109

12 2 0
                                        

"I want us to met our parents," ayat penyata dari Ryan menyebabkan Stella tarik muka. Dia tak pernah sedia dan tak bercadang untuk sedia dalam masa terdekat. Dia juga tak mahu ada pelan untuk mulakan hidup berkeluarga dengan menjadi isteri orang.

"After I habis promo 11.11 dengan Yell, let's get engaged," kata Ryan.
Dua tiga hari kebelakangan ini pelbagai perkara muncul di fikirannya.
Pertama, ada tangan halimunan yang cuba musnahkan Shopa.
Kedua, clout yang mereka kejar buat dia dan Yell jadi CP, sedikit sebanyak mendatangkan masalah kepada dia dan Yell. Dia pun tak pasti, tapi ada bait-bait tidak selesa muncul antara dia dan Yellena. Dan Ryan, tak suka perasaan itu.

Bayangan untuk jadi isteri orang sudah cukup buat dia seram sejuk.

"You jangan buat I seram sayang!" Stella mengelak. Namun, Ryan tak nampak seperti main-main.Ryan mendengus. Dia kemudian meneguk air. Demi Stella, dia menyewa seluruh kedai makan ini agar tak ada orang.
"I'm not kidding, I dah fikir benda ni banyak hari dah. I think it's about time," cadang Ryan.

Stella mendengus.

"You cakap you've been thinking about this? You guna mindset you kan! It's your decision alone! You tak berdiri kat tempat I fikir," kata Stella.

"No...bukan macam tu sayang," Ryan cuba menjelaskan.

"I baru je nak naik. You memang tak pernah nak fikir orang lain melainkan diri you sendiri je kan!" Tempik Stella. Ryan nganga. Ini bukannya kali pertama Stella tinggikan suara. Perilaku Stella membuatkan Ryan kehilangan kata-kata. Pada Ryan, mereka dah bercinta terlampau lama, sudah masanya untuk pergi ke langkah seterusnya.

"Sayang, we can talk this out," Ryan cuba guna akal untuk tenangkan Stella.
Stella bingkas bangun.

"Just because everyone else got together, get married...tak bermaksud kita pun kena buat benda yang sama!" Marah Stella.
"You're selfish Ryan!" Marah Stella kemudian kemas beg tangannya.
Ryan segera bangun untuk pujuk Stella.

"Okay sayang...I minta maaf," ujar Ryan, namun Stella tak nak dengar.

"Give me some fucking space! I nak kejar impian I. Macam mana you ada impian nak jadikan Shopa sebagai online platform nombor satu! I pun ada dreams I!" Kata Stella lantas berlalu pergi.

Ryan tunduk. Dia sedar yang dia agak tergesa-gesa. Namun, dia sekarang cuma nak beri Stella kepastian tentang hubungan mereka. Pada Ryan, dia perlu beri Stella satu kata putus tentang hubungan mereka. Tengok sahaja rakan-rakan mereka yang lain, ada yang dah berkahwin, contohnya Rozy, Jean dan Fiq. Selain itu, Danny dan Yell juga dah bergerak ke langkah seterusnya. Sedangkan mereka dah bercinta lama, tapi masih tak jumpa keluarga masing-masing.

Ryan tunduk kecewa. Stella ada betulnya. Ryan hanya fikir diri sendiri, tak fikir langsung tentang kesediaan Stella untuk ke langkah seterusnya. Ryan mengeluh. Dua tiga hari ini, banyak perkara yang peningkan kepala.
Mungkin dia perlu balik, tenggelamkan diri dengan kerja sambil tunggu masa yang sesuai untuk pujuk Stella dengan hadiah atau sebagainya.

***

Aku ketuk pintu bilik Ryan. Aku membuka sedikit apabila Ryan tidak menjemput aku masuk. Kelihatan Ryan sedang sibuk meneliti fail. Cahaya komputer sedikit terpancar di kaca matanya. Ryan memakai baju kemeja lengan panjang hitam, sedikit terbuka butang bajunya, barangkali sesak melihat fail-fail yang bertimbun.

Lengan baju disinting ke siku, menampakkan lengan berurat. Sambil meneliti fail, sambil memandang komputer. Tanpa sedar, aku ukir senyuman.
Ya, aku paling suka Ryan kenakan cermin mata sambil buat kerja. Waktu aku ada crush dengan Ryan, sewaktu kami sama-sama bekerja di Persatuan Pelajar, gaya itu yang menjadi punca aku tersengih.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang