23

21 3 0
                                        

Sibuk.
Alasan yang cukup mudah tapi dalam masa yang sama cukup fleksibel untuk aku cakap dengan Vlin. Hari Pelajar semakin mendekat, setiap petang aku dan beberapa pelajar lain sibuk menguruskan set-up acara untuk memastikan semuanya lancar.

Bagi pelajar Tahun 1 macam aku, ianya agak mencabar sebab aku tak pernah handle event besar. Namun, bagi Ryan semuanya mudah sahaja.

Ya lah. Dia cuma cakap, yang laksanakan idea dia, tak lain tak bukan, muka ni jugak.

Aku angkat kotak maskot dari bilik drama. Maskot universiti bewarna kuning itu akan menjadi tarikan disebabkan jarang-jarang ada. Kotak maskot itu sebenarnya agak berat.

"Yell," satu suara memanggil aku dari belakang. Langkah aku terhenti, namun aku tak boleh pusingkan badan kerana kotak yang aku angkat agak berat.

Danny.

Dia mengambil kotak maskot itu daripada aku. Kelihatan kotak yang berat itu langsung tak berat sebaik Danny yang angkat. Aku tercengang. Tangan kosong tanpa apa-apa.

"Kenapa bawak benda berat ni? Lain kali, panggil I okay," katanya.

Aku angkat kening. Sejujurnya, Danny sangat aneh. Aneh.
Sangat aneh.
Terpaling aneh.

Okey. Biar aku jelaskan dengan kata-kata yang sangat mudah. Aku syak Danny sukakan aku!
Aku tak tahu sama ada dia syok sendiri atau dia cuma nak main-main dengan aku. Kalau dia nak main-main, apa motifnya? Aku tak buat apa-apa yang boleh trigger sikap main-main dalam diri dia.
Kalau nak kata aku syok sendiri, macam tak logik sebab, aku bukannya minat dengan Danny untuk bangkitkan rasa syok sendiri!

"Yell," panggilnya.
"You melayang sampai mana dah tu?" Komen Danny. Dia tersenyum dengan aku.
Aku menawarkan diri untuk angkat kotak maskot itu, namun dia cepat sahaja menolak, masih mahu tolong aku angkatkan kotak.

***

Stella melihat sahaja Ryan memainkan biola. Ryan memang hebat. Serba boleh.

Dengan muka yang kacak, berkepimpinan, pandai main alat muzik, bijak dan seorang yang boleh dikatakan sempurna.

Ryan tersenyum ke arahnya. Stella tahu, sosok yang dikatakan bakal presiden persatuan pelajar itu meminatinya dalam diam. Ryan tak perlu beritahu, Stella sendiri dapat merasakan kebaikkan yang Ryan cuba tunjukkan adalah melebih-lebih.

Nampaklah Ryan ada effort dalam percubaan mengejar cintanya.

Stella akur dengan Ryan. Kadang-kadang, disebabkan Ryan terlalu baik dia rasa serba salah untuk tolak. Stella bukan tak suka langsung dengan Ryan. Seseorang yang baik macam Ryan, adalah mustahil untuk tidak disukai orang.

Mungkin semuanya masih terlampau awal untuk Stella merasakan perasaan yang sama dengan Ryan. Mungkin juga Stella masih lagi tak bersedia. Bapanya tengah sakit, kalau boleh dia tak mahulah terlampau seronok.

Atau mungkin, hati Stella telah jatuh pada orang lain?

Ryan datang ke arah Stella. Dia senyum sahaja melihat Stella.
"Dah habis dah praktis?" Soal Stella. Dia bukan perasan sangat lagu yang Ryan mainkan. Lagipula, fikirannya melayang. Stella juga tak arif dengan lagu atau muzik klasik, dia lebih gemarkan lagu genre ballada yang mendayu-dayu. Muzik klasik tak kena dengan minatnya.

"Dah," jawab Ryan sedikit kecewa. Tak sangka Stella tak minat melihat dia bermain biola. Setahunya, ramai pelajar perempuan yang menyatakan minat setelah dia bermain biola.

Mungkin Stella tak termasuk.

"Jom lah Ryan. You kata nak belanja I makan kan," kata Stella menggalas beg. Dia mahu keluar dari bilik persatuan.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang