15

32 2 0
                                    

Stella mengucapkan terima kasih apabila sampai di pintu depan hospital. Ryan memandang Stella tak berkelip.

"Nak I turun sekali tak?" Soal Ryan. Stella cepat-cepat menggeleng.

"Thanks Ryan!" Ujarnya lantas turun. Ryan memandang jam di tangan kirinya, sengaja dia keluar awal sebelum mesyuarat bermula. Tak sangka dia boleh bertemu dengan Stella di tengah jalan. Stella kelihatan agak kelam kabut, mungkin orang yang dimasukkan hospital merupakan ahli keluarga terdekat.

Tapi, dia tak berani nak tanya lebih-lebih.

****

Apabila Vlin membuka mata, kelihatan Steve sudah berada di sisi.

"You buat apa kat sini?" Soal Vlin. Barangkali dia pengsan. Steve memandang wajah Vlin tak berkelip.
Vlin bangun perlahan-lahan.

"Tadi you call I, lepas tu senyap. I pun datang lah," komen Steve. Dia memandang ke arah Vlin yang pucat lesi.
"Sorry," kata Vlin sebelum tunduk.

"Vlin, you okay?" Soal Steve. Vlin angguk.
Steve melihat sekeliling. Rumah Vlin begitu kosong, tidaklah semak namun nampak kosong. Bagi seorang pereka dalaman; tak sepatutnya rumahnya akan kosong begitu. Lain benar dengan kerjayanya. Melihat Vlin cuba bangun, dia segera memberi bantuan.

"Can you stay with me? I tak suka alone sakit," tutur Vlin. Steve angguk, dia sebenarnya ada mesyuarat untuk dihadiri. Namun, dia juga tak mahu tinggalkan Vlin seorang diri.

***
Danny memandang belakang Yellena yang semakin tak kelihatan. Dia rasa serba salah, tapi dia mahu berterus terang agar Yellena tak salah faham dengannya.

Terus terang, dia memang tak selesa dengan muka ketat Yellena.
Tapi dia tak adalah sampai benci.

"Mesti dia ingat aku benci dia kan!" Gerutunya sendirian. Dia juga tak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan Yellena. Setiap perkara yang dia lakukan pasti akan menimbulkan perasaan "something" tak selesa antara mereka. Bermula dengan peristiwa atas bas pada semester lepas, dan peristiwa hari ini.

Niat asalnya dia mahu berbaik-baik, mana tahu Yellena begitu selamba menerima pengakuan ketidak selesaannya. Lain benar dengan gadis lain.
Boleh dikatakan "sense of humor" mereka berbeza. 180 darjah berbeza, jadi perkara yang dia anggap sekadar humoris gurauan, boleh jadi perkara itu bukan sekadar gurauan untuk seorang Yellena. Danny mendengus.

"Ah! Lantaklah!" Desis hatinya.

***

Ryan duduk di kerusi paling belakang. Bapanya cuma minta dia hadir mesyuarat untuk lihat-lihat sahaja. Walaupun Ryan dengan jelas menunjukkan dia tak mahu, tapi dia tak mahu bapanya kecil hati.
Bapanya orang tua, jadi dia perlu layan dengan baik.

Mesyuarat masih belum mulai. Namun, beberapa ahli lembaga pengarah sudah datang. Dia sempat bertegur sapa dengan mereka sebelum duduk di tempatnya.

"Steve mana?" Satu suara mengejutkan Ryan. Ryan terus memandang ke arah suara itu.

Natasha Chia.
Kakak keduanya, merangkap CEO kepada syarikat perkapalan dan logistik Chia Group. Ryan tunduk, sebelum geleng kepala tidak tahu.

Berbanding dengan kakak keduanya, dia lebih rapat dengan anak-anak mereka yang lebih kurang sebaya dengannya. Anak lelaki sulung kepada Natasha, Nash Kobayashi, sedang belajar di sekolah tinggi luar negara. Berbanding dengan adik beradik, dia lebih rapat dengan sepupu.
Antara faktor utama yang membuatkan dia dan Natasha, ataupun Steve tidak rapat ialah mereka jauh lebih berusia; dan....
Ryan boleh dikatakan anak kalau berjalan dengan mereka.

Dia masih ingat bagaimana orang-orang salah faham bahawa dia anak Steve, abang sulungnya dan bukan ayahnya.

"Kau datang buat apa?" Soal Natasha.

"Ayah suruh," jawab Ryan acuh tak acuh.

"Kau datang takda fungsi pun. Abang vice president kau mana? Meeting kot! Takkan aku yang nak kena handle!" Marah Natasha.
Natasha memang selalu marah-marah. Seingat Ryan, dia paling teruk kena leter dengan Natasha berbanding ibunya.

Sudahlah cara Natasha cakap langsung tak ada penapis. Cakap main ikut sedap mulut. Natasha memandang mesej yang masuk di dalam telefonnya.
Selamba badak sahaja Steve meminta agar dia mempengerusikan mesyuarat.

Kalau macam tu baik mereka tukar jawatan. Biar dia ambil jawatan Vice President, manakala abangnya ambil jawatan CEO. Tak adalah dia bengang sangat.
Ryan memandang sahaja muka Natasha yang tak puas hati.

Kakak keduanya memang cantik. Berkahwin dua kali, namun kedua-duanya gagal. Perkahwinan pertama dengan bapa kepada Nash Kobayashi, Freddie Kobayashi, seorang pelakon terkenal dari Jepun. Kemudian, mereka bercerai kerana tak sehaluan. Setelah setahun, Natasha berkahwin pula dengan Joe Jonaz, pemilik syarikat hartanah. Perkahwinan kedua kelihatan lebih bahagia, dikurniakan seorang lagi anak lelaki, Nick Jonaz.

Namun, disebabkan kedua-dua anak lelakinya tidak mempunyai nama akhir Chia, jadi dia agak keberatan dengan hal itu.

"Menyusahkan!" Bentaknya. Dia menjeling Ryan yang tua beberapa tahun sahaja daripada anaknya. Saat dia belajar di luar negara dan berkenalan dengan Freddie Kobayashi, dia dikejutkan dengan berita kelahiran adik baharu. Gila kan!

Secara realitas, Ryan dan Natasha memang tak sekapal. Sudahlah jurang generasi dan jarak umur yang jauh.
"Natasha," satu suara mengejutkan mereka. Presiden Chen Chia. Ryan tersenyum sebaik sahaja melihat bapanya. Lelaki dengan gelaran presiden itu sudahpun bertongkat.
Presiden segera mengambil tempat duduk di sebelah Ryan.

"Steve mana?" Soal Presiden. Natasha angkat kening.

"Tasha yang handle meeting hari ni ayah," kata Natasha. Presiden Chia angguk.
"Ryan, duduk," arah Presiden. Anak bongsu kesayangannya dari tadi berdiri, barangkali takut dengan Natasha.
Ryan, anak kesayangan mereka. Selaku yang paling bongsu, Ryan memang manja. Namun, Ryan tidaklah terlampau manja, barangkali terpengaruh dengan abang dan kakak-kakak yang sudah berjaya, jadi dia pun turut sama gigih berusaha.
Pada Presiden Chia, Ryan dibenarkan buat sesuka hati kerana dia yang paling bongsu.

"Seronok lah kan boleh duduk. Tak macam aku; kena jadi pengerusi pulak tiba-tiba," komen Natasha. Ryan yang baru hendak duduk, kembali berdiri. Natasha sempat menjelingnya sebelum berlalu pergi.
"Ryan, buat tak tahu je dengan kakak," pesan ayah. Ryan senyum.

Dalam dunianya, hanya ayah dan ibu yang paling sayang dengannya.

***

Stella memejamkan mata. Bapanya yang dirawat masih tidak sedarkan diri. Sengaja dia tak bagi Ryan ikut dia ke hospital. Lagipun, gaya Ryan dengan sut kemas tidak sesuai untuk ke hospital. Entah ada perkara penting, dia tak mahu susahkan Ryan. Dia tumpang pun disebabkan Ryan yang pelawa.

Dia harus cari wang tambahan untuk membantu keluarga. Stella bukannya jenis yang akan minta biasiswa. Ramai lagi yang lebih memerlukan, lagipun syarat untuk minta biasiswa juga ketat. Mungkin ada baiknya dia ambil sahaja tawaran jadi model untuk syarikat yang merekrutnya baru-baru ini. Kurangnya dia boleh dapat wang poket dengan cara buat kerja sambilan.

"Ma.." panggil Stella sebaik sahaja melihat ibunya meluru ke arahnya. Dia yang duduk di kerusi depan bilik ICU, segera bangun dan memeluk ibunya yang sudah menangis teresak-esak.

Ibu Stella bekerja sebagai salah seorang tukang cuci di syarikat besar. Ibunya kerja kontrak, dia juga tak tahu alamat tempat kerja terkini ibunya.

"Doktor cakap apa sayang?" Soal ibunya. Stella diam. Penyakit tiga serangkai papa sudah parah, dan biaya perubatan juga bukan sedikit. Stella juga tak tahu mana nak cari duit untuk bayar hospital. Papa Stella seorang jagar. Asalnya seorang pesara askar, namun disebabkan penyakit tiga serangkai, awal lagi papa bersara.
Akhirnya, papa bersara, dan mula kerja sebagai jagar di bank berdekatan rumah mereka.

"Ma, jangan risau eh," kata Stella. Dia sebagai anak tunggal, akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semuanya lancar.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now