Bergelar orang nombor dua dalam Shopa membuatkan aku berjaya dikenali oleh beberapa orang usahawan tempatan yang menggunakan aplikasi kami. Nasib sahaja Danny okey untuk teman aku berjumpa dengan orang ramai. Aku bercakap, manakala Danny diam dan senyum sahaja.
"Okay. Let's work together sometimes," aku bersalaman dengan Justin Dhao, seorang publisher buku. Aku dah berjaya menarik perhatian dia untuk popularkan penjualan buku melalui aplikasi syarikat kami. Di samping mengiklankan buku, kami turut menyokong penulis tempatan bekarya.
"Did I make any mistakes?" Aku bisik pada Danny. Manalah tahu, aku salah cakap dengan usahawan dan kenamaan yang kami jumpa. Bukannya aku perasan. Ramai sangat! Danny geleng dan tersenyum.
"You look pretty," komennya. Aku mengerutkan dahi. Ada-ada sahaja perangai Danny.
"Yell...jom pergi Tingkat dua," katanya merujuk ke balkoni luar bot persiaran tersebut. Aku angguk. Duduk lama dalam ballroom ni pun sesak nafas juga. Lebih baik keluar dan ambil angin laut malam. Aku berjalan beriringan dengan Danny. Sempat lagi aku menegur beberapa kenalan dan potential business partner sewaktu berjalan. Usai bersalaman, aku dan Danny sampai ke Tingkat dua. Bot luas itu sangat gah dan cantik. Kami berjalan ke hujung hadapan bot. Orang tak begitu ramai, barangkali semua orang sedang khusyuk mendengar live band akustik di ballroom.
Sejuk.
Angin sepoi bahasa menghembus ke arah pipi aku. Aku tarik nafas.Berada di atas bot membuatkan aku terasa seperti dalam movie Titanic. Di hujung bot besar itu persis seperti adegan dalam movie Titanic, di mana Rose dan Jack berpelukkan.
Ah! Lupa! Aku ingat lagi betapa tertipunya aku tentang filem tersebut! Selama ini aku sangka Rose dan Jack adalah orang sebenar, namun harapan aku musnah apabila aku tahu yang kedua watak itu cumalah fiksyen penulis cerita! Bangang sungguh! Habis air mata aku saat Jack mati! Tak guna! Ei!Aku depakan tangan, acah dalam filem Titanic kononnya. Angin malam menghembus lembut ke arahku. Aku senyum sambil pejamkan mata. Tiba-tiba, terasa satu nafas hangat di leher aku, tangannya kemas merangkul pinggang aku.
Danny! Sebab terlampau asyik ingatkan aku dalam movie Titanic, aku boleh lupa yang aku ke sini dengan Danny! Memang aku terlampau seronok acah Titanic sampaikan lupa yang Danny ada dengan aku.
"You jump," kata Danny.
"I jump," balasku, acah yang aku ni Rose. Danny ketawa.Aku jatuhkan tangan, bersedia untuk keluar dari posisi pelik ini. Namun, Danny ternyata lebih bidang dan kuat. Dia mendepakan tangan aku kembali, seperti posisi Rose dan Jack dalam cerita filem Titanic. Wajahnya berada dekat pada leher aku, membuatkan aku geli dengan desahan nafas hangatnya. Aku cuba untuk tak pandang Danny, sebab mukanya cuma beberapa centimeter sahaja dekat dengan aku, jadi aku pandang ke depan.
Tak tahu sama ada denyut jantung aku atau Danny, tapi kami berdua dapat dengarkan degupan kencang itu. Aku telan air liur.
Aku kah yang nervous. Rasa geli, tak selesa semua ada pada diri aku. Paling penting, rasa berdebar yang aku tak pernah rasai sebelum ini."Yell..." suara Danny bergetar.
"Hmm," balasku."Sudi tak you jadi girlfriend I?" Soalnya. Aku terdiam.
Terdiam tanpa jawapan. Danny masih lagi memeluk aku dari belakang.***
Vlin membuka pintu. Gelap. Kemudian, lampu menyala. Kelihatan Steve tersenyum dengan jambangan bunga yang besar. Vlin membalas senyuman itu.
"Happy anniversary my dear," ucapnya penuh makna. Dia menghadiahkan jambangan bunga dan sebuah kotak rantai berlian.
"Steve. You baru je bagi I cincin," ujar Vlin. Vlin menunjukkan cincin di jari. Cincin dengan nilai tiga juta itu bukan sikit ya! Namun, matanya lebih bersinar melihat rantai permata itu.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...