"So you're saying you alergik kacang sejak lahir lagi, and I never knew about it, BUT Ryan know all along?" Soalan Danny kedengaran agak kasar. Aku mendengus. Dah kenapa pulak begini. Aku garu kepala, cuba menenangkan harimau yang sedang membara marah. Barangkali tak puas hati dengan hal Ryan!
Ryan pun satu hal! Tak boleh ke dia diam sahaja? Perlu ke nak tukar air dengan aku! Kan si Danny dah cemburu.
"Danny, small matter je tu," aku mempertahankan diri dan Ryan.
"No big deals," tambahku lengkap dengan pakej sengihan bodoh. Namun, Danny tak berganjak."Sekarang ni siapa boyfriend you? I ke Ryan?" Soalnya. Aku mengeluh.
Soalan apa kah ini! Ryan tu bos merangkap teman lelaki kawan baik aku! Teman lelaki aku dah tentulah Danny!"Of course you! Soalan apa pulak dah ni," aku merungut.
"But why Ryan knows you better than me?"soalnya, barangkali masih tak puas hati dengan kejadian di restoran tadi. Aku garu kepala.
"Knowing my allergic reaction doesn't make he knew me better!" Aku cuba bertegas.
Alergik kacang je pun!"I want to be the only one who knows everything about you!"
Marahnya.
Aku terdiam membisu. Danny ada benarnya. Dia teman lelaki aku. Bahkan, perkara seperti alergik terhadap kacang pun dia tak tahu. Aku tunduk. Muka Danny merah padam, menahan marah.
Aku tarik nafas dalam."Danny..."pujuk aku. Aku ketap gigi, entah apa yang ada di fikiran Danny aku tak tahu. Danny pandang aku.
"Do you still like him?" Soalnya. Aku berkerut.
"I know you used to like Ryan Chia," jujur dia suarakan pada aku. Danny mendengus.
"You still remember his old lousy bag? The one you did tulip embroidery on it?" Soalnya. Aku kerutkan dahi. Itu kes zaman universiti lagi. Dah lama...Berkurun dah. Dah basi lah cerita aku suka Ryan.
Mungkin.....
Memang aku suka Ryan waktu kami zaman universiti. Tapi, Ryan bercinta dengan Stella. Aku dah terima semua itu dengan hati terbuka, kenapa persoalkan lagi? Sekarang dengan dahulu tak sama. Aku dengan aku yang sepuluh tahun yang lalu tak sama! Bahkan, aku sekarang dengan aku yang lima minit yang lalu juga tak sama!
Tak boleh ke kita fikir waktu sekarang sahaja? Live the moment?!
"He still used his bag till today," katanya. Aku mendengus. Memang kadang-kadang aku nampak Ryan masih guna beg tersebut.
"He loved the bag. That's why he's been using it for years!" Jelasku. Itu beg keramat kesayangan Ryan, memang logik sahaja dia akan usung ke mana-mana.
"But your embroidery still there!" Katanya. Aku kerutkan dahi. Dah tu, takkan nak suruh Ryan buang beg tu.
"It's yellow tulip! It means unrequited love!" Katanya. Aku menghela nafas. Benda yang aku buat di zaman universiti turut diungkit olehnya.
"So what? Ryan bukan tahu. He doesn't give a damn about it! It's all in the past!" Ujarku.Danny mendengus.
"You tak faham," komennya sambil berkerut."Apa yang I tak faham?" Aku menyoal.
"You kena fahamkan I! That's how this relationship will works" Ujarku. Danny mendengus.Aku tarik nafas lalu mencapai tangan Danny. Perlahan aku meminta Danny untuk menatap mata aku. Aku mendengus perlahan. Ya, memang aku pernah suka Ryan! Aku tak nafikan perkara tersebut.
"I did liked him during our university days," ujarku.
"But I already moved on. Ryan dengan Stella, that's a fact," komenku. Danny mendengar aku."It's doesn't matter anymore. Apa yang penting is, between you and me. Me, you and our future!" Jelasku. Danny pandang aku tak berkelip. Dia tunduk.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...