108

13 2 2
                                        

Aku meletakkan telefon sebaik sahaja melihat Vlin pulang. Wajahnya mencuka. Danny tak balas mesej aku lagi, jadi aku tak adalah ternanti-nanti sangat. Aku dah faham keadaan Danny yang tak ada capaian internet di sana.

Vlin menghentak kaki. Macam tak ada mood.

"Woi, what's the matter," tegurku. Dia duduk di sofa, sebelah aku. Aku pandang Vlin sambil makan ais krim La Kramera. Pelik, kenapa balik terus tak ada mood.

"Hey..." tegurku.

"Say Yell...do I ever controlled you?" Soalnya. Aku senyap.
"No..." balasku.

Aku pun tak tahulah. Vlin kawal aku? Aku pun tak tahu kenapa dia cakap begitu dengan aku. Aku cuba tak pandang ke arahnya. Malas lah aku nak bergaduh mulut dengan Vlin. Balik-balik, dia yang akan menang.

"Yell! I asked you! Pernah ke kau rasa yang aku ni kawal hidup kau!" Herdiknya, barangkali bengang kerana aku buat pekak dengan soalannya.

"No!" Nadaku sedikit tinggi. Terus terang, aku malas nak layan sikap Vlin yang macam ni. Aku dah tahu jawapan yang dia nak. Jadi, aku pun jawab macam yang dia nak. Sedikit pun tak terlintas untuk aku cakap "ya". Aku segera bangkit dari sofa, lagi lama aku duduk, dia tak akan lepaskan aku. Baik aku angkat kaki dan masuk bilik sekejap, biar marahnya reda baru aku teruskan bersembang.

"Yell...find a way, resign dari office Ryan," arahnya. Aku terhenti.

"What?" Soalku.

"Ryan's company will begone by next year, so...resign siap-siap," arahnya.
Aku tercengang.
"I'll find you a new job, you resign je," ujarnya tegas.

"What did you say?" Soalku. Aku bengang, rasa macam bodoh tak tahu apa-apa. Apa yang dimaksudkan dengan company Ryan akn musnah tahun depan? Apa perancangan yang aku tak tahu, sampaikan ada benda yang jadi dengki dengan kejayaan kami.

Vlin? Angkara Vlin?

Vlin bangkit dari sofa.

"I told you. Resign. You nak dengar ke tak nak dengar terpulang. But Si Ryan Chia yang biadap tu, pesan dengan dia, jangan sentiasa mendongak ke langit. Semua orang tengah tunggu dia jatuh sahaja," ujar Vlin menepuk bahu aku.

***

Stella melihat panggilan daripada Danny.

"You heard bout it?" Soal Stella. Danny mendengus.

"Only friend tapi setuju nak photoshoot couple. What on earth!" Marah Stella. Danny mengeluh.
"You tenang boleh tak," kata Danny di saat dia yang tak bertenang.

Stella mengeluh lagi.

"Let me tell you. There's no such things like friends between man and woman," ujar Stella.
Danny menarik nafas dalam. Berusaha untuk menidakkan kata-kata Stella.
"We're friends Stella. So does Ryan and Yell," Danny bertegas.

Stella ketawa sarkastik.

"You cakap friends but you call I sekarang bukan sebab you risau ke Ryan dengan Yell can become more than friends!?" Marah Stella.
Danny senyap. Dia pesimik, tak yakin dengan cinta Yellena.

"So I call you. Since now you're back, dah tak dekat Paris, maybe you should agree with Ryan meeting your parents..." Danny beri cadangan.

"Ah! You risau Ryan dengan Yell, then you acah bagi cadangan supaya I dengan Ryan declare hubungan kitaorang. You yang insecure, then you nak libatkan I," Stella menghentam. Walaupun perit, namun ayat-ayat Stella memang menikam kalbu.
Apa yang dikatakan Stella tidak lain melainkan kebenaran.

"Well, I was thinking that's a better option. Lagipun Ryan memang tunggu you say yes for everything," tegas Danny. Stella mencebik.

Jeda.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang