Semalaman aku telefon Danny tak berangkat. Aku mengeluh sendirian sambil memandang telefon.
Bahkan mesej aku juga tidak dibalas.Aku merenung telefon bimbit. Kenapa dengan Danny!
"Hoi," tegur Ryan. Aku pandang Ryan.
"Apahal?" Soalnya.
Aku ketap gigi."Entah. Danny ni. Call tak angkat, mesej tak balas," ujarku. Ryan diam. Aku memandang Ryan, dia tampak tenang sahaja.
"Sibuk kot eh," aku sedapkan hati. Ryan angkat kening."Maybe," jawabnya.
Aku diam kemudian tersengih.
"Kau dah baik dengan Stella?" Aku cuba korek cerita.
Ryan pandang aku. Aku terkelip-kelip menanti jawapan positif dari Ryan. Dia angkat kening dan angguk sekali.
Aku senyum!
Baguslah macam tu! Nanti aku boleh plan double date dan macam-macam lagi. Aku sengih sendirian sebelum Ryan letakkan lengannya di belakang bahu aku."Jom lunch," ajak Ryan.
Aku tengok jam, dah waktu makan.***
Aku melihat video reels laman sesawang Toktok sebelum tersengih sendirian.
Couple Tattoo!
Macam comel kan! Macam comel kan kalau aku dan Danny dapatkan tatu pasangan! Aku senyum girang sambil makan burger."Apahal kau?" Soal Ryan. Segera aku tunjukkan video pendek tersebut kepada Ryan.
"What the?!" Dia buat mimik muka.
"It's cute!!" Tegasku dengan nada tinggi.
"I'm gonna get a matching tattoo with Danny," aku sengih ke arah Ryan. Dia gelengkan kepala, jelas tak setuju dengan idea tiba-tiba aku.
"Buat tatu sakit kau tau tak?" Nasihatnya. Aku juihkan bibir!Buat apa pun sakit! Tidur je tak sakit!
"Bising ah," aku menggerutu. Sambil tak puas hati dengan Ryan, mulut aku laju sahaja menyumbat kentang goreng. Dia mengambil telefon aku dan melihat video itu sekali lagi.
Video itu merupakan gambar video tattoo sepasang cincin. Jari lelaki dan perempuan.
"Are you really going to have a matching tattoo?" Soalnya serius.
Aku angguk.
Aku diam berfikir sebentar."It's gonna look so cute," ujarku. Aku memandang jari manis. Macam mana sekalipun aku akan terima lamaran Danny. Kalau buat tatu lebih awal dari pakai cincin sebenar pun tak mengapa.
"Yell," Ryan panggil aku. Kedengaran nada suaranya sedikit pelik.
Aku pantas memandang Ryan, menanti ayat-ayat yang akan terpacul keluar dari mulutnya. Dia pandang aku, kemudian tersenyum tawar."Apa?" Soalku kepadanya.
"Kau ada benda nak cakap dengan aku ke?" Soalku. Dia ketap gigi, kelihatan seperti sedang berfikir.
"Tak de apa-apa," balasnya berat.
Aku yakin ada sesuatu yang mengganggu Ryan. Namun, dia tak berani cakap dengan aku.
***
Stella pandang Genie.
"What do you think about this package," soalnya sambil berkelip-kelip.
Genie angguk setuju sahaja.
Gaun pengantin yang Stella tunjuk itu memang cantik.
Harganya pun cantik.Genie pejamkan mata rapat-rapat. Dia dah menyerah dengan Stella. Tiba-tiba, cakap dia nak kahwin.
"You nak kahwin ni, bestie you Yellena dah tahu ke?" Soal Genie.
Stella senyum nakal."Tak suprise lah kalau I cakap dengan dia," katanya.
Genie mendengus.
Nak buat kejutan lah pulak! Genie kemudian memandang ke arah koleksi gaun pengantin itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomantikAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...