92

10 3 2
                                    

Sebulan setelah pemergian Danny, Stella pula berangkat ke Paris untuk tujuan pengambaran selama dua bulan. Jadi, aku dan Ryan sekarang berada dalam posisi ditinggalkan kekasih.

Aku dah cuba biasakan diri sebulan ini tanpa panggilan telefon daripada Danny setiap hari. Keadaan di sana tidak mengizinkan dia menelefon aku setiap hari. Dah la panggilan antarabangsa mahal, dan liputan internet di pedalaman agak terhad. Tak termasuk perbezaan waktu yang menyukarkan komunikasi.

"Macam mana ni Yell!" Soalan Ryan menyebabkan aku tersentak. Ya lah! Terberangan pulak aku. Aku lihat Ryan. Soal LDR, dia memang kena tanya aku yang dah separuh pro ini. Mana tidaknya, aku dah terbiasa dengan keadaan tanpa Danny@Daniel Chia di sisi.

"Be strong?" Nasihat aku berbaur soalan yang tidak ada bunyi keyakinan.
Ryan buat muka meluat dengan jawapan aku. Ryan mencebik. Stella baru beberapa hari pergi dengan staff serta krew produksi, dia dah rindu! Menyampah betul aku.

"Jom lah Yell, makan...malam ni nak overtime!" Kata Ryan. Aku angkat kening. Tak dinafikan, sejak Danny keluar negara, aku habiskan masa dengan kerja lebih masa. Tambahan pula, balik ke rumah aku perlu berhadapan dengan Vlin.

Cakap pasal Vlin, sejak beberapa ketika lalu, dia semakin diam. Malahan, jarang sekali berbual dengan aku. Aku tak tahu hubungannya dengan Steve bagaimana.
"Lekas lah Yell," panggil Ryan. Aku bergerak ke arah pintu, Ryan bukakan pintu untuk aku.

***

"Why aren't you picking up my calls?" Soal Steve sebaik sahaja mesyuarat ditamatkan dan pekerja-pekerja lain keluar. Vlin diam membisu.
Wajahnya kelat mencuka.

"Sampai I terpaksa cari alasan meeting semata nak cakap dengan you. What's wrong sayang?" Tegas marah Steve. Steve memegang lengan Vlin. Tidak seperti biasa, Vlin cuba meloloskan diri.

"Okay...Tell me. Apa yang tak kena," Steve cuba memujuk. Vlin melarikan pandangan mata. Steve mendengus, entah apa yang tak kena dia sendiri pun tak tahu.

"Vlin, listen. Kalau I ada buat benda salah, tak kena...I minta maaf," pujuk Steve. Vlin meloloskan diri daripada cengkaman Steve. Dia menolak lelaki itu ke tepi.

Steve mendengus. Dia mencapai telefon.

"Book me flight tickets for two," ujarnya di telefon. Mungkin dia dan Vlin patut pergi bercuti untuk tenangkan fikiran.

***

Dalam banyak-banyak lelaki yang aku kenal, tak dinafikan Ryan memang agak gentleman. Antara "perkara kecil" yang dia buat, cukup untuk aku rasa dia gentleman. Contohnya, tekan pintu lif, bukakan pintu kedai dan biar aku masuk dahulu.

Paling penting, bayarkan makanan aku.

Aku tak tahu sama ada aku terlampau sensitif atau terlampau rindukan Danny sampaikan setiap butir kecil perilaku Ryan menjadi satu small gesture yang menarik minat wanita aku.
Macam lah semua benda tu aku tak boleh buat sendiri.

Ryan meletakkan lobak merah dadu ke dalam pinggan aku. Memanglah! Kalau dah nama pun nasi goreng cina, mestilah dia akan letak lobak merah dadu! Aku pandang Ryan.

"Memilih betul! Pres, did you know, makan carrot baik untuk mata?" Soalku lalu menyuap lobak merah ke dalam mulut. Ryan tak nampak terkesan dengan komen tajam aku, sebaliknya dia membalas aku dengan lebih sinis,
"Alah! Kau makan carrot pun tetap pakai spek macam aku jugak!" Balasnya.

Aku senyum menyampah dengan komen pedas Ryan. Kau memang cakap tak pakai penapis kan! Sedangkan air paip pun kita pakai penapis, inikan pula mulut manusia! Dia kemudian pandang aku lama, jelas untuk buat aku tak selesa.

"I miss Stella," ujarnya.
Aku mendengus. Satu hal yang aku tak boleh tolong.
"Call her then," ujarku.
Ryan geleng.

"Cannot! Stella syuting tak tentu masa. Unless she call me baru boleh angkat," jawab Ryan. Aku angkat kening.
The perks of bercinta dengan artis baru nak naik sebenarnya tak begitu mudah.

***

"Kenapa diam je?" Soalan Puan Chia mengejutkan Natasha dan kakak iparnya Jennifer. Jennifer senyap sahaja, tidak berani untuk berkata-kata. Walaupun dia menantu pilihan, tetap sahaja dia bukan keluarga kandung keluarga Chia.

"Ibu...sihat?" Soal Jennifer.

Natasha ketawa sarkastik. Bengang betul telinga Jennifer mendengar tawa itu.

"Steve mohon cerai?" Soalan ibu membuatkan Jennifer terdiam. Mereka memang dah suarakan hasrat untuk berpisah, namun buat masa ini tidak boleh berbuat begitu. Alasan yang diberikan ialah syarikat. Masing-masing tak nak saham jatuh atau mendatangkan musibah buruk pada syarikat.

"Tak adalah ibu," jawab Jennifer. Ibu memandang Natasha.

"I don't know," pantas Natasha membalas dengan senyuman nakal. Tak perlu cakap banyak, dengan senyuman Natasha sudah cukup untuk semua orang tahu yang Jennifer memang dalam proses tuntutan cerai.
"Siapa yang ada orang lain?" Soal ibu. Sambil minum teh bunga kekwa, dia memandang wajah suram Jennifer.

Natasha mencebik.

"Ibu...bercerai tak semestinya ada orang lain yang jadi perosak hubungan," jelas Natasha.
"Sometime, memang dah tak boleh nak go, sebab tu cerai," kata Natasha.

"Betul lah tu, pengalaman kan," sindir Puan Chia. Natasha mencebik. Niat nak cover si abang, tak sangka kena perli begitu. Maklumlah, dah dua kali gagal dalam hubungan rumah tangga. Kedua orang anak lelaki Natasha juga mempunyai nama keluarga yang berbeza. Ikut normal, memanglah kena perli.

Natasha cuba buat tak tahu, walhal dia memang tengah bengang teruk. Dia segera minum teh, namun teh pula panas. Ei! Sakitkan hati betul! Semuanya gara-gara nak cover si abang! Lepas ni, dia kena dapatkan imbuhan dari si abang baru betul! Kalau tak, memang sia-sia pengorbanan tak seberapanya.

***

Aku dah berkerut. Muka aku dah masam mengalahkan cuka. Semuanya gara-gara overtime dengan Ryan. Katanya dia dah jumpa cara nak gunakan sistem keselamatan siber yang lebih ketat.

Masalahnya, semua proposal promosi aku dia tolak.

Tak cukup dengan proposal yang kena tolak. Dia suruh aku perah otak jana idea baharu waktu overtime macam ni!
Memang lah aku mencuka. Aku juihkan bibir, konon nak tunjuk rebel tak puas hati.

"Yell, kau ada idea lain!?" Dari tadi aku diam, dia boleh dengan muka tak ada feeling tanya aku idea lain! Kepala otak! Mana lah aku nak ada idea lain! Idea-idea aku semua kau kata tak sesuai dan terlalu biasa!
Ryan pandang aku yang sedang masam mencuka tak puas hati bercampur lapar.

Aku bukan Ryan, kalau kerja lupa semua benda. Dah la aku lapar!

"Yell..." panggilnya.

"Hmph!" Sengaja aku kuatkan rengusan agar dia sedar yang aku sedang merajuk. Aku juihkan bibir dan pandang ke arah lain.
"Apahal ni?" Soalnya. Dia mencubit mulut aku yang dijuihkan macam itik.
"Macam itik!" Komen Ryan.
Aku jeling Ryan dan menepis tangan Ryan.  Memanglah aku marah, tapi perbuatan Ryan dah macam menceroboh garis privasi halimunan yang aku bina untuk aku dan orang lain.

Aku jeling Ryan sekali lagi.

Ryan melihat jam tangan. Dia kemudian sengih ke arah aku.

"Aku memang tak perasan jam," ungkapnya jelas. Aku mendengus sambil menjeling Ryan.
"Aku order delivery eh," katanya.

Aku mengalah tersandar dengan muka bengang. Aku bukan sekadar lapar, aku sekarang nak balik, mandi dan makan malam. Aku nak rehat! Aku penat! Sikit-sikit dah la overtime! Esok lah sambung! Benci lah! Eiii
Aku rasa nak bebal.

"Yell..." dia pujuk aku.

Aku mendengus. Rasa macam nak menangis pun ada.

"Aku nak balik rehat. Aku lapar. Aku nak mandi!" Komenku. Tak tahu kenapa, aku rasa macam nak menangis pun ada. Barangkali aku nak datang bulan!

"Okey...okey..okey... jom balik," pujuknya. Ryan segera bangun. Dia ambil beg tangan dan tarik aku keluar pejabat.
Hari itu, Ryan hantarkan aku pulang sebelum pesan makanan melalui aplikasi untuk aku.

Usai aku mandi, aku dapat panggilan yang mengatakan ada orang pesankan makanan untuk aku.
Kan aku dah cakap; Ryan memang gentleman!

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now