Aku lihat Stella sedang bersolek. Dia mencalit pemerah pipi kemudian memakai lipstick bewarna merah jambu. Sekilas, wajahnya yang cantik asli itu kelihatan lebih cantik daripada biasa. Katanya malam ini dia ada kerja.
Terus terang. Aku risau.
"Stella, kerja you memang malam ke? Esok siang tak boleh?" Soalku. Stella memandang aku dengan wajah yang redup.
"I don't know. Dia orang suruh I pergi malam ni," katanya.Aku diam, berfikir.
"Sampai nanti I mesej you. Don't worry," kata Stella. Dia memeluk aku dari belakang, barangkali cuba menenangkan kerisauan di hati aku. Aku senyap sahaja, fikiran aku tak begitu tenang.
Terus terang, aku tak sedap hati.
"You tak keluar ke malam ni?" Soalnya pula. Aku angkat kening. Selain kafe, aku memang dah tak ada tempat untuk tuju. Tambahan malam hujung minggu, aku bukannya jenis yang akan keluar sebarangan.
"Kafe kot. Kejap lagi," balasku. Aku memandang Stella yang sedang menyembur minyak wangi. Katanya ada pengambaran majalah.Tapi, malam-malam macam ni pengambaran apa?
Mungkin rasa tak sedap hati aku ni sekadar permainan sahaja.***
"Ryan, kau tak lapar ke?" Soal Danny. Dia sudah makan petang tadi, namun dia masih lagi lapar. Ryan pula dari tadi duduk di meja belajar, seinci pun tidak bergerak daripada komputer.Buku-buku rujukan Ryan semuanya bertanda dengan kertas tanda bewarna dan beberapa keping sticky note. Meja belajar Ryan masih kemas, cuma ruang tengah mereka sahaja penuh dengan wayar berselirat. Itupun disebabkan Fiq dan Jean meninggalkan komputer riba mereka di situ.
"Eh, dah pukul 8," Ryan membalas. Dia begitu khusyuk buat kerja sampaikan tak perasan masa yang berlalu. Dia mencapai sweater hitam yang tergantung di belakang kerusi.
"Kau kata nak makan, jom," ajaknya. Danny segera bersiap. Dia memakai jersi bola Fly Emirates dengan seluar pendek bawah sahaja. Penampilan yang cukup bersahaja itu langsung tak membuatkan mereka tampak seperti anak orang kaya.
Cuma, baju sahaja yang harganya mahal. Gaya mereka nampak biasa sahaja.
***
Stella sampai ke sebuah studio. Bukan dia seorang, tetapi ada seorang lagi perempuan. Gaya perempuan yang dari tadi berdiri, sekejap tengok telefon sekejap tengok sekeliling membuatkan Stella teragak-agak untuk mendekatinya.
"You! Datang la sini!" Panggil wanita itu. Mereka tampak macam sebaya.
Stella turut sahaja.
"Abang Tan suruh you datang sini jugak eh?" Soal gadis itu. Stella angguk.
"I pun. Nama I.. Rozy," katanya. Dia tersenyum ikhlas memandang Stella. Gayanya bagaikan seorang extrovert untuk Stella yang ambivert."Macam gelap je tempat ni," komen Rozy. Stella angguk setuju. Dia segera menghantar alamat tempat itu kepada Yellena.
"I dah mesej kawan I alamat tempat ni," bisik Stella. Rozy angguk."Kawan you yang Student Council tu ke?" Soal Rozy. Stella memandang Rozy tak berkelip, mereka satu universiti kah? Hampir semua orang kenal dengan Yellena kerana dia berada dalam persatuan pelajar.
"You kenal Yell?" Soal Stella. Rozy pantas menggelengkan kepala."Tak kenal. Tapi tahulah. I selalu nampak you berdua. I department language, dorm I dekat blok F," terang Rozy tanpa dipinta. Stella angguk. Rupanya mereka satu universiti.
"Hah! Dah sampai!" Satu suara mengejutkan mereka berdua. Lelaki berkumis agak tebal dengan kaca mata hitam itu memandang mereka atas bawah. Dia kemudian membuka pintu rumah kedai itu sebelum mengajak Stella dan Rozy masuk. Stella ikut sahaja namun Rozy agak teragak-agak.
"Selamat ke ni?" Soal Rozy. Stella sengih. Dia pun tak tahu, tapi untuk dapatkan duit, dia ikut sahajalah.
"Tak apa kot," komen Stella.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
Любовные романыAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...