37

26 3 0
                                        

Beberapa hari ini, Danny hilang dari radar. Kalau tidak dia mesti akan hantar sms untuk aku, tapi tidak kali ini. Berita tentang Stella dan Ryan mula reda, begitu juga Danny yang hilang dari radar. Tak cukup dengan itu, dia juga tak kelihatan di kelas ataupun kafe.

Usai menyiapkan kerja assignment yang semakin banyak, aku membuka cermin mata dan meletakkannya ke tepi. Termenung, aku memandang ke arah jendela.

Adakah aku keterlaluan dengan Danny. Walau macam mana pun, dia bukanlah jahat sangat. Teringat pula dia selimutkan aku dan letak plaster pada luka aku tempoh hari. Mesti dia tertanya kenapa aku boleh tidur di bilik persatuan. Aku garu kepala.

Pentingkah aku fikirkan Danny pada masa sekarang? Aku dah cukup sibuk dengan kerja sedia ada, tambah pula dengan kertas kerja persatuan. Banyak sangat yang perlu aku buat sampaikan tak ada masa untuk fikir benda yang tak penting.

"Yell..." suara Stella mengejutkan aku. Dia dari luar barangkali. Pakaiannya cantik. Mungkin keluar makan dengan Ryan.
"Dari mana?" Soalku. Dia duduk di birai katil aku. Maklumlah, katil Stella tingkat 2, takkan aku nak suruh dia duduk dekat katil dia kan.

"Keluar dengan Ryan tadi," ujarnya. Aku angkat kening. Tak terkejut.
Dah nama pun pakwe dia, mestilah keluar bersama kan. Kalau dia keluar dengan orang lain, masalah pulak.

"Ryan dah cakap dengan you pasal gaming creator tournament tu?" Soal Stella. Aku angguk.
"I yang cadang dia ambil you masuk dalam team," ujar Stella. Aku mendengus.

Patutlah Ryan tanyakan aku, rupanya Stella yang cadang.

Hahahaha. Kau ingat kau penting sangat ke Yell dalam hidup Ryan?

"Dia nak masuk ke?" Soalku. Stella tidak terus menjawab soalan aku. Sebaliknya dia bersandar pada dinding.
"I suruh dia masuk," kata Stella tak bersalah. Seolah-olah apa yang dia cadangkan itu merupakan benda yang bermanfaat.

"Ryan nak buat game. I rasa, this is a good opportunity for him. Dia kan tak nak kerja dengan ayah or abang dia, so dengan masuk pertandingan tu, dia ada peluang," kata Stella. Aku angguk. Tak dinafikan.
"Jadi, kalau ada company yang nak beli game dia, he can sell it to them. Make big money," kata Stella.

Aku senyap.
Ryan bukanlah orang yang mahu buat wang besar. Cita-citanya cuma untuk mempunyai syarikat sendiri.
Tapi, ada benarnya kata Stella. Ada syarikat sendiri, maksudnya Ryan boleh buat wang dalam jumlah yang banyak lah kan.
Itu matlamat semua business owner yang ada dalam dunia perniagaan.

Tapi, bagi orang yang lahir dengan sudu emas macam Ryan...
Matlamat untuk buat wang banyak tu penting ke? Atau dia sekadar nak buktikan yang dia pun boleh berjaya macam abang dan kakak dia.

"Apa kata you join team Ryan?" Soal Stella. Aku tersenyum sinis, kembali memakai kaca mata yang terlipat elok di meja. Aku memandang Stella.
Selalu, orang nak jauhkan kawan dari pakwe dia, tapi tidak Stella.

"Kenapa bukan kau je yang join?" Soalku. Stella berubah muram.
"Rasanya aku macam taksampai dah tahun depan," ujarnya penuh makna tersirat. Aku garu kepala.
"Ha?" Aku meminta penjelasan, namun Stella cekap sahaja buat aku lupa dan lari daripada topik tersebut.

"I percaya kat you. Dari Ryan ajak member perempuan lain, better dia ajak you. Besides, cita-cita you nak jadi business owner kan, I rasa you boleh tolong Ryan," ujarnya. Aku mengurut leher, memikirkan tawaran Stella.

"Aku nak kena fikir dulu," aku cuba berdalih. Cukuplah berurusan dengan Ryan di persatuan pelajar. Aku tak boleh terlibat lagi dengan Ryan. Siapa tahu, kalau aku terus-terusan terlibat....

Hati aku...

"Yell. I yakin, you boleh tolong Ryan dengan Team A in many ways," ujarnya.
"They need you to win," ujarnya.

