130

12 2 0
                                        

Sistem server down Chia Storeline menjadi topik hangat untuk hujung minggu itu. Setelah bersarapan, Danny ajak aku keluar. Walaupun penat, namun sebab aku tak mahu dia terserempak dengan Vlin, aku terus setuju sahaja.
Kami lepak di kafe, sambil aku main telefon. Danny pesankan minuman kegemaran aku IcedLatte sementara dia minum Iced Americano.

Hebat jugak Ryan boleh jatuhkan server mereka.

"Apa yang you tengok tu?" Soal Danny. Aku segera tunjukkan berita itu kepada Danny.
"Woah," katanya. Namun, aku senyap. Hal syarikat, mana boleh bagitahu orang luar macam tu sahaja! Aku angkat kening kepada Danny.

"Hujung minggu pun still tengok hal kerja," sindirnya. Aku nganga. Alamak. Aku kemudian masukkan telefon bimbit ke dalam beg sebelum memandang Danny.
"I won't look at my phone anymore," ujarku. Danny pandang aku sambil tersenyum sinis. Dia memandang anak mataku. Sebab tak selesa, aku cuba larikan pandangan.

"Look at me," katanya romantis.
"Okay," jawabku, masih melarikan anak mata ke arah lain sambil minum air guna straw.

"Tak...you're not looking at me," komen Danny. Aku kelipkan mata sebelum aku jegil ke arahnya. Danny tersenyum ke arahku. Perlahan, dia mencapai tangan aku di atas meja.
Aku patut biarkan betul tak? Ini kan teman lelaki aku...
Aku kena beri ruang dan peluang untuk Danny. Barulah aku tak teringat kepada dia-yang-selamanya-takkan-jadi-milik-aku.

"Is there anything you wanna tell me?" Soalnya. Aku senyap. Lebih kepada sentap. Ya. Ada. Banyak. Terutama aku nak berterus terang tentang Vlin dan bapanya. Aku perlu jujur dengan Danny, agar dia tak salah faham dengan aku di kemudian hari. Aku kena bagitahu Danny...

Tapi, aku tak mahu dia tinggalkan aku.
Dia takkan suka kalau tahu tentang Vlin dan Steve.

Aku geleng sahaja.

"Really?" Soalnya. Aku senyap, telan air liur.

"If you have something to tell, I would like to listen," katanya seakan beri aku peluang. Aku senyum, tarik nafas panjang.
"Nothing much. All good!" Dengan senyuman aku memberi dia keyakinan. Aku senyum. Danny juga senyum ke arahku.

"Okay," ujarnya. Telefon aku berbunyi, sempat aku tengok ke dalam beg.
Ryan Chia.

"I thought we're not looking at our phones," sindir Danny. Aku mendengus. Ryan telefon selepas kami bertiga hack laman web Chia Storeline. Kenapa? Dah kantoi ke? Polis dah tahu kerja kami ke? Eh! Ben cakap Ryan hebat sampaikan CIA(tak ingat) pun tak boleh syak Ryan.

"Something came up I guess," kataku memandang nama Ryan. Aku terpanggil untuk angkat telefon. Mungkin syarikat ada masalah! Logik!!!

"Danny....I need to take this call," ujarku minta diri untuk keluar dari kafe.

***

Pandangan mata Danny berubah. Angin cemburu buta lebih teruk dari angin ribut taufan! Dia menjeling Yellena yang keluar semata untuk mengangkat satu panggilan dari Ryan.

Peluang di berikan. Namun, Yell masih tak mengaku mengenai yang dia tahu hubungan Vlin dan Steve. Bahkan bukan sekali. Dua kali! Dia tanya dua kali, dengan harapan ada penjelasan dari teman wanitanya. Namun; dia nampak jelas, Yell cuba menyebelahi wanita yang cuba merampas kebahagiaan ibunya.

Danny bukanlah teruk. Dia mahu memahami sudut pandangan Yellena. Namun; Yell masih dia yang lama. Yell yang takkan bagi ruang dan peluang untuk dia masuk ke dalam hati itu. Dia memandang Yell dari cermin tingkap, entah apa yang dibualkan tampak begitu ceria.
Cara Yellena melayan Ryan jelas bertentangan. Matanya bersinar, malahan baris giginya kelihatan sejurus mereka bercakap telefon.

Cemburu.

Ya.
Dia cemburu!

Kenapa Yellena tampak bahagia sangat sedangkan cuma angkat panggilan telefon bodoh sahaja!

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang