90

8 3 2
                                    

"Sayang dengan Yell macam rapat je," komen Stella. Selepas makan malam, mereka berpisah dengan Yellena dan Danny.
Ryan berkerut.

Cemburu ke? Tak logik lah pulak Stella nak cemburu. Yell kot!

"Kita memang rapat dengan Yell kan," Ryan menjelaskan. Sengaja perkataan kita disebut dengan lebih kuat dan jelas. Stella angkat kening. Tak pasti sama ada perasaan dia sahaja atau memang Ryan dan Yell lebih rapat sekarang.
"You cemburu ke?" Berhati-hati, Ryan atur ayat.

Stella mendengus. Dia cuba mengelak.

"Tak da lah. You dengan Yell rapat macam tu, nanti Danny cemburu pulak," kata Stella. Dia cuba ubah topik agar Ryan tak tuduh dia yang cemburu buta.
Ryan diam, seperti sedar akan sesuatu.

"Danny cemburu ke, sayang you yang cemburu?" Sengaja Ryan cari pasal. Stella menghadiahkan satu jelingan maut untuk Ryan.
"Danny lah! I nak cemburu buat apa. Tu Yell kot," kata Stella. Ryan angguk-angguk sahaja, dia sengaja nak bagi Stella marah.

"Okay...I'll take note," balas Ryan.

***

"Bapak mahal," komen Vlin. Sejak aku pindah masuk ke dalam rumah apartment itu kembali, semuanya jadi lebih kemas dan terurus. Aku meletakkan minuman di atas meja kopi. Vlin pula duduk bersila sambil membuka komputer riba.

"Tengok apa tu?" Aku hulurkan secawan kopi pada Vlin. Vlin tidak menjawab, seterusnya membuatkan aku yang tengok sendiri.
Entah apa yang Vlin tengok sampai berkerut begitu.

"Tailor Shop lot? Nak buat apa?" Soalku. Tiba-tiba dia tengok rumah kedai jahit. Siapa yang nak buka kedai? Dia tak nak kerja dengan The League dah ke? Dia bukan tahu menjahit yang nak beli kedai jahit!

Vlin menjeling. Dia bukan jenis yang akan bagitahu orang.
"Eh, suka hati akulah nak buat apa pun," jawab Vlin sambil berkerut.

"I'm just asking~" aku tak mahu mengalah. Aku membuka televisyen. Vlin menjeling aku yang masih tenang berbaring di sofa sambil minum nescape.

"Bila Danny nak bertolak?" Mata Vlin melekat pada komputer riba, namun masih berminat tanya aku soalan.
"This Saturday," jawabku. Rancangan asal, dia akan tunggu aku terus di lapangan terbang. Misi yang dia sertai ada sukarelawan lain, jadi keluarga terdekat sahaja yang akan hantar. Ryan barangkali. Mungkin aku akan ikut Ryan hantar Danny ke lapangan terbang.

"Ryan did not tell him anything about me and Steve right?" Berhati-hati Vlin menyoal aku. Aku mengeluh.
"Ryan cakap, selagi boleh rahsia, just keep it as a secret first," balasku hampa.
Boleh tak kita jangan cakap pasal hal ini.

Vlin angkat kening.
"Well...we have another person to beware of instead of Ryan Chia," katanya.
Aku kerutkan dahi. Selain Ryan Chia, siapa lagi yang boleh tahu tentang Steve dan Vlin. Ada orang lain lagi ke...
"Diana Chia. His sister," balas Vlin.

Aku tunduk. Macam mana aku boleh lupa tentang Diana Chia. Dia bukan budak bodoh senang nak kena kelentong dengan Vlin. Aku telan air liur, mohon supaya dia tak buat aku berdebar dan kecut perut.

"Okay," tiba-tiba Vlin berdiri.

"This Saturday you're not sending your boyfriend to the airport," kata Vlin. Berkerut aku mendengar kata-kata Vlin. Aku yang mula duduk bersandar, kemudian duduk tegak mendengar kata-kata Vlin.

"What?" Berkerut aku protes.

"You're coming with me," putusnya selamba.

"What the hell!" Aku bundarkan mata. Vlin dengan muka seposen memandang aku dengan senyuman sarkastik.
"I cakap, you're not going to send him. You're coming with me!" Tegasnya.

Aku nganga.

"Where?" Soalku.

"I'm going to throw party for Steve," katanya.

Gila! Kau yang nak buat parti, apa kaitan dengan aku. Aku ada banyak benda lagi berbaloi nak buat. Hantar Danny pergi airport dah jadi hal aku. Lagipun, aku ada skaf yang nak bagi pada Danny. Vlin memang sakit hati kan! Dah la Danny nak pergi lama tinggalkan aku! Dia ingat misi kemanusiaan macam long vacation ke macam mana!

