Ryan sedang berus gigi. Sambil memandang wajahnya di cermin, dia tersenyum sendiri. Drama macam mana dia berjaya bawa Yell naik kereta akan dirahsiakan sampai bila-bila. Rupanya, Yellena ada sisi kelakar juga!
Ryan pandang kiri kanan. Hilang pula perempuan mabuk ni! Dia baru tinggal sekejap nak ambil kunci dari valet, dah hilang pula.
"Yell...Yell...kau kat mana oi!" Tegur Ryan. Segera dia mencapai telefon bimbit untuk menghubungi Yellena. Harapnya budak seorang ni angkat lah telefon. Ryan menghubungi Yell, tak berangkat.
"Mana pulak perempuan ni?" Desis hati Ryan sebelum terdengar bunyi telefon berbunyi di sebalik kereta. Ryan teragak-agak, telefon masih di telinga. Perlahan Ryan melihat di belakang pintu keselamatan."Hik! Jumpa~~!" Manja gaya Yellena menegurnya, macam budak kecil. Ryan mematikan telefon. Yellena sedang duduk berpeluk tubuh di belakang pintu keselamatan. Ryan duduk bercangkung, sebelah lutut ditinggikan agar dia dapat letak tangan. Wajah Yellena merah padam, matanya macam mengantuk sahaja.
"Buat apa kat sini Yell?" Soal Ryan tenang. Dia rasa agak kelakar melihat Yellena yang dah tak berapa nak betul. Yellena yang dia kenal adalah seorang yang tenang, selamba dan selalu ada wajah tak puas hati. Bertentangan dengan Yellena yang mabuk, tengah acah comel dan manja.
"Menyorok~," jawabnya sepatah, masih lagi comel dan manja. Gaya budak-budak."Tak nak balik?" Soal Ryan, dia tersenyum masih cuba menahan diri dari ketawa dengan gelagat comel Yellena! Tak sesuai langsung dengan Yellena yang dia kenal selama ini.
Yellena menjuihkan bibir sebelum menangis tak keluar air mata.
"Nak balik..." dia merengek-rengek macam anak kecil. Gaya suaranya juga berubah 180 darjah dari kebiasaan. Jujurnya, Ryan rasa kelakar! Tak pernah sekalipun dia berhadapan dengan Yellena comel manja macam ni!"Okey. Jom balik," ajak Ryan. Yellena medepakan tangan macam budak kecil. Ryan pula tercengang dengan gelagat Yellena.
"Tarik~" arah Yellena macam budak-budak. Ryan ikut sahaja. Dia mencapai tangan Yellena dan menarik, namun Yellena yang nakal itu tak mahu berganjak dari sudut belakang pintu itu."Tak gerak pun~" masih lagi Yellena dalam gaya kanak-kanak. Ryan mendengus. Macam-macam lah kau Yell. Yellena merengek lagi, cakap mahu pulang. Dia masih menyuruh Ryan tarik dia agar mereka cepat pulang. Ryan melihat Yellena. Dah mabuk macam budak-budak pun masih tetap keras kepala.
"Sorry Yell," kata Ryan sebelum mencempung Yellena ke dalam lengannya. Yellena tak terkejut, riak nya macam gembira sahaja.
"Hik~macam Princess," ujar Yellena memandang Ryan. Ryan pada mulanya dengan muka ketat akhirnya tersenyum juga dengan gelagat Yellena yang manja.
"I want to be a Princess," kata Yellena, mamai. Ryan senyap. Dia malas nak layan, dari tadi dia tahan diri daripada ketawa terbahak-bahak.
"Cakap cepat! I princess ke bukan?" Yellena masih lagi merengek, dia bergerak-gerak dari dukungan. Ryan pula dah nak terbalik, boleh tahan berat Yellena!"Okay, Princess," kata Ryan dan suruh Yellena duduk diam-diam.
***
Kepala aku sakit. Nasiblah jam pagi aku set setiap hari. Walaupun kepala aku dah macam nak pecah, aku gagahkan juga sampai ofis. Aku lihat, Ryan hari ni sampai awal.
Ya lah! Aku yang minum, dia memanglah okey. Aku yang kena letak minyak angin dekat kepala.
"Kau okey ke Boss?" Abraham soal aku sebaik sahaja aku sampai. Aku angguk. Aku memandang Abraham lama. Abraham memanggil aku dengan gelaran boss manakala kami semua panggil Ryan, sebagai Presiden. Barangkali terbawa-bawa dari zaman persatuan pelajar.
"Pres meeting tak hari ni?" Bisikku. Abraham angguk. Aku buat muka. Dah la aku tak ingat apa yang jadi semalam.Tahu aku, bila aku celik mata, aku dah dalam bilik rumah sewa. Bila aku nak tanya Stella, dia awal lagi dah tinggalkan lemon madu dan nota sticky note cakap dia ada fitting baju. Puas aku cuba ingat apa yang jadi semalam, namun satu pun tak terlintas di benak fikiran aku. Barangkali aku memang total blackout kot semalam!? Boleh jadi! Aku dah lama tak minum banyak macam semalam. Logik sahaja aku tidur nyenyak tak ingat dunia!
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...