82

13 2 0
                                        

Majlis pelancaran jualan Shopa 8.8 mencatat kutipan yang agak lumanyan namun tidak mencapai target kami. Jadi, bagi meraikan kejayaan yang tak berapa nak berjaya itu, kami adakan parti 8.8 sempena majlis tersebut. Parti itu dihadiri oleh beberapa ahli lembaga pengarah, pekerja dan jemputan kehormat.

Kwan Yul sedang menyanyikan lagu.

Ryan pula duduk memerhati sahaja dari tingkat atas kelab Douk itu. Sambil minum coke, dia hanya memerhati. Stella tak datang kerana merajuk sebab Kwan Yul. Maklumlah, ada beberapa netizen mulut jahat yang suarakan mengenai dia dan Ryan, jadi mereka ambil keputusan untuk keep low sebaik mungkin.

Saat itu, dia memerhati Vlin dan Steve, yang merupakan jemputan kehormat. Mereka tidak duduk bersama, namun bertentangan. Dari jauh, Ryan dapat melihat mata abang dan Vlin bertaut seakan-akan dunia ini mereka yang punya. Ryan sekadar memerhati.
Saat Vlin dan abangnya berselisih, mereka sempat lagi mencapai tangan masing-masing.

Vlin datang sebagai wakil Tang Foundation, salah satu ahli lembaga dan pelabur utama mereka.

Steve pula datang bersama Diana dan Jennifer.

Dari satu sudut, Ryan melihat Yellena dan beberapa orang pekerja sedang berbincang di sebalik langsir pentas utama. Danny pula duduk di tepi, menanti Yellena.

Ryan memanggil salah seorang pelayan. Dia berbisik sesuatu.

***

"Perempuan tu ke?" Soal Jennifer pada Diana. Diana memandang ke arah gadis yang sedang sibuk di belakang pentas. Walaupun parti itu untuk meraikan kejayaan jualan Shopa, namun pekerja mereka tetap sahaja sibuk di belakang tabir. Diana memandang adik lelakinya, yang sedang menanti di bawah pentas bahagian hujung. Mata Danny melekat sahaja pada gadis yang sedang sibuk bekerja itu.

"Ya," jawab Diana.
Danny ada beberapa kali menunjukkan gambar Yellena padanya. Saat Danny bercerita tentang Yell, mata adik yang seorang itu pasti akan bersinar-sinar. Ceritanya penuh semangat, memang suka betul dengan gadis itu. Sekarang pun dah jelas, adiknya sedang melihat Yellena bekerja sambil tersenyum bangga.

"Should we go and greet her?" Soal Jennifer. Steve tiba-tiba minta diri. Diana dan Jennifer cuma angguk, mereka lebih berminat dengan gadis yang berjaya menarik perhatian Danny Chia.
Diana diam. Kalau dia ada di tempat Yell, dia pasti akan malu. Maklumlah, mereka barangkali masih berada di fasa awal percintaan. Walaupun dah berkawan lama, namun melangkah ke fasa baharu sedikit sebanyak membawa perubahan.

Kalau Diana, dia akan tunggu diri sedia dahulu baru berjumpa dengan orang tua. Lagipun, hal nak jumpa orang tua ni, patutnya adik dia yang lebih ke hadapan dahulu.

"Tak payah lah. Nanti dia segan pulak," bisik Diana. Dia cuba jadi seorang yang memahami. Lagipun, kalau Mummy ajak Yell berjumpa, mesti gadis itu dah tak fokus kerja pula. Jennifer pandang Diana. Mungkin ada betulnya, dia juga tak berniat nak bagi tekanan pada Yell mahupun Danny, biarlah mereka bergerak ikut rentak mereka sendiri. Lambat laun, dia tetap boleh berkenalan dengan anak menantunya itu.

***

"Hi," sapaan Kwan Yul membuatkan Danny sedikit terkejut. Kwan Yul tidak bersendirian, sebaliknya dengan beberapa orang pengawal dan PA. Danny tunduk hormat.

"Back then, I salah seorang peminat you," ujar Kwan Yul. Danny angkat kening.

Mana taknya. Sewaktu muda dahulu, Danny sering muncul dalam video vlog Diana. Jadi, adalah sedikit influencer dalam dirinya. Zaman dahulu, dia yang akan rakam video vlog dan tolong edit untuk Diana.
"Dulu aktif, sekarang Diana buat sendiri," ujarnya. Kini, Diana ada Team sendiri yang uruskan video dan beberapa hal lagi, jadi Danny fokus dalam kerjayanya sebagai jurugambar sahaja.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang