16

22 2 0
                                        

Sejak pulang, aku lihat wajah Stella muram sahaja. Dia tak banyak bercakap. Setelah habis kelas, dia terus masuk bilik dan duduk di bawah selimut. Entah bila dia siapkan assignment kami yang bertimbun.
Kata orang buat sikit-sikit lama nanti siaplah assignment tu. Tapi tak. Sikit-sikit lama-lama assignment jadi bukit. Aku tak faham betul. Lepas habis satu kerja, masuk satu kerja lagi.

Tu tak masuk urusan persatuan pelajar.

Aku tak faham dengan gaya kerja pensyarah. Aku tak tahu indeks kpi apa yang dia kena capai untuk bagi kami kerja banyak macam ni. Tak cukup dengan case study setiap minggu, dia nak report sampai tiga untuk satu subjek.
Apa dia ingat dia seorang sahaja yang mengajar, aku dah tak ada kelas lain?
Tapi, tak boleh nak salahkan dia. Kau bayangkan bila dia kena semak semua tu nanti. Seorang pelajar, setiap minggu ada case study.

Dan dia bukan semak kertas aku sorang. Ada berpuluh bahkan ratusan pelajar lagi dia perlu hadap.
Jadi pendidik, bukan senang ya.

Tapi tak kisahlah. Itu kerja dia. Aku buat kerja aku.

Di saat aku sedang bengang dengan kerja yang semakin hari semakin banyak, buat pun takkan pernah habis, kepala aku asyik teringatkan Stella. Dia macam sembunyikan sesuatu daripada aku.
Macam Vlin sedang cuba sembunyikan teman lelaki baharunya dari pengetahuan aku.

Vlin satu hal lagi. Hari tu kata demam, paksa aku datang melawat walhal aku sibuk. Lepas tu, cakap dia dah okey, jangan tunjuk muka sampai dia cari aku balik.
Ikut suka hati dia sahaja!

Aku terasa ada hujung kertas dengan lembut terkena pipi aku yang sedang menung jauh sambil melihat pemandangan melalui tingkap pusat sumber.
"Apa kau menungkan?" Soalan dari suara yang cukup aku kenal. Ryan.

Dia kemudian duduk di tempat biasa. Meja itu memang selalu kosong, hanya aku dan Ryan yang akan duduk situ, sampaikan semua pustakawan tahu bahawa itu kerusi meja budak-budak persatuan pelajar.
"Fikir pasal kehidupan," komenku, seraya mencapai kertas yang dihulurkan.

Kertas itu bukanlah kertas urusan rasmi sebaliknya nota conteng yang dicatat Ryan ketika dia bermesyuarat dengan dekan dan pihak universiti mengenai Hari Pelajar.

"Everything good?" Soalku. Dia angguk.

"Cuma ada small little things. It's okay. Nanti meeting ajk, I'll told you and the ajk yang lain," katanya. Aku angkat kening. Semuanya masih lancar, aku harapkan perjalanan Hari Pelajar akan lancar sampai majlis penutupan.

Jeda. Kami sama-sama sambung buat kerja sebelum Ryan tanyakan aku satu soalan yang membuatkan aku sendiri tercengang.

"Stella ada family member yang sakit ke?" Soalnya. Aku diam. Tak tahu pula.

"Hah?" Soalku. Ryan memandang aku. Mesti dia ingat, aku jenis yang tak ambil tahu tentang keadaan Stella, sampaikan ada ahli keluarga dia sakit, aku tak tahu langsung.

"Dia tak cerita pun," gumamku. Sedikit kecewa. Aku tahu dia ada masalah, dan aku tengah tunggu dia ceritakan pada aku.

Tapi kenapa dia bagitahu Ryan dulu? Aku ni...tak cukup rapat ke dengan dia?

"Yell," lembut panggil Ryan.

"Aku pun dapat tahu secara kebetulan. Dia kalut kelmarin, jadi aku tumpangkan dia sampai hospital," Ryan terus terang. Aku diam.Macam tahu pulak aku tengah persoalkan keadaan ketika ini.
"Dia mungkin tak ready nak cerita lagi. But knowing her, she would tell you first right," katanya.

Mungkin.

"Aren't you her favourite bestie?" Kata Ryan. Aku diam, memandang ke arah Ryan dengan wajah yang sedikit muram.
"Right," jawabku acuh tak acuh.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang