189

16 1 0
                                    

"Morning my daughter!" Sapa Mama Isabella mengejutkan pagiku. Ryan masih bersiap di atas sementara aku sudah turun untuk buat roti sebagai sarapan kami sebelum masuk ke pejabat masing-masing. Namun, kehadiran ibu mertuaku jelas membuat aku terkejut. Dia memakai apron, dan menyiapkan sarapan untuk kami bertiga. Persoalannya, bila dia sampai! Ibu mertua aku macam biskut, ikut suka hati dia akan ada di rumah aku, dan sesuka hatinya dia pergi berhari-hari.

"Bila mama sampai?" Tegurku sesopan mungkin. Dia tidak membalas soalan aku sebaliknya menyuruh aku duduk dan menjamu selera.
Aku nak sahaja tanya mana keberadaan mama, tapi apa hak aku nak soal siasat dia macam polis?
Jadi, aku diamkan sahaja.

"Yell..." panggilnya meleret, meletakkan makanan di hadapan aku. Sosej, telur mata dan roti, serta salad.
"Yes, ma," balasku.

Dia tersenyum.

"You nak teman mama tak hari ni?" Soalnya.

Aku ketap bibir. Bukannya aku nak menolak, tetapi aku kena masuk kerja hari ini. Aku garu kepala dan tersengih.
"Bukan Yell tak nak teman mama, tapi Yell kerja mama," ujarku jujur. Isabella tersenyum lebar memandang ke arahku.

"Yell!" Panggilnya tinggi.
"You bukan sebarang worker. You bukan pekerja biasa dear...Status you sekarang ialah wife kepada Youngest Master of Chia's Household, you menantu Chia's Group!" Tegasnya.

Aku terkebil-kebil seketika.

"Dear, you menantu Chia Group. Syarikat yang you kerja tu yang bagi gaji dekat staff. You bukan staff biasa macam dulu. You sekarang dah ada status Puan Chia," dia bertegas.

Aku terkedu tak mengerti lagi. Kalau ada status Puan Chia pun tak bermakna aku boleh ponteng kerja ikut suka hati. Aku kerja bawah Natasha Chia. Dia yang pegang jawatan besar di situ. Aku telan air liur, jadi kalau ada status pun apa yang aku boleh buat? Aku masih sahaja pekerja. Mana boleh sesuka hati ponteng...

"I cakap dengan Natasha yang you ada hal dengan I," dia menunjukkan mesej di telefon.

Aku makan, dan tersenyum pahit. Rasa seperti robot pula bila ada yang atur-atur perihal aku.
Tapi, dia kan ibunya Ryan. Takkan aku nak bermasam muka pula. Memanglah atas kertas, orang lain ibu mertua aku, tapi realiti yang dia kandung dan lahirkan Ryan, tak boleh mengubah semuanya.

"Mama nak Yell teman ke mana?" Polos soalku. Giliran Mama Isabella tersenyum.
"Hari ni kita pergi villa spend time dengan your "mother in law" and petang high tea dengan beberapa orang kawan mama," katanya. Sengaja dia tegaskan perkataan MIL itu padaku.

"You okay je kan?" Soalnya memandang aku kecil. Aku tersengih.
"Yell ikut mama je," balasku perlahan.

"Apa yang Yell ikut mama?" Tegas dan ringkas bunyi soalan Ryan. Tiada sebarang bunyi kemesraan, sebaliknya tegas dan cukup keras nadanya, barangkali tak suka aku keluar dengan Mama Isabella.
Isabella tidak menjawab, dan Ryan pula tidak memandang ke arah Isabella untuk menunggu jawapan. Sebaliknya dia merenung aku untuk dapatkan jawapan.

"Mama ajak I teman dia hari ni," balasku. Ryan pandang aku kemudian pandang makanan di meja.
"I nak makan cereals je lah," katanya menolak ke tepi sarapan yang penat-penat Mama siapkan untuk kami berdua. Saat dia tolak ke tepi, Isabella pandang kami.

"Kalau you tak nak makan, you boleh buang dalam tong sampah sendiri," kata Mama Isabella. Riak wajahnya jelas berang dan tak puas hati dengan Ryan.
Aku gigit bibir.

"Tak pe Mama. Yell boleh habiskan," aku cuba redakan keadaan. Mama angguk ke arahku. Ryan masih beriak selamba mengambil susu dalam peti untuk dituangkan dalam mangkuk makanannya. Ryan bukan jenis yang suka makan bijirin di pagi hari. Mama membuka apron dan memandang aku.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now