100

13 2 4
                                        

Ryan bawa kereta dengan laju. Panggilan yang kami terima merpakan dari salah satu syarikat bawah seliaan kami, Kasut Cantik. Katanya gudang mereka terbakar. Sekarang pihak bomba dan penyelamat sedang bertungkus lumus memadamkan api. Abraham selaku penyelia utama tak dapat pergi kerana berada di rumah mertua, jadi terpaksa suruh Ryan turun padang.

Kasut Cantik merupakan rakan kerjasama awal sewaktu kami mula-mula memperkenalkan Shopa kepada umum. Antara jalinan kerjasama antara Shopa dan SME, Kasut Cantik boleh dikategorikan sebaga syarikat sederhana yang menjadi penyumbang terbanyak pendapatan Shopa. Disebabkan kerjasama dengan Kasut Cantik, kami semua keberatan untuk bekerjasama dengan brand terkenal seperti Skecers.

Walaupun Vlin cakap, aku dan Ryan turun untuk lihat gudang macam tak ada fungsi, tapi sekadar kami tunjuk muka sudah cukup untuk tenangkan hati pemilik Kasut Cantik. Nampaklah yang Shopa ambil berat dengan SME yang bernaung di bawah payung besar Shopa.

"What is happening?" soal Ryan. Aku geleng, aku sendiri tak tahu. Memang nampak tak ada kaitan dengan Shopa, namun kerugian Kasut Cantik boleh menjejaskan Shopa dalam beberapa perkara. Apabila kami sampai, api masih lagi marak menyala.

"What did they said?" Soal Ryan sebaik sahaja bertemu Kimberly, salah seorang pengarah urusan di Kasut Cantik. Dia menyambut huluran tangan kami.

"Tak tahu," jawabnya dengan tangisan. Aku melihat gudang besar yang terbakar marak itu. Api makin marak, ahli bomba masih bertungkus lumus untuk memadamkan api. Aku pandang sekeliling, beberapa orang pengarah urusan Kasut Cantik sedang menangis, dah lah mereka semua perempuan. Difikirkan kembali, kerugian Kasut Cantik akan menjejaskan Shopa dalam beberapa percent. Jualan 8.8 tempoh hari, Kasut Cantik berjaya menyumbang sebanyak 0.35% dari keseluruhan keuntungan. Memang tak banyak, tapi Kasut Cantik antara preferred seller kami dengan keuntungan tetap. Mereka rugi, kami pun akan rugi.

"Apa patut kami buat sekarang Cik Yell?" soal Kimberly.

Aku dan Ryan berpandangan. Buat masa ini, jangan bagi media tahu dahulu. Kena tungguk semua reda sebelum berurusan dengan syarikat insurans dan sediakan refund untuk para pembeli.

"This one second gudang kan? Is stock still there dekat gudang pertama?" Soal Ryan. Tabiklah, tak sangka Ryan begitu arif dengan perihal syarikat kerjasama.

"Kalau first gudang still ada stock, use there first," tambahku. Kimberly angguk sahaja.

"Second gudang mainly untuk online shop. Shopa pun effect lah nanti untuk urusan transfer and postage," jawab Kimberly. Aku dan Ryan berpandangan. Kasut Cantik memang ada jualan atas talian dan jualan di kedai. Disebabkan gudang kedua tempat barang-barang atas talian terbakar, jadi mereka akan memberi kesan kepada Shopa.

"It's fine, kita settle kes terbakar dulu. Hal kerjasama dengan Shopa, kita fikir nanti," Ryan cuba tenangkan mereka.

Seorang ahli bomba berlari ke arah kami. Termengah-mengah dia.

"Boleh saya cakap dengan Pengarah Urusan?" soalnya pada kami. Kimberly segera angkat tangan, wajahnya kerisauan. Bukan sahaja barang, malah ada juga beberapa orang pekerja yang terperangkap masih tak dapat dikeluarkan.

"Encik Ratson masih terperangkap," ujarnya. Teriak Kimberly makin kuat, dia segera berlari melepasi bomba tersebut. Aku dan Ryan pula yang risau. Ratson merupakan pengasas Kasut Cantik. Mula kami tanda tangan kontrak, kami berjumpa dan duduk berbincang dengannya. Bomba itu pandang aku dan Ryan.

"Kami syak, ni kerja khianat," ujarnya. Aku ternganga. Ryan juga mendengus tak percaya. Seketika kemudian, bomba itu pergi menyambung urusannya. Kami dan beberapa orang awam yang datang khusus untuk lihat kebakaran berdiri di belakang garisan bomba.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang