"Kau gila ke bodoh?" Maki Vlin. Dia datang melawat abang iparnya yang kelihatan ceria. Lelaki dengan baju banduan itu tampak tua sebelum usianya, barangkali sudah kepenatan meringkuk dalam penjara. Makian Vlin merupakan perkara normal yang terjadi dalam kehidupan mereka. Vlin sendiri tak pasti kenapa kakak boleh sangkut dengan lelaki perengus panas baran begini! Dah la sabit kesalahan membunuh lagi!
Kisah cinta kakak dan abang iparnya bermula di gelanggang muay thai milik bapa mereka. Bapa mereka tak halang pula kakak bercinta dengan anak murid kesayangannya. Tiba-tiba sahaja lelaki itu di dakwa atas kesalahan membunuh, puas dinafikan namun tak berjaya. Pada hari kelahiran Yellena, bapanya dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun.
Sudahnya, kakak meninggal beberapa tahun selepas melahirkan.Saat itu kasih sayang ibu bapanya beralih pada si kecil Yellena. Vlin yang baru lima belas tahun dihantar ke universiti, kononnya pelajar genius tak lalu jalan yang orang biasa lalu. Padahal, jadi genius dia dipelihara oleh kerajaan sebagai aset negara, jadi ibu bapanya boleh fokus jaga si kecil Yellena! Bila dia dah kenal dengan Daston, berkahwin bercerai, ibu bapanya pula meninggal, tinggalkan Yellena di bawah jagaannya.
"Aku betul-betul dah berubah," kata Johnny. Dia dah mohol pelepasan awal, niat asal mahu minta tolong adik peguam yang seorang itu jadi wakil di mahkamah. Namun, dengan perangai Vlin, adalah lebih baik dia upah peguam awam untuk menjadi wakil dia ke mahkamah.
"Berubah ke tak berubah ke, apa aku kisah!" Kata Vlin.Johnny senyap. Tak apalah kalau tak nak tolong.
"Vlin," panggilnya.
"Kalau call aku datang sini semata-mata nak cakap pasal pelepasan engkau, kau memang bangsat," maki Vlin. Johnny diam. Dia lebih memilih untuk berdiam diri berbanding melawan Vlin. Vlin, walaupun ayatnya puaka, dia dah korbankan usia mudanya demi Yellena. Johnny harus balas budi! Lagipun, setelah apa yang terjadi selama ini, memang Vlin berhak maki hamun dia! Di mana dia saat isteri dan anaknya sangat memerlukan seorang ayah?! Vlin bukan sahaja main peranan sebagai ibu, malah turut mengisi kekosongan ayah yang dia tinggalkan.
"Aku nak ambil Yellena balik," ujar Johnny teragak-agak. Tawa Vlin meledak kuat, bergema. Vlin menekan perutnya, hingga air mata keluar.
"Abang! Kau ingat Yell tu lima tahun ke?!" Vlin masih dengan sisa tawa. Johnny teringat kali terakhir dia jumpa dengan Yellena. Ketika itu ibu dan bapa mertuanya bawa Yellena ke bilik lawatan. Menangis teruk budak itu apabila melihatnya. Puas dipujuk, namun budak itu hanya senyap apabila mereka keluar. Ya! Waktu itu Yellena cuma seorang budak lima tahun.
Kini, Yellena bukan lagi budak lima tahun. Dia dah besar, dah boleh berdikari."Dia benci aku?" Soal Johnny. Vlin ketawa sarkastik. Dia segera galas beg, malas nak berdrama dengan abang ipar yang satu ini. Wajah Johnny muram. Dia juga bangun dari kerusi apabila melihat Vlin mahu angkat kaki.
Vlin terhenti di muka pintu."Abang!" Panggilnya. Panggilan itu dari dia kecil lagi. Pertama kali kenal, Johnny merupakan anak murid bapanya. Dia di sekolah rendah, Johnny pula di sekolah menengah. Panggilan abang ketika itu cukup normal. Mereka tak akrab, dan tak juga rapat. Namun, saling cukup kenal untuk dia panggil Johnny dengan panggilan abang.
"Bila dah keluar nanti, call aku," kata Vlin. Johnny menggaris senyum.
Vlin sudah dianggap macam adik sendiri. Waktu kecil dahulu, Vlin dan kakaknya akan datang hidangkan air untuk atlet muay thai sepertinya. Vlin ketika itu cukup baik, walaupun tak banyak bicara macam kakaknya.***
Definisi bagi peribahasa kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan aku dedikasikan khas untuk Danny. Langsung tak fikir panjang, sebaik sahaja dapat offer, terus setuju. Tak tengok kalendar, tak tengok jadual, dia terus on sahaja untuk teman aku menaiki parti bot persiaran itu.
Aku masih ingat pesan Ryan pada Danny. Kalau orang lain dengar, mesti mereka akan ingat yang Ryan tu bapak aku...
"Oi Danny, kau ingat sikit bawa anak orang tu," pesan Ryan.
"Alah kau ni. Apa nak takut! Yell kan juara junior muay thai!" Balas Danny, layan tak layan sahaja di telefon. Danny pasang speaker, jadi aku pun dengar."Muay thai pun! Dia dah lama tak praktis! Berkarat dah!" Suara Stella di corong telefon. Aku paksa diri untuk senyum. Berkarat lah jugak, tapi kalau setakat 360 kick, boleh kot! Rupanya, Stella yang suruh Ryan telefon Danny dan aku. Aku mati-mati sangka Ryan yang call. Ada Stella rupanya...
Patutlah..."Danny," panggil Ryan.
"Macam mana kau ambil Yell, macam tu jugak kau hantar dia balik," pesan Ryan macam bapa orang.
Danny membalas okey dan jangan risau pada Ryan. Aku senyum sahaja.Macam manalah aku nak move on kalau Ryan berterusan asyik buat baik dengan aku? Aku jeling Danny.
Peluang? Mungkin aku patut buka hati dan bagi Danny peluang? Aku tak patut kisahkan pasal Vlin. Vlin dengan jalan hidupnya, aku dengan cara aku."Yell," suara dalam Ryan, mengejutkan aku.
"Ya..." balasku, di speaker telefon Danny.
"Anything happens just run for your life, got it?" Pesannya. Ryan kemudian letakkan telefon. Aku meletakkan kembali telefon Danny di ruangan yang tersedia.Danny pandang aku.
"Prihatin nya boss dengan you," katanya. Aku kerutkan dahi. Kenapa dia cakap macam tu? Bunyi macam tak puas hati.
"Ryan kan memang macam tu," aku menepis soalan Danny. Danny angkat kening, bunyi macam cemburu. Aku telan air liur. Masalah sungguh dengan Danny Chia! Boleh tak dia jangan nak kusutkan kepala otak aku.Usai sampai di pelabuhan, aku melihat ramai orang kenamaan. Aku dan Danny jalan bersebelahan. Saat sampai di pintu masuk, pekerja meminta aku menunjukkan kad jemputan. Pekerja itu kemudian memandang ke arah Danny.
Aku gugup. Eh! Yang pekerja ni pun satu, dah Danny datang dengan aku, mestilah dia peneman aku.Danny kelihatan bengang dengan cara pekerja itu memandangnya. Ya lah! Dia tak ada jemputan.
Sebelum Danny marah, aku memegang lengan Danny.
"My partner," ujarku sebelum dijemput masuk. Danny menjeling ke arah pekerja sebelum masuk dengan aku."You marah pekerja tu ke?" Bisik aku. Aku masih lagi pegang lengan Danny. Suasana kapal persiaran mewah ini memang lain daripada yang lain. Ada lampu chandeliar besar di dewan ballroom. Orang-orang elit berkumpul dalam parti serba mewah, menampakkan aku tersangatlah kampung. Nasib sahaja ada Danny, aku ada teman orang kaya, tak nampak sangat perangai kampung aku. Disebabkan agak gementar, aku pegang lengan Danny.
"Tak marah. Actually I quite happy dengan kerja dia," kata Danny sarkastik.
"Ha?" Aku tak faham.
"Well...at least you pegang tangan I tak lepas dari tadi," tegurnya. Aku nganga, hampir melepaskan lengan Danny, namun dia pantas tarik tangan aku."Don't let go," ujarnya. Dia memegang aku agar terus melekat dengannya. Aku angkat kening.
***
"Apahal you macam cacing ni sayang," soal Stella. Sambil menonton movie, dia suap Ryan makan keropok. Namun, Ryan dari tadi asyik bergerak-gerak, tak fokus pun dengan movie.
"I risau kat Yell," selamba balas Ryan. Stella terdiam. Dia telan air liur dan angkat kening. Dah kenapa kau? Kau tengah date dengan aku, kepala kau boleh menilau dekat perempuan lain...Amboi!!
Eh!
Stella, yang pakwe kau fikir tu Yellena! Member baik merangkap bestie engkau!Takkan dengan Yell pun nak cemburu?!
Eh! Yell pun perempuan! Tak kiralah bestie ke apa ke, kalau pakwe kau tengah dating dengan kau, tapi kepala otak dia tengah fikir perempuan lain, it's a red flag babe! Red flag!
"Kenapa fikir Yell pulak?" Stella berhati-hati.
Ryan mendengus.
"I should go by myself," kata Ryan, separuh menyesal dengan tindakan membenarkan Yellena pergi. Stella diam."Why?" Soal Stella, masih lagi berhati-hati. Dia tak mahu Ryan anggap dia cemburu buta.
"Sayang, you know how women are treated in that kind of society and places right? I takut something happen je," tegas Ryan. Stella melentokkan kepala pada dada Ryan. Dia mencapai jari jemari Ryan lalu meramasnya.
"You risau apa sayang? Danny kan ada," Stella mengingatkan. Ryan membiarkan sahaja jari jemari Stella menyentuhnya. Dia tidak menjawab soalan Stella. Lupa pula Danny ada. Kurang sikit rasa risaunya.Wajah Stella berubah.
Ryan. Kau sekarang ni pakwe aku ke pakwe Yellena!!?

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...