum air kopi, tampak begitu tenang. Jennifer mendengus, dia mahu dengar penjelasan anaknya.
Andai kata Yellena dah terima, dia kena but persiapan! Lepas itu, dia kena hadap mulut Natasha yang akan kutuk dia!Mana tidak, bukan sahaja suami malah anak lelakinya juga turut pergi ke perempuan keluarga tersebut.
Jennifer telan air liur. Malu memanglah malu. Tapi, dia bukan wanita dalam drama moden untuk menghalang cinta anak lelakinya. Tak mahu hidup Danny jadi sepertinya ataupun Steve, adalah lebih baik dia ikut sahaja pilihan hati anak terunanya.
Pegang konsep, asal kau bahagia anakku, dia akan cuba sehabis baik untuk menyiapkan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang."Not yet," jawab Danny.
"Not yet?" Suara Jennifer sati desibel lebih tinggi, terkejut apabila gadis itu tidak serta merta setuju dengan lamaran anaknya!
Amboi! Apa kurangnya anak lelaki aku? Dah lah kacak, muda, bujang, tegap dan sempurna! Kerja sebagai fotografer, bukannya tak ada masa depan!Lagipun, anak lelakinya dalam kedudukan mewarisi Chia Group. Asal dia bertahan dalam keluarga Chia, memang mudah untuk dapatkan sokongan kepada anak lelakinya.
Masalahnya Danny yang tak berminat. Tapi tak mengapa, tunggu dia berusia sedikit barangkali dia akan sedar kepentingan menjadi sebahagian dari keluarga Chia!"She's thinking about it positively, no big deal," Danny yakin dengan Yellena. Jennifer cuma anggukkan kepala sahaja.
***
Kedatangan wakil Tang Foundation umpama mimpi ngeri buat kami. Katanya revenue kami tak memberangsangkan, jadi mereka ingin jual saham mereka.Mereka bagi tempoh untuk kami datang dengan penyelesaian sebelum mereka putus untuk jual saham kepada orang asing.
Dan, masalah sekarang ni...
Ryan hilang.Dia hilang dari radar. Dalam pejabat tak ada, dalam pantri tak ada, bahkan dekat tandas pun tak ada.
Abraham dah cari Ryan merata, begitu juga dengan Ben. Akhirnya, Ben mengalah dan terus sambung buat kerjanya sambil fikir sama ada dia perlu cari kerja baharu."Kau kahwin je lah dengan Danny," Abraham tiba-tiba bercakap dengan aku setelah kami duduk termenung di bilik mesyurat. Aku pandang Abraham. Dia tampak tenang.
Aku ketap gigi. Kau ingat, kalau aku kahwin masalah syarikat boleh selesai ke? Syarikat ni kita berlima bangunkan sama-sama, takkan kau nak suruh aku berhenti dan kahwin. Perkahwinan takkan selesaikan masalah syarikat, malahan kalau aku kahwin dengan Danny sekalipun, ianya langsung tak ada kena mengena dengan pembangunan syarikat.
"Kahwin boleh settle masalah kita ke?" Soalku.
"At least you can take a break from all of this bullshit," ujarnya.
Dia pandang aku."Untung lah kau perempuan. Lain lah kami lelaki ketua keluarga," jelas Abraham. Entah kenapa komen Abraham itu kedengaran agak tak kena di telinga aku. Aku ketap gigi.
"Tak untung pun. Aku still akan kerja. This company means a lot to me," kataku. Abraham mendengus.
"Aku fikir untuk kebaikkan kau," katanya.
"No need. I can think for myself," balasku. Aku mendengus.
"Kalau aku kahwin dengan Danny pun, bukan sebab dia anak orang kaya, semuanya sebab I do love him," ujarku. Abraham senyum."Sorry," ujarnya. Kami sama-sama berdiam.
"Marriage won't end my career," komenku.
"Having my own company is my dream," tambahku.
"I will work hard for this," tegasku."You know what Yellena, aku rasa kau dengan Presiden kita memang satu kapal. You guys share the same dreams, the same goals and even the same brain frequency,"katanya.
"Is it a good thing?" Tak faham aku dengan penyataan Abraham.
"Not a bad things for sure, you guys matched well," dia cuba padankan kami, walhal aku ambil tak kisah.
"Where's our Presiden? Shouldn't he been here to think with us how to solve this?" Aku mulai hilang sabar. Setiap kali ada masalah, dia nak hilang dari radar! Sebaik sahaja aku cakap begitu, pintu bilik mesyuarat terbuka.
Ryan Chia.
Dan masih ada satu sosok lagi di sisinya.
Natasha Chia.
Orang yang paling kami tak sangka akan ada dengan kami. Aku dan Abraham berpandangan.Abraham dan aku saling pandang ke arah Ryan. Kami mahu penjelasan.
***
Stella masih lagi muntah-muntah. Adakah ini kesan sebab banyak berehat tak kerja? Genie mulai mempersoalkan keputusan dia untuk minta Stella berehat. Maklumlah, Stella terbiasa kerja, mungkin rehat di rumah buat dia sakit dan tak selesa.
"You okay ke ni?" Soalnya prihatin.
"I okay. Pening sikit, banyak tidur sangat," kata Stella terus buka peti sejuk untuk ambil ais krim. Genie ketap bibir. Dia mahu Stella diet dan kekalkan berat badan. Namun, melihat Stella yang lalu makan akhir-akhir ini dia tak sampai hati la pulak!
Tak boleh! Dia kena tegas!
"Stella, I rasa you tak patut makan ais krim. Memanglah you tengah on break, tapi diet never hiatus you know," Genie mengingatkan Stella apabila Stella mulai menyuap ais krim. Stella kemam sudu ais krim lalu menutup kembali penutup ais krim itu.
Dia menjilat sekitar bibir, tampak kempunan betul nak makan ais krim."Sorry," ujar Stella. Genie mengambil ais krim itu lalu dibuang ke dalam tong sampah. Yang pelik-pelik sahaja si Stella ni! Tak pernah-pernah suka makan ais krim, tiba-tiba jadi penggemar ais krim.
***
Ryan Chia***
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...