105

10 2 0
                                        

"It's that fine with you?" Soal Danny. Aku diam sahaja di corong telefon. Disebabkan kes polis tempoh hari, aku terlepas cerita kepada Danny. Dan kini, dia suruh aku update setiap masa di mana keberadaan aku. Aku mengambil gambar swafoto di bilik mesyuarat sementara menunggu yang lain tiba.

Pintu terbuka. Aku masih lagi angkat telefon tinggi untuk selfie.

"Kau apahal Yell?" Soal Ryan pelik dengan tindak tanduk aku.

"Mana yang lain?" Soalnya. Aku menjawab bahawa Nick dan Ben ada di bahagian sekuriti tengah uruskan hal. Abraham pula turun untuk jemput beberapa orang rakan baharu Shopa, yang setuju untuk tanda tangan kontrak kerjasama dengan kami. Katanya tak jumpa parkir dan sesat.

"Kau apahal selfie dalam bilik mesyuarat, background lawa ke?" Soalnya. Aku mendengus. Kalau bukan sebab Danny suruh report perihal aku setiap tiga jam, kau ingat aku nak buat ke.

"Danny suruh aku send selfie setiap tiga jam," ujarku. Ryan kerutkan dahi, macam tak boleh relate dengan apa yang terjadi.
"Dia ada internet connection ke!?" Perli Ryan.

"Nanti dia ada internet dia check," ujarku. Ryan geleng kepala.

"Apahal dia! Stella pun tak macam tu," marah Ryan, seakan-akan tak puas hati. Aku jongket bahu. Entah apa yang terjadi sampai Danny nak laporan aku setiap tiga jam. Ada banyak kebarangkalian. Mungkin dia terlampau rindukan aku. Atau mungkin juga dia sekadar nak tahu keselamatan aku.
Tapi...selfie setiap tiga jam, lepas tu kena buat list harian apa yang aku buat, jumpa dengan siapa... susah jugak.

Ryan kerutkan dahi.

"Apa lagi dia suruh kau buat?" soal Ryan.

"List jumpa siapa, makan apa, buat apa setiap hari," ujarku.

"And you've been listing your chores, who you met up to him!?" Soalnya.
"Everyday?" Soalnya lagi.

Aku cuba ingat kembali. Stella dah kembali dari Paris nak dekat seminggu. Aku mula buat laporan sebelum Stella pulang lagi.
"Yeah. More than two weeks. He will check when he got internet," ujarku. Ryan kerutkan dahi, macam tak boleh brain apa yang aku buat.

"Done," aku gembira apabila mesej mula dihantar.
Tersengih-sengih aku dibuatnya..

"Yell..." panggilan lembut Ryan membuatkan aku memandangnya.
"You're not you," ujarnya. Aku kerutkan dahi, tak faham.

"I mean, Yell will never let anyone control her life like that," ujar Ryan.
"If you're not comfortable, just talk to Danny about it," ujarnya.

"I'm fine..." balasku. Sejujurnya, aku memang tak suka Danny suruh aku update setiap masa apa yang berlaku di sekitar aku. Contoh, dengan siapa aku keluar, apa yang aku makan, keberadaan aku, gayanya macam dia tak percayakan aku. Namun, bila aku fikirkan kembali, kami baru mula bercinta dah berjauhan, jadi agak sukar sebenarnya kami berhubung. Mungkin dengan cara ini boleh buat kami jadi rapat.

"If you said so...then, aku tak campur lah," komen Ryan.

Seketika kemudian, kami berbincang mengenai hari Shopa 11.11.

***

"I don't really mind if it was for clout," kata Stella. Dia pandang Ryan berkelip-kelip. Ryan dah bercerita padanya tentang plan Abraham untuk buat Ryan dan Yell nampak macam pasangan dalam promosi Shopa, 11.11 sempena Hari Bujang Sedunia. Hari khas untuk orang-orang bujang beli barang. Nombor 1.1 pada tarikh itu membawa maksud sendirian. Jadi, sebagai "business couple" Shopa, mereka perlu gunakan clout itu untuk promote business mereka.

