4

53 5 3
                                        

Sara Bareilles - Brave

Sebenarnya aku tak mahu angkat telefon. Tetapi, kalau aku tak angkat, si pemanggil akan berterusan telefon sampai aku angkat dan akur.

"Mana kau?" Selamba sahaja sebaik aku angkat telefon suara itu menyapa aku.
"Hostel," perlahan aku jawab.

"Datang rumah aku, 10 minit dari sekarang aku nak tengok muka kau," katanya.
"Mana sempat," balasku dingin. Namun, wanita itu tak peduli. Dia segera mematikan talian.

Aku mendengus. Pagi hujung minggu semua orang sedang tidur. Hostel kami sunyi sepi. Ada yang awal lagi sudah ke perpustakaan belajar. Aku lihat Stella masih lagi nyenyak tidur bertemankan teddy bear kucing. Aku segera mengemas barang, menutup komputer riba sebelum bersiap.
Cakap 10 minit, tapi lantaklah. Kurangnya, aku tunjukkan muka jugak. Aku bukan suka sangat nak ke rumah Ahli Sihir tu.

Dia ingat 10 minit sempat? Aku nak naik bas lagi, nak tunggu bas lagi. Gila betul.
Tapi nak buat macam mana? Aku kena hadap kegilaan perempuan gila tu! Kalau tak, semakin menggila jadinya.

"Yell! Kau nak gi mana?" Riya menegur aku. Dia hanya memakai tuala, dan menjinjing bekas mandi. Aku diam.
Matanya memandang aku. Aku memakai pakaian kasual, sambil menggalas beg laptop.

"Library," bohongku.

***

Ryan tersenyum gembira. Dia melihat dengan mata kepala sendiri permainan komputer pertama yang mereka cipta dibawah alias nama Team A, sudah tersedia di laman web maya. Kini, semua orang boleh mengakses game puzzle mereka. Disebabkan permainan pertama, Crush Chocolate, mereka bertiga mencapai satu kepuasan dalam dunia maya.

Ting!

Satu notifikasi masuk ke dalam e-mel Team A. Fiq yang dari tadi gigit kuku tersengih. Jean menekup mulutnya, sementara Ryan tersenyum. Danny awal-awal pagi lagi sudah keluar, katanya mahu ambil gambar pemandangan, jadi dia keluar bersama kamera beratnya.

"Ada orang download game kita!" Dengan wajah bahagia, Jean memberitahu Ryan. Ryan angguk, dia sangat gembira. Permainan komputer yang mereka reka itu bukanlah susah mana. Konsepnya seperti game puzzle, tetapi dalam bentuk coklat.
Fiq sudahpun menangis terharu.

"Ni baru permulaan!" Kata Ryan. Dia menghulurkan tangan ke tengah. Fiq dan Jean meletakkan tangan mereka di atas tangan Ryan, sebagai simbol semangat. Mereka dari semalam tak tidur kerana tunggu game untuk di upload. Merata mereka cari line internet laju, sudahnya, mereka berhimpun di atas katil Ryan yang ada di tingkat dua.

"Team A! Team A! Team A!" Ujar mereka bersemangat.

Walaupun baru berusia 19 tahun dan berada di Tahun 1, namun mereka bertiga dah kenal sejak dari bangku sekolah lagi. Ryan tak seperti Danny yang ke sekolah khas untuk orang elit. Dia ke sekolah biasa sahaja. Ibu bapanya sudah tua untuk memaksanya, jadi Ryan boleh buat apa sahaja yang dia inginkan. Mungkin disebabkan abang dan kakak-kakaknya sudah berjaya, jadi ibu dan bapanya tidak terlalu tegas dengannya. Nama pun anak bongsu. Lagipun, ibu bapanya sudah berusia, jadi mereka ikutkan sahaja kehendak Ryan.

***
Saat aku menunggu bas, seseorang mencuit bahu aku. Danny.
Aku agak tak selesa dengan Danny, jadi aku sekadar menggaris senyum dan bergerak ke tepi. Namun, semakin aku ke tepi, semakin dekat pula dia dengan aku.

Aku menjeling sekeliling. Nasib sahaja awal pagi orang tak cukup ramai, jadi tak ada yang kenal dengan Danny.

Pakaian Danny hari itu ringkas. Baju serba hitam, slack hitam dan topi sambil membawa kamera. Peralatan kameranya kelihatan berat, namun dia tak nampak penat menggalas barang-barang tersebut.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang