Moon - Jin BTS
Vlin menekup mulut dengan tapak tangan. Dia kedengaran tak percaya yang aku pernah makan semeja dan duduk bersebelahan dengan Ryan Chia dan Danny Chia.
Rancangan asal aku cuma untuk masuk persatuan pelajar dan memerhati Ryan Chia dari jauh. Melalui persatuan pelajar, aku sepatutnya boleh mengetahui perkembangan Ryan.
Tapi memandangkan dia dah dekat dengan aku. Jadi lebih mudah untuk aku memerhatikannya.Dan, Danny pula bukan target aku. Entahlah. Aku cuma ikut cakap Vlin sahaja. Rancangan teliti dia, aku tak terlibat. Dia cuma cakap bahawa aku kena perhatikan Ryan dari jauh, dengan siapa dia berkawan sahaja. Yang lain dia akan uruskan sendiri, aku tak perlu campur.
Vlin tidak memberitahu aku lebih lanjut tentang siapa yang dia jumpa. Cuma dia hanya cakap, orang tak guna itu sudah melupakannya dan kenangan buruk mereka.
Ya lah. Siapa nak ingat benda menyakitkan.
Kecuali Vlin.
Setiap hari, dia akan menangis mengingati mantan suaminya yang telah meninggal dunia. Katanya, keluarga Chia yang bunuh mantan suaminya.Aku agak pelik. Kalau Vlin dan suaminya dah bercerai, kenapa dia masih tak boleh move on? Patutnya, dia dah tak peduli lah kan apa yang jadi dekat ex-laki dia, ini tidak, dia yang macam orang gila. Waktu itu, aku terlampau kecil untuk memahami semua ini. Andai kata aku ada keberanian, mesti aku dah tanya sendiri pada Vlin.
Tapi aku bukanlah tak berani.
Aku tak mahu Vlin semakin menggila. Tengok sahaja rumah dia, kalau tak ada aku yang nak kemas, dia tak akan ambil peduli apa yang dah jadi pada diri sendiri dan rumah ini. Tapi dia bukanlah tak bertanggungjawab langsung, sewaktu aku kecil, seingat aku kecuali kerja rumah, bab kewangan kami, semuanya tak ada masalah.Sebenarnya, aku tak ada masalah kalau Vlin nak balas dendam atau apa. Ikut suka hati dia. Aku tak nak jadi judgemental dan aku bukannya hakim untuk tentukan sama ada keluarga Chia yang bersalah atau Vlin yang terlampau ikut perasaan. Tetapi, memandangkan dia begitu tekad untuk balas dendam, mungkin juga ada perkara yang keluarga Chia buat sehingga dia rasa terancam.
Usai kemas rumah, aku tolong masakkan makanan tengah hari untuk Vlin. Dia tidak makan bersama aku, sebaliknya buat kerja design di ruang tamu. Dia memang selalu makan lambat, jadi aku pun dah tak kisah dengan semua itu.
"Vlin," sebelum aku pamit aku menegurnya.
"Design apa ni?" Soalku, melihat lakaran yang dibuat.
"My first step untuk masuk dalam hidup dia orang," katanya nekad.
Aku mendengus. Tak kuasa aku nak halang. Kalau aku halang, silap hari bulan aku yang akan jadi mangsa.
Vlin pukul, tarik rambut dan baling barang pada aku perkara biasa. Jadi, aku tak begitu terkesan sangat. Namun, sudah menginjak 19 tahun, tak sedap pula apabila masih kena pukul macam aku umur 10 tahun."Suka hati lah," balasku mengalah. Dendam dia hanya akan terlunas apabila dia puas. Aku hanya akan jadi pemerhati. Sebab itu aku setuju apabila dia suruh aku perhatikan Ryan. Apalah sangat yang dia boleh buat pada Ryan. Waktu kejadian yang menyebabkan Vlin begitu terkesan, aku dan Ryan masih budak mentah lagi.
Daripada dia suruh aku terlibat dalam dendam kesumat dia yang tak berkait dengan aku, baik aku setuju kan sahaja untuk jadi mata-mata Ryan dan Danny.
Aku tak mahu terlibat. Tapi, ada satu hal yang perlu aku cakap jugak."Dendam ke apa ke, just don't lose yourself," pesanku. Vlin senyap. Dia faham sahaja maksudku.
"You know we just had each other to rely upon right?" Soalku lagi. Vlin tidak membalas, tunduk sahaja.
"I love you, Vlin," ujarku. Dia diam membisu.****
Petang itu aku habiskan masa di perpustakaan. Merata aku cari tempat duduk, dari tingkat satu, sampai habis tingkat 2, semuanya penuh.
Akhirnya, aku jumpa satu tempat kosong di tingkat 3. Agak terpencil.Sebuah meja, dibahagi dengan penghadang dan lampu belajar warna oren. Berdekatan dengan tingkap dan yang paling penting, jauh dari orang. Aku lihat, bahagian yang sebelah lagi kosong, manakala sebelah lagi ada orang. Buktinya, dia tinggalkan Mcbook dan beg di atas kerusi.
Sebelum orang lain ambil tempat itu, aku segera duduk. Membuka segala laptop, buku teks dan bahan rujukan. Macam ni, kalau ada orang cakap ni tempat dia, aku dengan belagaknya boleh tunjuk yang aku sedang buat kerja.
***
Stella tidur seharian. Sudah menjadi rutin dia akan tidur tak ingat dunia pada hujung minggu. Apabila dia bangun, dia akan sakit kepala.
Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Dia memandang ke arah meja, kosong sahaja. Kelibat Yell tak pula kelihatan, barangkali sudah pergi ke perpustakaan.Semalam dia menangis sendirian di bawah selimut. Dia turut menggigit sapu tangan agar kawan-kawan sekamar tidak mendengar esakkannya.
Ibu sedang sakit dan memerlukan wang. Setakat ini, ayah masih boleh tampung, tapi untuk jangka masa panjang, agak mustahil. Pembedahan buah pinggang akan dilakukan, dan ibu perlu buat dialisis nanti.Semua itu perlukan wang.
Dia juga sedang belajar. Tentu nak pakai wang.Stella kemudian turun dari katil. Dia mengambil tuala lalu ke kamar mandi. Badannya terasa berat dan melekit, mungkin bila mandi baru akan rasa segar sedikit.
Saat dia keluar bilik, dia terserempak dengan Mirae, salah seorang ahli kamar mereka.
"Nampak Yell?" Soal Stella.
Mirae menggeleng.
"Dari pagi lagi hilang. Kat perpustakaan kot," komen Mirae. Yellena memang selalu tak lekat di bilik ketika hujung minggu.
Selain di perpustakaan, dia tak tahu mana lagi Yellena akan pergi. Walaupun tak selalu menghilang begitu, namun sudah beberapa kali Yellena hilang seharian ketika hujung minggu.Bila dia pulang, wajahnya akan muram sahaja. Stella tak berani nak tanya lebih-lebih tentang Yellena. Gadis itu sememangnya tak banyak bicara. Mereka boleh jadi rapat pun disebabkan mereka satu kamar. Kalau tidak, mustahil mereka akan jadi member rapat.
Stella membasahkan kepalanya. Dia terfikir, kadang-kadang Yellena pelik.Gadis itu pendiam, tapi seringkali memerhati dalam diam. Kadang-kadang, dia sengaja meminta pendapat Yellena kerana gadis itu tampak tahu banyak benda.
****
Aku menguap. Sudah hampir dua jam aku menyiapkan assignment. Saat aku angkat kepala mahu mengeliat, alangkah terkejutnya aku melihat Ryan sedang minum kopi di hadapan aku. Rupanya, tempat yang dari tadi ada orang letak beg merupakan Ryan.
"Hai," sapanya kekok. Aku terkebil-kebil, sedikit kekok dan segan. Aku memandang Ryan.
"Hai," balasku acuh tak acuh."Aku tadi nak tegur, tapi kau macam fokus sangat kerja," katanya. Aku angkat kening. Ya, jugak! Aku terlampau fokus sampai tak perasan bila dia duduk depan aku. Rasanya, tadi macam tak ada orang lagi. Bila masa pulak dia sampai! Eh.
Perut aku berbunyi. Sial betul. Time ni lah dia nak bunyi. Aku rasa tak adalah kuat sangat, tapi sebab ni perpustakaan, dan sudut ni cuma ada kami dua orang, jadi kedengaran jugaklah bunyi perut aku tu,
"Jom gi kantin makan," ajaknya. Aku terkebil-kebil. Kau ajak aku makan? Sekali?"Eh, takpe," aku balas. Aku lebih suka makan seorang diri, lagipun aku tak lapar.
"Tak lapar pun," jawabku. Namun, perut kejadah aku ni boleh pulak berbunyi sekali lagi minta di isi. Ryan menahan tawa. Dia ketap bibir agar tawanya tak meletus. Aku sengih bodoh sahaja.
Sial."Kau tak lapar, aku lapar. Jom gi makan," ajaknya. Aku angkat kening. Boleh tahan jugak mamat ni, kiranya tolonglah aku cover line sikit.
"Lagipun aku ada benda nak tanya sikit," katanya dengan senyuman penuh pengharapan.Aku setuju. Plan asal aku cuma nak lihat dan awasi Ryan dari jauh. Dendam Vlin tak mungkin akan melibatkan Ryan, jadi aku rasa tak mengapa kalau aku ikut sahaja rancangan Vlin.
Tapi, memandangkan Ryan yang ajak aku keluar, dan dia ada benda nak tanya aku, apa kata aku onz kan aja?

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
Storie d'amoreAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...