Cadangan Abraham, untuk libatkan Kasut Cantik juga bijak pada pandangan Ryan, sekurang-kurangnya boleh tebus kerugian disebabkan kes kebakaran tempoh hari.

"You tak jealous?" Soal Ryan gugup. Stella sikat rambut sambil memandang cermin, manakala Ryan duduk di atas katil, separuh bogel.

"Buat apa nak jealous, you untung I pun untung jugak," Stella ingatkan.

"Cuma I nak pesan dekat you, kalau I nak terima movie ada adegan panas, you tak boleh halang sebab I dah bagi kebenaran untuk you berlakon dengan Yell," tegas Stella.

Ryan angkat kening.

"You tahu kan I orangnya open minded. You berlakon kan seni," ujar Ryan.

"You tak marah kalau I berlakon ada kiss?" Soal Stella.
Ryan kerutkan dahi.
"Bukan you asa perasaan pun dekat lawan main drama you," ujar Ryan. Dia tenang sahaja. Macam mana sekalipun, Stella tetap dia yang punya.

Lagipun, dia tak ada masa untuk rasa insecure dengan pelakon lelaki lain.

"Kalau ada bed scene? You tak marah?!" Soal Stella menduga. Ryan senyum sinis.

Dia menepuk katil memanggil Stella duduk di sampingnya. Stella akur.
Ryan mendekatkan badannya dengan Stella. Perlahan, dia mencapai pipi gadis itu lalu menciumnya lembut.

"I'm yours you know babe," bisik Ryan.

"I trust you," bisiknya bersulam cinta. Stella membiarkan ciuman Ryan menjalar di lehernya.

"You know what sayang? Pengarah McDon recommend me for a movie," kata Stella.

"Is that true?" Soal Ryan. Dia rasa gembira mendengar berita itu daripada Stella. Stella angguk laju.
"I know one day you make it!" Ryan mendekatkan dahi dengan ubun-ubun Stella.
"My girlfriend is so pretty and talented! You will shine!" Ujar Ryan tidak puas memuji.

Dia memberikan Stella satu pelukkan. Stella senyum tawar, membalas pelukkan Ryan. Sambil berpeluk, Ryan bisikkan betapa dia yakin dan bangga dengan pencapaian Stella.

Wajah Stella berubah. Pencapaian yang memerlukan gadaian.

***

"Was it necessary?" Soalan Danny buat aku terdiam. Bagi Danny, Shopa tak perlukan clout antara aku dan Ryan untuk jayakan jualan promosi 11.11.

"Kalau you tak suka, I tak buat," aku gugup.
Danny mendengus.

"It's not like I'm controlling you. I cuma tanya, was it necessary? I thought Shopa is going well," katanya. Aku garu kepala, bingung. Aduh! Danny ni kalau tak bagi, terus terang kan senang. Jangan cakap putar belit macam ni. Aku ni mana nak faham.

"I pun rasa macam it's unnecessary. Tapi Abraham cakap, it's for clout sake, strike while the iron still hot," ujarku cuba memberi penjelasan. Danny diam.

"Okeylah kalau you cakap macam tu," ujarnya. Aku senyum.
Siapa cakap Danny tak memahami? Danny cool je lah okey! Korang yang pandai-pandai bagi dia nampak macam tak memahami.

"I miss you," katanya.

***

Vlin memandang Steve. Steve tampak stress dan tak terurus.
"Things aren't going well?" Soal Vlin. Steve menggeleng. Semua benda berlaku terlampau smooth. Tak ada sebarang perkara yang timbul untuk dia risaukan.

"You dengan Jennifer bila nak pisah?" Soal Vlin.

"It's not that easy," ujar Steve.
Vlin angguk. Jujur cakap, dia tak adalah kisah mana dengan hubungan Steve dan isterinya.

"I sekarang tengah pening kepala dengan proposal Natasha ni,"gumam Steve. Vlin angkat kening.

"Kenapa tak lulus lagi?" Soal Vlin. Steve geleng.

Ada beberapa sebab peribadi proposal itu tak boleh lulus dalam masa terdekat.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang