106

9 1 0
                                    

Ryan akur sahaja apabila Uncle Johnny memanggilnya. Saat sampai di destinasi, Ryan memandang ke arah shoplot itu. Tak terlampau mewah, sebaliknya biasa-biasa sahaja. Saat Ryan masuk, kelihatan Uncle Johnny sedang memotong kain.

"Ryan!" Sapa lelaki itu ceria.

"Uncle," balas Ryan. Dia automatik rasa nak senyum melihat lelaki tua itu menyapanya. Lelaki tua itu memakai baju t-lengan panjang yang disintingkan. Ternampak tatu naga di lengan kirinya. Sekali pandang, kau akan rasa macam pekerjaan lelaki itu sekarang langsung tak sesuai dengan penampilannya.

"Sini! Sini!" Johnny memanggil ceria. Ryan ikut sahaja. Kedai jahit itu tak adalah besar mana. Ada patung yang masih tidak berbaju dipamerkan. Hampir 70% siap sahaja, dan lelaki itu pun bekerja sendiri.
"Uncle, shouldn't you find a helper?" Soal Ryan.

Uncle Johnny sengih. Dia masih belum mampu lagi untuk mengupah pekerja.
Bagi makan mungkin boleh, gaji macam tak berapa boleh lagi. Dia pun masih terumbang ambing, pakai duit modal Vlin dan duit simpanan lamanya.

Lelaki itu mengeluarkan satu sut custom made dari almari kayu. Sut itu diberikan kepada Ryan.

"Ambil lah," ujarnya. Ryan nganga. Sut yang cukup kemas, sesuai untuk dia pergi kerja hari-hari. Uncle Johnny tersenyum. Dia memaksa Ryan ke bilik persalinan untuk mencuba sut buatannya. Ryan tak ada pilihan, sebaliknya akur sahaja.

Jahitan yang kemas, pakaian yang terletak elok. Nampak sangat sesuai apabila Ryan melihat cermin. Tinggi Ryan yang macam model itu sangat menambahkan kecantikkan pada sut 100% custom made, bagaikan direka khusus untuk tuannya.

"Perfect," puji Uncle Johnny tatkala melihat Ryan.

***

Awal pagi dah mesyurat. Semalam sebelum balik pun dah mesyurat. Perbincangan promosi Shopa 11.11 dah dapat konsep, jadi kami akan cuba libatkan beberapa produk. Nicholas dan aku sampai awal, diikuti dengan Abraham dan Ben. Ryan masih tak muncul-muncul lagi.

"Nice suit," komen Nicholas. Aku memandang ke arah pintu bilik mesyuarat yang baru terbuka. Hari ini Ryan pakai sut hitam. Dengan baju kemeja hitam, sut hitam itu tampak elok di badannya.
"Baru beli ke hoi?" Tegur Ben, berkenan dengan sut hitam Ryan.

Ben mendekati Ryan untuk mengamati sut itu.

"Custome made?" Soal Ben. Ryan angguk.

"Local product, orang kita juga yang buat," ujar Ryan pandang ke arah aku. Mereka kemudian mengamati sut baharu Ryan, bukannya nak lekas-lekas mula mesyuarat. Aku pandang sekilas sahaja, tak berminat. Orang kacak macam Ryan, kau bagi kain buruk suruh dia pakai pun akan nampak elok.

"By the way Yell, kalau kau nak tempah baju, kau boleh jumpa tailor ni, aku recommend," tiba-tiba dia beritahu aku. Terus terang, aku rasa agak tiba.

"Baju lelaki baju perempuan, semua dia boleh buat," puji Ryan melambung. Bagi aku, bukan senang untuk puaskan hati Ryan. Tapi, kalau dia dah rekomen, maksudnya tukang jahit itu memang berbakat.
"Jenama apa?" Soal Abraham.

"Dia baru buka kedai. Tak ada jenama lagi," ujar Ryan. Aku kerutkan dahi. Ryan memang tak kisah dengan barang berjenama, tengoklah beg askar lusuh yang diusung kemana-mana dalam keretanya.

"Kalau kau nak pergi custom baju kan Yell, aku memang recommend," Ryan tak putus hasut aku. Aku kerutkan dahi, beriya betul.
"Aku beli baju ready-made," balasku. Terdiam Ryan dibuatnya. Ryan pun satu hal, tak ada angin tak ada ribut beriya suruh aku tempah baju.

***

Stella tersenyum menerima tawaran filem itu daripada Genie.