"Why would I go with you!" Aku tak puas hati.
"Sebab I takut!" Jawabnya.

Aku nganga. Vlin takut? Psikopath macam Vlin takut! Bukankah dia sendiri yang self-proclaimed dia seorang psikopath yang tak takut apa-apa. Bahkan, saat aku dah berdebar seperti berjalan atas ais yang nipis bila dapat tahu yang Ryan, tahu tentang Steve dan dirinya, dia tak gentar.

"You scared!? Are you kidding me!" Soalku. Setahu aku Vlin tak takut apa-apa. Bahkan, kalau kau cakap hantu pun tak mungkin, silap hari bulan hantu yang takut dengan dia.

"I takut I terbunuh orang," kata Vlin. Aku ketap bibir.

"What?" Aku geleng kepala dengan perangai Vlin.

Vlin mengeluarkan sesuatu dalam poketnya. Kunci. Dia tunjukkan kunci pada aku dengan bangga.

"Kita nak pergi mana sebenarnya?" Soalku. Vlin ajak aku teman barangkali dia memang perlukan aku. Kalau korang kenal Vlin, dia bukan jenis yang sesuka hati akan tarik aku ikut dia ke mana-mana.

"The yatch," sepatah balasnya dengan senyuman penuh keterpaksaan.

***

"Yell asked me to pass this for you," hulur Ryan. Kotak putih itu tidak besar dan tidak kecil, cukup untuk Danny bawa naik ke atas kapal terbang. Danny membuka kotak itu, kelihatan selendang merah terlipat elok di dalam kotak.

Kawasan lapangan terbang dipenuhi dengan beberapa orang sukarelawan lain yang memakai baju putih dan seluar slack hitam. Danny juga memakai t-shirt putih dengan lambang persatuan bersama slack hitam.

"She did this herself," tambah Ryan. Semalam, sebelum pulang dari pejabat, Yell meminta pertolongan untuk dia kirimkan barang pada Danny.
Danny mengeluarkan selendang itu lalu diletakkan di lehernya. Bau minyak wangi citrus Yellena melekat pada selendang itu. Danny mencium selendang itu lama.

"Smells like her," ujarnya dengan senyuman.

"Danny, where's your girlfriend?" Soal Diana. Ibu dan bapanya tidak dapat hadir, mereka dan datuk nenek cuma hantar Danny di rumah sahaja tadi. Hanya ada Ryan dan Diana sahaja di lapangan terbang.
"She can't make it," kata Danny.

Wajah Diana berubah pelik. Tak kisah lah sibuk macam mana sekalipun, Yellena sepatutnya datang menghantar adiknya. Lagipun, mereka akan duduk berjauhan lama. Bagi Diana, perbuatan Yellena macam tak ambil berat dengan teman lelaki.

"What the...she's really didn't take you seriously ain't it!" Diana serkap jarang. Danny kerutkan dahi. Yell sudah maklumkan yang dia perlu teman Vlin ke suatu tempat. Lebih jelas, Danny tak tanya pula! Dia tak nak lah nampak macam dia seorang yang mengongkong kebebasan Yellena. Lagipula, Yell dah kaitkan skaf untuknya, dia dah rasa gembira!

"It's not like that," tegas Danny.
Dia memandang ke arah Diana. Beberapa orang peminat Diana tiba-tiba datang ke arahnya. Mereka itu juga dikalangan ahli anggota keluarga sukarelawan seangkatan dengan Danny. Diana meminta diri untuk melayan peminat.

"Take care weh," pesan Ryan. Danny tak pernah berjauh dari keluarga. Tak seperti Ryan, setelah tamat pengajian universiti, dia sambung belajar di luar negara setahun. Kali ini, giliran Danny pula berjauhan dari keluarga.
Danny angguk.

"Ryan," panggil Danny. Lama dia diam seperti berfikir. Ryan menanti sahaja apa yang akan Danny suarakan.

"Yell..." sebut Danny. Ryan terkelip-kelip mata. Dia tak tahu apa yang Danny nak sampaikan padanya.

"Kenapa?" Soal Ryan. Danny melepaskan keluhan.

"Tolong tengok-tengokkan Yell sama untuk aku. Aku lepas ni dah lah jauh, I can't do much for her," Danny bersuara.
"Yell...she's always seems to be extra careful around me," tulus kata Danny.
"I'm worried leaving her alone," ujarnya.

Ryan senyum kemudian anggukkan kepala. Dia pandang Danny yang dah mulai garu kepala. Ryan berpeluk tubuh.

"Kau nak cakap apa ni?" Soalnya pada anak buah yang satu itu.

"Please help me take care of Yell," pesan Danny.

Ryan senyum. Dia angguk sahaja.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now