77

11 3 3
                                    

Rasa nak menjerit! Tak sangka aku ada sisi gedik macam ni! Aku baring sambil memeluk bantal. Kiranya hari ni, hari pertama aku dengan Danny lah kan! Tadi sewaktu dia hantar aku pulang, kami sama-sama keberatan nak berpisah. Danny kata dia nak singgah gym dulu sebelum pulang. Aku pun tak faham. Ikutkan dah lewat, tapi katanya dia nak pergi gym hang out dengan member. Ikut lah.

Bila fikir balik, nanti kami kena ldr lah kan? Ya lah...Danny kan nak pergi Afrika. Eh! Sedih la pulak. Tapi itukan cita-cita dia. Takkan sebab aku dia sampai tak jadi pergi Afrika.

Hmm.

Kalau Stella dengan Ryan tahu pasal aku dengan Danny, mesti diaorang bahan aku. Kalau Rozy pulak tahu, reaksi dia mesti macam mak-mak yang gembira sebab anak dia dah ada pakwe. Nanti lah aku cakap dengan mereka semua. Dan lah kami dua tiga minggu declare! Ini baru hari pertama. Aku tengok jam.
Hm.
Tak sampai 24 jam lahi.

Ting.
Mesej bergambar masuk.

 Mesej bergambar masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

At the gym💖

Aku terlepas telefon bimbit. Kepala hotak hantar gambar dengan caption at the gym macam ni dekat aku. Aku meniarap di atas katil. Handsome doh pakwe aku. Apahal handsome sangat? Tu otot kan!

Aaahhhhh! Aku menjerit dalam senyap! Kalau kuat nanti terkejut pulak Stella. Rasanya dia ada dalam bilik, sebab aku nampak lampu menyala.
Pakwe aku! Aku goyangkan kedua belah kaki ke atas! Ehhh! Apa kena dengan aku yang gedik sangat tak ketahuan hala ni!!?

Cringe pulak aku dengan diri sendiri.
Aku tarik nafas. Kena balas lah kan.

Amboi🫣 - aku

Heh. Amacam? Mengancam tak?💖- Danny

Handsome-handsome nak mengorat siapa?- Aku

Aku gigit bibir. Aku ni cringe jugak bila bercinta. Apa kena dengan fius otak aku? Aku bukanlah orang yang begini. Aku tak pernah terhegeh-hegeh dan gedik macam ni. Apa dah jadi ya dengan aku? Aku tarik nafas. Apalah yang nak jadi dengan semua ni? Aku dah tak macam aku...

Mengorat cinta hati saya Yellena 💖,- Danny.

Balasan mesej daripada Danny membuatkan muka aku panas. Hik!
Dia panggil aku cinta hati! Cinta hati! Ahhhhh!!! Aku rasa nak menjerit kuat. Lantas aku tekupkan muka ke bantal dan menjerit dalam senyap. Aku termenung sendiri memandang gambar yang Danny hantar. Ini bukan kali pertama dia hantar gambar pada aku. Maksud aku, sebelum ni dia selalu sahaja hantar gambar. Maklumlah, dia kan fotografer. Tapi ini kali pertama dia hantar gambar dirinya sendiri pada aku.
Patut ke aku balas? Nak balas apa? Aku dah balas amboi kan tadi? Ke aku nak kena balas dengan gambar juga...hantar stiker tak boleh?

Kalau aku balas gambar aku, adakah dia akan geli dan rasa aku ni over? Atau sebenarnya dia tak peduli dan tak ambil kisah pasal gambar. Kot lah, kalau aku balas dengan gambar akan nampak aku gedik terhegeh-hegeh? Aku tak nak lah nampak murah sangat?! Aku mendengus.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now