117

16 2 0
                                    

"Do you need to call me?" Soal Danny. Dia jelas tak selesa dan malas nak melayan. Namun, sebab Stella rakannya, merangkap bakal mak ciknya, dia layankan sahaja omelan Stella.

"I don't expect your family gonna be thaaatt way!" Kata Stella. Dia menceritakan bagaimana rasa tak selesanya dia bila berhadapan dengan keluarga Ryan. Danny senyap. Itu baru sedikit. Kalau sekadar Mak Cik Natasha dah cukup untuk buat Stella tak selesa, Danny telan air liur; macam mana kalau orang "tersebut" pulang! Kepulangan yang tak dinanti-nantikan. Orang tersebut yang tak sepatutnya pulang, kalau dia ada sekali jangan kata tak selesa, mesti Stella nak cepat-cepat blah.

Sedangkan Danny sendiripun tak berani berhadapan dengan orang tersebut!

"My family are thaaat way! You nak kahwin dengan Ryan; you kena hadap lah!" Kata Danny. Kelakar pula bila Stella dengar cerita Stella mengenai keluarganya.

"Yang you tengah complain ni pasal my big family tau tak!" Kata-kata Danny cukup untuk buat Stella juihkan bibir. Sekarang, dia memang tak tahu nak curhat dengan siapa? Hal ini terlampau peribadi untuk dia ceritakan kepada Genie, PA nya. Hal ini tak sesuai untuk dikongsi dengan Ryan. Dia tak mahu bebankan Rozy mengenai ceritanya. Dan kalau bagitahu Yell, samalah macam bagitahu Ryan!

Danny mendengar sahaja perkongsian Stella.

"You dengan Yell macam mana? Still going on strong?" Soal Stella.
"Of course. Tak sabar nak balik," jawab Danny. Stella senyap. Apa yang dia nampak tempoh hari nak bagitahu ke tak bagitahu.

"Well...well..Danny," panggilnya.
"Apa? You tak nak letak call lagi ke?" Soal Danny. Dia dah mengantuk dan penat.

"Nothing. When you're back, I'll show it to you," ujarnya.

***

Aku masih mencari fail proposal lama yang dah ditolak Ryan untuk dikitar semula. Aneh. Mana aku letak. Kat rumah tak ada, kat pejabat pun tak ada. Ini merupakan sesuatu yang mendatangkan kemusykilan dan persoalan.

Aku dah letak dalam shredded machine gamaknya? Bila! Aku duduk bercangkung. Masih mencari fail tersebut. Bukan apa, aku cuma nak tahu sahaja yang aku letak fail itu di mana sebenarnya. Aku mendengus perlahan.
Tak ada lah! Mana aku letak?

"Kau cari apa tu?" Soal Ryan yang entah muncul dari mana. Dengan selamba, aku menjawab persoalan Ryan. Dia pandang aku lama.
"Aku dah pulangkan kat kau kan," dia menyoal aku gugup. Aku angguk. Aku nasih ingat lagi, dia pulangkan kembali fail itu kepada aku. Tapi...

"Kau dah check dalam almari bilik aku?" Soalnya. Kadang-kadang, fail lama akan disimpan dalam bilik Ryan. Mana tahu satu hari nanti proposal yang lama boleh diguna pakai. Banyak company buat cara ini. Aku ikut Ryan masuk ke biliknya. Saat dia tanggalkan kot dan sintingkan lengan baju untuk mulai kerja, aku cuba buka almari. Aras dua almari ada beberapa buah fail putih. Dengan tiba-tiba, aku rasa ada bayang-bayang mengganggu belakang aku. Saat aku menoleh, Ryan sedang membantu aku cari fail dalam almari, barangkali kerana aku tak sampai. Aku melihat Ryan.

Ryan tinggi. Aku cuma ada di paras dadanya sahaja. Dada Ryan juga bidang. Barangkali hasil lawatan ke gym setiap Isnin Khamis. Hahaha, aku arif kan dengan jadual Ryan. Ryan mendongak ke atas untuk mencari fail. Di kesempatan itu, aku sempat melirik jawline tajam Ryan.
Kacak gila! Dengan kaca mata dan lengan baju yang menampakkan urat tangan. Hisk! Kacak nya! Jantung aku mulai mengepam oksigen dengan laju ke segenap badanku. Nafasku tak keruan, aku turut rasakan hembusan nafas halus Ryan ke arah rambutku.

"Jumpa?" Soalku. Aku langut sedikit untuk memandang Ryan. Dia tunduk memandang aku, sambil dua belah tangannya masih di atas mencari fail. Mata kami bertaut. Terasa getar di dada semakin menggila. Aku kah yang berdebar? Atau Ryan pun sedang tak keruan. Kami menatap antara satu sama lain. Mata bundar Ryan galak memandang aku, begitu juga aku terkelip-kelip ke arahnya. Saat ini, kami bagaikan ada dalam dunia kami, masa bagaikan terhenti.
Nafas aku turun naik. Bunyi degupan jantung kedengaran laju. Jantung aku kah? Ataupun degup jantung Ryan?

"Tak," balas Ryan lalu berganjak setapak kebelakang. Aku juga pura-pura macam tak ada apa-apa yang terjadi.

"Ah, by the way Yell...I already brought Stella to meet my family," ujarnya. Tak terkejut. Jadi, Ryan betul-betul nak ke tahap seterusnya dengan Stella. Mana taknya, mereka dah bercinta dekat lapan tahun kot! Mestilah nak kahwin kan...Tapi, aku tak pasti sama ada Stella nak kahwin sekarang atau tak? Maklumlah, sebagai seorang aktress, Stella boleh dikatakan berada di puncak kerjaya. Takkan dia nak kahwin sewaktu dia tengah top!?

Satu hal lagi, family Ryan. Hmm...malaslah aku nak komen.
Tengok muka Ryan bahagia, takkanlah aku nak bagi dia sedih pulak.

"I'm glad that you're happy," ujarku. Ryan tersenyum riang macam kanak-kanak baru dapat gula-gula.
"I'm so happy Stella setuju nak jumpa my family. Next is, I'm going to visit her family," kata Ryan. Aku angguk. Stella ada keluarga yang besar. Tak silap aku, ibu ayah dan mak cik pak ciknya semua berjiran. Mesti riuh.

Ryan pandang aku.

"You smell nice," katanya.
"Macam strawberry," dia berdehem. Aku mencium bajuku. Mungkin sabun ataupun pewangi fabrik. Aku angkat kening sahaja.

"Thanks for your support bestie," katanya. Aku angguk. Apa-apalah Ryan. Asalkan kau bahagia. Aku pun tumpang gembira.

***

Nafas Stella turun naik. Terus terang, dia dah bayangkan plot ini dalam drama antara dua darjat dia dan Ryan. Cumanya, wanita di hadapan Stella ketika ini bukanlah Madam Chia, sebaliknya kakak Ryan Chia iaitu Natasha Chia.

Natasha Chia menyewa seluruh premis restoran mewah itu semata-mata untuk bertemu empat mata dengannya.

Namun, sampai saat ini wanita itu masih tidak bercakap, sebaliknya hanya makan. Perkara itu cukup untuk buat Stella tak selesa dan rasa geram. Dia meletakkan sudu dan garfu, memandang wanita itu tanpa kelip.

"You can tell me directly," ujarnya tanpa berselindung. Dia tak nak jadi macam pelakon dalam drama bersiri yang lemah, sudahnya akan dijirus air. Nasib Stella baik kerana mereka tak ada air, sebaliknya ada jus untuk minum.

"Do you really like Ryan?" Soalnya. Stella angguk.

Wanita itu senyum sarkastik. Senyuman sarkastik itu sudah cukup untuk buat Stella terasa hati.
"You think you match him well?" Soalnya.

"I cuba jadi seseorang yang sepadan dengannya," balas Stella tegas. Wanita itu mengelap mulut dengan napkin.
"Well...you can try. But we won't match. Kami bukan budak kampung masuk bandar macam you," jelas Natasha. Stella senyap. Kuasa orang kaya. Dengan mudah sahaja Natasha Chia berjaya mendapat akses data peribadi Stella. Walaupun dia jarang berbicara mengenai keluarganya, dengan mudah sahaja Natasha Chia tahu mengenai mereka.

"Kenapa suka Ryan!? Did you think he's gonna inherit Chia Group?" Natasha memerangkap. Stella terkesima. Tak pernah terlintas langsung dibenak fikirannya yang Ryan akan mewarisi kumpulan syarikat itu. Natasha kembali berbisik.

"It's not Ryan," katanya lagi. Stella tergamam.
"Ha?" Soal Stella.

Apa benda perempuan ni!

"It's not Ryan who's going to inherit the company," ujar Natasha.
"It's Daniel. Danny Chia," balasnya.

"He's the only son of the first born son, that's how the Chia's has been doing," katanya sambil minum jus.
Stella senyap.

Ryan yang selalu berusaha untuk syarikat tapi tak akan dapat satu sen pun dari syarikat. Kenapa Danny? Danny sudah jelas lagi bersuluh tak berminat dengan urusan syarikat?

"Lagi satu," kata Natasha.

"Ryan tu anak pungut," ujar Natasha.
Stella kerutkan dahi.
"What?" Soal Stella.

Natasha tepuk bibirnya.
"He didn't tell you?" Soal Natasha.

"He's not one of us," jelasnya samar, cukup untuk buat Stella tercengang.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now