Terasa hujung hidung aku dicuit. Perlahan, aku buka mata melihat Ryan sedang menatap aku sambil tersenyum. Segera aku bergerak sedikit agar muka kami tak terlalu rapat, sambil sebelah tangan meraba telefon bimbit. Dah pagi ke!? Aku tak rasa keadaan di luar sudah cerah kerana langsir bilik yang tertutup kemas. Aku capai telefon, baru pukul 4:30 pagi.
Sumpahlah. Awal lagi kot.
"Princess wake up," panggilnya.
Aku buka mata dan tersenyum memandang Ryan. Dia sengih kemudian menyentuh wajahku dengan hujung jari telunjuk."You look cute when you're asleep," dia memberi komen. Aku sengih lebar, rasa kelakar dengan komen selamba Ryan. Ryan ketawa tiba-tiba.
"Kenapa abang gelak?" Soalku.
"Hmm," dia atur bicara.
"You lah," katanya."I still remember, ada satu kali tu time you so wasted, you suruh I panggil princess. And till now, you still liked being called Princess," jujur katanya. Aku tak boleh ingat kembali bila, tapi fakta yang aku suka digelar dengan panggilan sebegitu sememangnya benar.
"Kenapa you kejut I pagi-pagi ni?" Soalku selamba. Aku gerakkan badan, sedikit lenguh.
"I terjaga awal," balasnya.
"Dah tu tidur lah balikk!!" Aku sedikit menjerit agar dia tak ganggu waktu beradu aku. Dah terjaga tu, pejamlah mata dan tidur balik. Awal lagi kalau nak bersiap pergi kerja atau buat sarapan sekalipun!
"Tak boleh," balasnya. Dia memandang ke arah selimut dan bahagian bawah tubuhnya. Mata aku jadi segar, dan mental aku bagai diketuk dari khayal baru bangun tidur. Terus celik dan jaga.
"Seriously abang?!" Aku menyoalnya dengan separa mulut terbuka. Dia mendekati aku sedikit demi sedikit.
"Come on Princess," bisiknya di telinga aku. Aku menjeling ke arah Ryan. Dia mengelip mata beberapa kali sebelum memicit lenganku agar bersetuju dengan permintaannya. Aku jeling tak setuju sebab terlampau pagi untuk perkara yang dia mahu.
Tapi, Ryan tak mengalah.
"Satu round je," pujuknya sebelum aku membuka ruang untuk vampire lapar itu menggigit manja bahagian leherku.
Satu round lah sangat!
***
Isabella muncul di pejabat Steve pada pagi itu. Fesyen dan cara dia berjalan membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya. Semua orang tertanya-tanya, siapakah jelitawan yang hadir ke HQ Chia Group pada pagi yang suram. Kehadirannya sudah cukup untuk menjadi buah mulut para pekerja.
"Morning," sapanya apabila bertemu dengan Vlin dan beberapa pekerja bahagian guaman di lobi.
Vlin membalasnya, sedikit terkejut dengan kehadiran tak diundang tersebut.
Segera, Vlin mengisyaratkan anak buahnya terus naik ke pejabat dahulu sementara dia mengorek rahsia kenapa hadirnya Isabella ke pejabat."I nak jumpa abang long," jawabnya.
"Kenapa you nak jumpa Presiden?" Soal Vlin.
"I bosan dekat rumah. You see, Yell and Ryan are both working, I asyik goyang kaki kat rumah. So I want to work," jawabnya. Walaupun dia dah terbiasa hidup tak bekerja dan habiskan wang belanja yang ayahnya hantar setiap bulan, kali ini dia mahu tunjuk lagak yang dia dah berubah.
Vlin angkat kening.
"You rasa Vice President or Director sesuai dengan i? I kinda like executive department," katanya ceria.
"You boleh reccomend I dekat abang long," ceria katanya dengan senyuman.
Isabella gerak dua langkah mendekati Vlin."You know...you're the witch that can make my abang bow like a puppet," bisiknya nakal.
"I'm not a witch," balas Vlin kekok.
"Might be a bitch but never a witch," bisik Vlin dalam hati:

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...