104

12 2 3
                                    

Meme Stella kena simbah dengan air menjadi bualan hangat netizen. Jadi, cerita aku dan Ryan senyap seketika. Di ruangan komen meme Stella dalam klip video berdurasi enam belas saat itu, ramai yang memuji kecantikkan dan riak wajah yang tidak dibuat-buat oleh Stella. Tak lupa juga ada yang komen bahawa ini adalah teman wanita Ryan Chia. Namun, komen itu tenggelam apabila kelab peminat Stella, Starlites mula menenggelamkan komen itu. Jelas mengatakan, sebarang berita tak betul akan dikenakan tindakan saman dan sebagainya.

Tapi, kalau ikut logik, nak saman kenapa? Memang betul pun Stella dengan Ryan. Itu kenytaan, bukannya fitnah.

"Yellena," seruan Ryan buat aku terkejut. Segera, aku letakkan telefon bimbit di atas meja dalam keadaan terbalik supaya tak nampak sangat aku tengah baca ruangan gosip.

"Jom," ajaknya.

"Pergi mana?" Soalku berkerut.

"Balai polis. Diaorang dah dapat tangkap suspek kes bakar gudang Kasut Cantik," ujar Ryan. Aku bundarkan mata! Dah dapat tangkap? Efisyen juga kerja polis. Aku ingat dah lepas begitu sahaja. Ryan ambil tas tangan milikku dan menyuruh aku cepat.

Aku masih terkocoh-kocoh pakai kasut. Maklumlah, dari tadi aku duduk bersila di atas kerusi.

"Cepatlah Yell, nanti balai tutup kalau petang!" Ryan menyuruh aku cepat.

***

"No, she won't give any testimony or any statements related to the perpetrator," Ryan bertegas apabila pegawai itu menyuruh aku berjumpa secara terang-terangan dengan lelaki tempoh hari. Aku diam sahaja.
Sedikit terkejut dengan ketegasan Ryan. Ya lah, sebelum ni, mana dia pernah cakap "no" untuk sesiapa.

Seingat aku, perkataan "no" cukup sukar untuk keluar dari mulut seorang Ryan Chia.

"Orang-orang tu cakap Cik Yell salah faham dan meluru kejar diaorang, kami kena ada statement Cik Yell, Cik Yell cakap lain," ujar Pegawai.

Aku tercengang.
Aku pandang Ryan. Aku pulak yang cakap lain? Salah faham!

Are you fcking kidding me?

"Kami nak semak sama ada kenyataan Cik Yell ada unsur fitnah atau tak puas hati dan jadikan orang tu suspek kami," tegas pegawai. Aku memang hilang kata. Awal kami datang tadi bukan main lagi aku dan Ryan nak pastikan suspek tersebut cerita hal sebenar. Eh! Dah jadi lain.

"Bullshit!" Marah Ryan. Wajahnya merah padam. Dia bercekak pinggang dan tak puas hati. Ryan memandang aku. Ini kali pertama aku lihat Ryan begitu bengang dengan orang. Selama ini aku mana pernah nampak Ryan marah. Silap! Ryan tak pernah marah.

"My Yellena won't give any statements or testify anything. Apa-apa you guys can talk to my lawyer! Tegasnya. Ryan memegang pergelangan tangan aku erat. Dia memandang pegawai itu seorang demi seorang. Mereka semua tercengang.

"My Yellena..." ungkapan itu sedikit membuatkan hati aku berdebar.

"Jom Yell," Ryan menarik tangan aku keluar dari balai polis.

***

Mendengar cerita Yellena di telefon mengenai perihal di balai, Danny rasa berbelah bahagi. Sambil mengelap lens kamera, dia termenung ke luar jendela. Lens kamera perlu sentiasa dilap dengan bersih. Persekitaran di sini berdebu, jadi dia sentiasa memastikan alatannya bebas habuk. Danny duduk di kerusi kayu, memandang ke arah luar jendela tingkap.

Nak dekat dua bulan dia menghitung hari. Dia masih ada lagi beberapa bulan. Menyertai misi kemanusiaan bukan suka-suka boleh balik. Bahkan penduduk kampung di sini juga perlukan dia.

Dia tak pasti sama ada cemburu buta atau dia rasa bersalah kerana tak ada di saat Yellena memerlukan seorang teman lelaki di sisi. Rasa cemburu pada bapa saudaranya juga menebal dalam diri sedangkan dia tahu, dia tak sepatutnya rasa begitu.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now