Kelihatan Stella cukup bersemangat. Aku berfikir sejenak.
"I'm positively thinking about the offer then," ujarku. Dia tersenyum, barangkali sudah anggap aku bersetuju.

"Oh, by the way Yell. Next two weeks I balik kampung," kata Stella. Aku kerutkan dahi.
"Apparently, papa I nak buat operation dekat dengan kampung," ujarnya. Aku angguk. Namun, tempoh cuti dua minggu macam terlampau panjang. Boleh lulus ke? Lagipula, Stella dah banyak kali ponteng kelas sebab kerja sambilan.

Nanti, apa pula pensyarah cakap.

***

Danny duduk di tepi jendela bas, tempat duduk paling belakang. Dia memandang keluar tingkap, terasa tidak tenang dengan keadaan yang terjadi. Walaupun tak ada yang bising tapi dia merasakan serba tak kena dalam hatinya.

Setelah bercakap dengan Yell, Danny merasakan gadis itu memandang rendah terhadapnya. Jelingan dan wajah tak nak ambil tahu itu sangat melukakan, tambah pula dengan kata-kata yang sedikit menghiris.
Kemudian, dia berbincang empat mata dengan Jessica, meminta maaf jika dia dah buat gadis itu salah faham. Niatnya sekadar mahu berteman.

Hari itu juga, beberapa pelajar dari Team Ragbi ajak Danny untuk turut serta mengikut mereka ke pertandingan di luar daerah kerana mereka tak cukup orang. Di sekolah dulu, Danny adalah kapten Team Ragbi sekolah manakala Ryan pula presiden persatuan pelajar sekolah tinggi mereka. Tanpa membuang masa, dia terus bersetuju. Tak fikir panjang, dia cuma mahu bersendirian, bawa hati yang luka.

"Ready?" Soal salah seorang pelajar peserta pertandingan. Danny angguk. Walaupun dia dah lama tak main ragbi, sekurang-kurangnya dia boleh jauhkan diri dari Yellena.

Mana tak nya, Yellena tak suka masalah. Kalau Jessica serang Yellena tempoh hari, pasti dia tak akan jumpa gadis itu lagi.

Pelajar di hadapan Danny tiba-tiba menghulurkan secebis kertas. Teragak-agak Danny mengambilnya. Kedengaran pelajar perempuan, wakil team medical dan pelajar sains sukan perubatan.
Danny membuka cebisan kertas. Nombor telefon salah seorang pelajar perempuan yang menjadi sebutan jejaka di situ. Pelajar lelaki buat bunyi seperti memuji Danny kerana dapat nombor telefon tersebut.

Danny senyum sahaja.

***

Vlin masuk kerja seperti kebiasaan. Sejak akhir-akhir ini, hubungan dia dan Steve agak baik hinggakan dia rasa gembira. Namun begitu, dia tidak boleh jadi begitu gembira dengan keadaan semasa, di tambah pula dengan Yellena yang bila-bila sahaja boleh mengganggu perancangannya!

Apa pun, dia senang hati kerana Steve sangat mempercayainya.

***

Petang itu, Rozy datang membawa seorang lagi temannya dari fakulti bahasa. Nama diberi Nattie, pelajar junior. Seorang yang cantik dan lemah lembut. Tapi, dia tak adalah cantik macam Stella yang putih gebu dengan warna kulit kemerah-merahan.

Tapi, dia tetap cantik.

"Kak Yell, akak dalam persatuan pelajar ke?" Soalnya. Aku angguk. Dia kemudian tersenyum.
"Nak tanya, Abang Danny yang fotografer tu sekali ke dalam persatuan pelajar?" Bisiknya. Ketika itu Stella dan Rozy sedang sibuk berbual tentang artis yang Stella jumpa sewaktu buat pengambaran untuk mall atas talian.
"Tak. Dia kadang je datang ambil gambar," ujarku.

Nattie diam.
"Tengok akak, kak Rozy dengan Kak Stella macam rapat je dengan dia," komen Nattie. Barangkali dia lihat kes Stella bergaduh dengan Jessica.
"Tapi dia tak bercinta dengan Stella. Stella dengan Ryan," kataku.
Mana tahu kot-kot yang ni pun nak tarik rambut Stella.

"Oh! Tu satu uni dah tahu! Campus couple," katanya.
"So, korang rapat je lah kan?" Dia soal aku macam polis. Aku angkat kening dan anggukkan kepala.

"Tak da lah rapat sangat. Boleh la," ujarku.

Dan, sejak itu Nattie selalu ajak kami keluar bersama.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang