Loya. Aku rasa seram sejuk, tekak aku nak termuntah. Nafas aku turun naik. Aku rasa anxiety attack aku menyerang kembali. Walaupun aku cuba bertenang dengan cara tarik nafas sedalam mungkin, rasanya ia takkan berjaya. Aku tekup mulut supaya aku tak muntah. Bahkan, mata aku pun dah berair.
Itu belum termasuk rasa sukar nak bernafas yang aku alami sekarang.
Ryan tak ada dalam pejabat. Aku melihat meja Ryan.
Pendrive warna biru gelap.
Ada beberapa pendrive dalam mangkuk hiasan atas meja kerja Ryan. Di situ tempat dia menyimpan pendrive. Aku tahu selok belok pejabat Ryan, jadi tak ada orang lain selain aku yang arif tentang hal ini. Bahkan, kalau korang tanya Stella, dia pun tak begitu arif tentang pejabat Ryan macam aku.
Aku ambil pendrive biru gelap dari dalam mangkuk itu. Aku cuba tarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskan keluhan. Pendrive dipegang erat. Aku ketap gigi! Vlin!
Vlin! Kali ni sahaja aku tolong...Aku segera keluar. Saat keluar, aku terserempak dengan Jessie, salah seorang setiausaha di pejabat Ryan.
"Cakap dengan Pres, I ambil pendrive dia," ucapku. Jessie angguk mendengar arahan.***
Ryan pulang dari tingkat bawah. Setelah bermesyuarat dengan Jabatan keselamatan siber yang diketuai oleh Ben, dia dah dapat idea bagaimana nak memperbaiki keselamatan atas talian. MT minggu depan, dia akan bangkitkan hal ini.
"Pres! Tadi Miss Yell masuk bilik you ambil pendrive," beritahu Jessie. Ryan angguk faham.
***
"Bila berangkat?" Soal Stella. Dia berdiri di belakang Danny. Kalau ada Yellena, Danny langsung tak pandang dia. Hari itu, dia ambil gambar poster untuk variety show Hi Youth bersama beberapa orang idol dan pelakon perempuan lain. Tak sangka pula Danny akan terlibat dalam projek itu.
Katanya, Danny ganti jurugambar lain. Sepatutnya, bukan Danny yang ambil gambar mereka.
"Soon," balas Danny. Dia tak pandang Stella, sebaliknya melihat gambar-gambar dalam kamera.
"Rugilah studio company hilang talented photographer macam you," komen Stella.
Danny sengih dan angkat kening."By the way. Thanks tolong I pindah barang semalam," ucap Stella.
"No big deal," jawab Danny.
Stella dan Danny diam. Mereka jadi kekok apabila bersama. Barangkali sudah lama mereka tak berbual bertentangan mata.
"You dengan Yell okey?" Soal Stella.Mendengar nama Yellena, senyuman Danny melebar. Dia menjeling Stella sambil tersengih. Stella tahu, Danny dari zaman universiti lagi macam berminat dengan Yellena. Aneh! Mula-mula, Danny memang anti-Yellena, entah macam mana dia boleh jatuh hati. Stella ingat lagi, waktu Ryan minta Danny bagi senarai nama, bukan main lagi Danny cari alasan.
"Pelik," komen Stella.
"Apa yang pelik?" Soal Danny blur."Dulu...you bukan main anti lagi dengan Yell," komen Stella. Sebelum dia bercinta dengan Ryan Chia, Stella ada crush dengan Danny. Pernah sekali, dia ikut Danny macam stalker. Setiap kali Danny bercakap, mesti Stella akan bagi perhatian. Maklumlah, first crush! Zaman sekolah, dia tak pernah minat dengan sesiapa, masuk universiti, kali pertama dia lihat wajah kacak Danny bersandar di pintu bilik sakit. Semuanya sebab Yellena tercedera. Waktu itu, dia dah jatuh hati dengan rupa paras bad boy milik Danny Chia. Tak macam Ryan, dengan cermin mata yang tampak "nerd" dan tak begitu menonjol fizikalnya.
Kalau dibandingkan rupa paras, memang menang dekat Danny. Wajah bad boy, dengan senyuman nakal.
Ryan pula berkaca mata, ceria dan baik dengan semua orang. Tak "bad boy" macam Danny.
Maklumlah, perempuan memang suka "bad boy" kan! Macam sejenis kemenangan pula bila dapat tundukkan seorang "bad boy".

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...