"Pengarah McDon yang recommend," ujar Genie. Stella angkat kening.
"Finally he saw your potential," ujar Genie. Dia begitu lega apabila Stella pertama kali mendapat tawaran filem. Walaupun sekadar watak kedua, tapi ini ialah peluang baik untuk Stella muncul di layar perak. Ramai pelakon muda yang mula dengan filem dahulu sebelum ambil peranan dalam drama.

"Not that he saw my potential," kata Stella. Dia sedikit pun tak gembira dengan tawaran itu. Bagi Stella, ini ialah batu loncatan untuk di ke tahap yang lebih tinggi. Lepas ni, baru lah dia boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Ryan. Lepas ni lagi, tak adalah dia rasa kerdil sangat kalau nak bandingkan diri dengan Ryan.

Ya lah!
Ryan anak bongsu orang kaya, Stella pula anak sulung keluarga kampung yang tak berharta.
Ryan hebat, ada syarikat sendiri sedangkan dia cuma bawa watak pelakon pembantu sahaja!

Tak adalah Ryan sikit-sikit banggakan Yellena.

"Aren't you happy Miss Stella?" Soal Genie polos.

"Should I be happy with job yang I dapat because of sleeping around with director?" Soal Stella tegas. Genie ternganga, dia tak tahu menahu.
Stella pandang Genie.
"This industry sucks Genie," ujarnya.

"Kita kena berkorban to reach the top," Stella memandang sayu ke luar jendela. Dia tak ada mood untuk berbual.

***

Aku tanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah. Vlin sedang menanti aku di muka pintu.

"How's your day?" Soalnya. Aku angkat kening, tak ada apa-apa yang berlaku untuk aku kongsikan dengan Vlin.

"Good," balasku perlahan. Malas nak bercakap dengannya sebenarnya.

"Can we talk?" Soal Vlin. Aku pandang dia tak berkelip.
"About what? Work? Nah...I penat," balasku malas. Aku sekarang cuma nak mandi dan tidur.

"Your dad," ujarnya.
Diam.

Aku berjalan ke peti ais untuk minum air. Sehabis baik, aku cuba untuk tak mempedulikan Vlin. Lantaklah nak cakap apa pun. Aku buka penutup botol air sejuk dan terus minum.

"Are you listening?" Soalnya.
Aku menjeling dan angguk.

"He's out from prison," ujar Vlin.

"Okay," balasku. Vlin pandang aku, dia bercekak pinggang.

"You're not curious at all?" Soalnya.
"For what?" Balasku polos. Aku tak faham kenapa aku perlu bagi reaksi untuk Vlin. Kalau ayah aku keluar penjara sekalipun kenapa?! Kalau dia nak mereput dalam penjara sekalipun kenapa! Seingat aku, dia tak pernah wujud dalam hidup aku. Aku cuma ingat dia dibalik kaca sahaja, selebihnya aku tak ingat.
Bahkan, orang yang jalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada aku ialah Pak Cik Daston. Walaupun tak lama, tapi aku masih ingat dengan lelaki itu. Selebihnya, Vlin yang uruskan aku setelah kematian datuk dan nenek.

Boleh dikatakan, keluarga aku dalam dunia ni cuma ada seorang sahaja. Vlin Beck. Sama ada aku suka atau tak suka, Vlin sahajalah keluarga aku.

Vlin mendengus.

"You don't want to meet him?" Soal Vlin.
Aku merengus.
"No. I don't," tegasku.
Vlin mendengus.

"Yell...he's your dad, you like it or not, it's a fact!" Ujarnya. Vlin memandang aku.
"He's your only family you know!" Tegasnya.

Aku letakkan air di meja: aku pandang Vlin.

"I have a family. You're my only family, Aunty Vlin;" dah lama rasanya aku tak panggil Vlin dengan gelaran yang sepatutnya. Dia tunduk.

"People like me can't be your family Yell. I will go against you anytime," katanya selamba. Ya. Vlin memang akan khianat aku bila-bila sahaja. Aku tahu Vlin mampu buat begitu. Cukuplah selama ini dia gunakan aku untuk hancurkan syarikat game Ryan. Dia suruh aku update selalu kegiatan Ryan. Bila-bila sahaja, Vlin akan tolak aku ketepi saat dia tak perlukan aku.

Tapi...

Mungkin aku yang toksik. Tak kisahlah Vlin buat apa sekalipun, semuanya takkan ubah fakta yang dia besarkan aku dari kecil. Aku lihat Vlin mengalah, dia terus masuk bilik. Hati aku sakit. Kenapa saat ini dia nak sebut pasal ayah yang selama ni tak pernah wujud?

Ah: malaslah aku nak fikir.

Tiba-tiba...

Aku cuma nak Danny sekarang. Aku rindu dia.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now