Muka Danny monyok. Nak buat kerja pun tak ada mood. Masuk jam sekarang sudah 96 jam Yell tak balas mesej yang dihantar. Tak faham apa yang di sibukkan.
Danny melihat sekeliling. Model semua sedang bersiap untuk mengambil gambar baju karya pereka terkenal. Studio mereka yang berfungsi sebagai jurugambar utama menempatkan Danny dan beberapa orang lagi senior jurufoto untuk mengambil gambar. Dari jauh, dia lihat Stella sedang berbual dengan pengurusnya.
+++
Stella melompat keriangan. Dia baru dapat satu offer menjadi watak antagonis dalam drama bersiri 16 episod. Pengurus yang menguruskan Stella sudah awal lagi menyuruh dia masuk ke kelas lakonan. Jadi usahanya tak sia-sia. Keputusan untuk ikut Miss Diana dan Puan Jennifer berjumpa orang kenamaan memang jawapan yang tepat.
Baru jumpa sekali, dah berjaya dapat job baru.
Stella cuba menghubungi Ryan, namun tak diangkat. Barangkali sibuk berjumpa dan meeting. Akhir-akhir ini Ryan jarang nak angkat telefon. Katanya sibuk. Tapi takkanlah nak balas mesej pun tak boleh.
Stella terpandang Danny. Kelihatan dia sedang termenung sendirian walaupun orang sekelilingnya sibuk. Berita gembira perlu dikongsi, jadi Stella segera berlari ke arah Danny.
"Danny! Tengok ni!" Kata Stella menanyangkan skrip drama yang diterima.
"Jadi apa pulak kali ni?" Soal Danny. Dia tahu Stella ambil job berlakon. Tapi, sebelum ni watak Stella sekadar orang lalu lalang; adalah sekali cakap satu ayat. Bukan senang ya nak dapat job berlakon!"Watak kedua," kata Stella gembira. Melihat Stella tersenyum, Danny turut rasa senang. Maklumlah, Stella dah banyak berusaha untuk sampai ke tahap ini.
"Watak jahat eh?" Soal Danny mengusik. Stella mencebik.
"Hello! Watak kedua yang jahat tu lah yang nak hidupkan jalan cerita," kata Stella. Danny angkat kening."Yang you tu...kenapa monyok sangat?" Soal Stella kembali. Dia baru ingat yang Danny asyik mengelamun tak peduli sekeliling tadi. Danny berpeluk tubuh sambil menjuihkan bibir. Dia menunjukkan telefon pada Stella.
"Yell..." kata Danny.Stella ketap gigi. Balik-balik Yellena. Ryan sama! Danny lagilah sama!
"Kenapa dengan Yell?" Soal Stella cuba menenangkan diri."Dah 96jam 34 minit dia tak balas mesej I..." rungut Danny.
"I risau," kata Danny.
"Takkan lah jadi apa-apa," wajah Danny berubah cuak seiring dengan pemikirannya.Stella ketap gigi. Yang sorang nak ajak Yell jadi partner business sedangkan boleh je kerja makan gaji dekat syarikat abang sendiri! Sorang lagi, bising risau sebab mak cik tu tak balas-balas mesej. Apa? Dalam dunia ni ada Yell sahaja ke!!!
Eh! Kenapa kau fikir macam ni Stella? Yell tu kawan baik kau! KAWAN BAIK!
Tak ingat macam mana Yell selamatkan kau dengan Rozy dulu?"Sibuk kot...dia kan nak buat business dengan Ryan," Stella buka mulut. Wajah Danny berubah. Yell langsung tak cakap apa-apa dengannya.
"Dengan Ryan?" Soal Danny. Pak Su Ryan? Baik Yellena mahupun Ryan, tak ada yang cakap dengannya.Dah kenapa? Tak ada orang lain dah ke?
Tapi Danny tak banyak soal. Dia perlu dengar dari mulut Yellena.***
Vlin berjumpa dengan dua orang tua di rumah mereka. Saat dia sampai, mereka tidak begitu mengalu-alukan kehadirannya. Lelaki tua itu menyuruh dia duduk, sementara isterinya menghidangkan teh.
Rumah cina lama itu kelihatan sunyi. Seekor anjing penjaga rumah sedang tidur di sudut tepi rak kasut. Suram sahaja, tiada gantungan gambar keluarga atau apa-apa potret bahkan lukisan di dinding. Putih dan kosong. Lelaki tua itu sedang berkebun. Tanamannya segar, banyak sayur kampung yang diusahakannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...