26

19 2 0
                                        

Aku duduk di hadapan Danny bersebelahan dengan Ryan. Sengaja aku pilih duduk di situ kerana dapat bersandar pada dinding.

Stella pula duduk di hadapan Ryan, bersebelahan dengan Danny.

Kiranya, aku setentang dengan Danny. Ryan pula setentang dengan Stella. Aku dan Ryan, bersebelahan.

"Laparnya," komen Ryan. Macam boleh baca isi hati aku. Makanan yang kami pesan akan sampai sekejap lagi, sementara Butler Danny dan Maid Stella ditugaskan sementara untuk jaga aku dan Ryan. Katanya orang penting, lebih kurang kami VVIP lah sebab wakil komuniti Hari Pelajar merangkap ahli persatuan datang singgah kedai.

Masalahnya, VVIP apa yang pakai kostum zombi dan vampire?!

"Yell, siapa make up you?" Soal Stella. Aku dengan selamba jawab nama Samantha. Memang pun dia yang make up aku, warna putih muka aku ni katanya mix antara sunscreen dan cat putih. Entahlah.

"Gais!!!" Satu suara ceria menyapa kami. Rozy. Dia memang sentiasa bersemangat. Aku sudah cukup letih, layan tak layan sahaja dia datang. Di kiri dan kanan Rozy, kelihatan Fiq dan Jean, rakan baik Ryan. Mereka berdua serentak mengambil kerusi untuk duduk. Namun, disebabkan kedua-duanya berebut nak ambil kerusi untuk Si Rozy, dah jadi lambakkan kerusi.

Dah kenapa sampai dua orang nak ambil kerusi lt Rozy?

"Semalam aku dengar vampire persatuan pelajar bergaduh dengan student sampai tarik-tarik rambut," komen Fiq. Jean sekadar diam. Fiq memang lebih cakap banyak berbanding Jean. Aku angkat kening, laju betul kabar angin tersebar!
"Tu sebab aku dengan Yell ganti hari ni," kata Ryan.

Rozy mendengus.
"Korang tu kena buli," jujur ujarnya, dipersetujui oleh Jean dan Fiq. Stella senyap sahaja, begitu juga Danny. Ryan yang bersungguh menegakkan persatuan pelajar. Kemudian, mereka berbual mengenai hari pelajar dan cerita menarik yang terjadi. Stella ketawa mendengar celoteh Rozy.

Terus terang, aku bagaikan orang asing yang hanya memerhati mereka gelak ketawa. Sesekali aku tersengih, mendengar cerita dan celoteh mereka.

Danny juga tak ketinggalan bercerita.

Mungkin, antara mereka enam orang, Ryan, Danny, Stella, Rozy, Fiq dan Jean...
Aku macam orang asing.
Mungkin aku tak patut duduk dekat meja ni...

Makanan aku dan Ryan sampai. Sementara itu, Rozy memesan frappucino. Fiq dan Jean turut pesan benda yang sama dengan Rozy.

"Yell," panggil Rozy melihat aku hanya diam dari tadi.
"Ya," jawabku sambil makan meatball.

"Hahahahah, zombi makan meatball," usik Fiq. Ryan ketawa melihat aku.
"Ryan! You vampire! Tak boleh makan bawang putih!" Kata Stella mengusik. Mereka semua ketawa besar. Aku hanya senyum sambil menghadap makanan aku.

"Yell!" Rozy panggil aku, macam nak aku terlibat dengan celoteh mereka. Suasana tenang seketika, seperti bagi aku ruang untuk bercakap.
"Kau jadi zombi buat apa je?" Soal Rozy.

"Aku usik orang," polos jawabku sambil menelan meatball. Mereka memandang aku, meminta penjelasan macam mana pendiam macam aku boleh jadi zombi.
Aku buat rambut ke depan. depakan tangan ke arah Danny yang di hadapanku.
"Oottaakkkkk!!" Aku cuba mengajuk cara aku usik orang.

Aku kemudian menolak rambut ke belakang. Dengan bangga memandang mereka menjelaskan gayaku jadi zombi. Sunyi. Mereka barangkali tercengang dengan aku.

"Ahahaha! COMEL!!" suara Danny memecah keheningan. Dia dari tadi meletakkan tangan di pipi kiri sambil memandang aku. Danny tersenyum riang bagaikan anak kecil dapat gula-gula sambil memandang aku.

Komen Danny yang begitu "tiber" membuatkan semua orang ketap bibir menahan senyum kecuali aku. Aku segera minum air putih, terasa kelat entah kenapa. Rozy terus minum air, begitu juga Jean dan Fiq yang membuat isyarat mata. Ryan menahan senyum dengan cara ketap bibir. Stella cuma menggaris senyuman sahaja.

Aku tak tahu sama ada Danny ikhlas atau tak. Tapi respon lambatnya itu sudah cukup untuk buat aku rasa segan dan.....

"How about....after Hari Pelajar, after exam, kita enam pergi theme park!" Cadang Rozy cuba untuk ceriakan suasana "tiber". Fiq dan Jean terus bersetuju. Ryan kelihatan berfikir, namun Rozy lebih bijak. Dia ajak Stella agar setuju. Apabila Stella bersetuju, Ryan turut angguk untuk menyertai mereka.

Selepas Hari Pelajar, kami akan ada study week sebelum peperiksaan. Setelah itu peperiksaan dan cuti semester. Ah, malasnya cuti semester!
"Yell, jom lah," kata Rozy.

Mungkin boleh jugak. Sebelum aku berada di bawah bayangan maharani kuku besi Vlin, baik aku gembirakan diri dahulu.

Aku angguk setuju.

"Rozy, you tak nak tanya I ke?" Soal Danny. Rozy tersengih lantas menekup mulut.
"Yell dah onz. You mestilah onz kannn," sengaja dia kuatkan perkataan "kannn". Aku sempat lihat Danny menjegil ke arahnya, namun aku cuba buat bodoh sahaja.

****

Aku meletakkan paper bag di atas meja. Pagi tadi aku usung ke bilik persatuan, namun tak sempat untuk aku pulangkan barang itu kepada pemiliknya. Mungkin esok sahaja lah kot.

Lagipun, pemilik paperbag itu seperti terlampau fokus mengejar sesuatu.

Stella mencuit aku dari belakang. Aku membalasnya dengan senyuman.
"Everything good?" Soalnya. Aku angguk.

"Esok you kena jadi zombi lagi?" Prihatin dia bertanya pada aku. Aku geleng kepala.
Esok dah hari penutup.

Majlis yang aku dan Ryan rancang selama tiga bulan awal ini semestinya berlalu dengan pantas sekali. Siapa sangka, majlis yang menyebabkan aku dan Ryan ponteng kelas, naik turun bilik dekan, cari sukarelawan dan buat macam-macam untuk pastikan ia berjalan lancar, boleh habis dalam sekelip mata.

Itulah orang cakap, merancang lagi susah daripada melaksanakannya.

"Live band esok ada siapa saja?" Soal Stella. Aku menjawab sekadar yang aku ingat.
"Okay. Esok kita gerak sekali dengan Rozy," katanya. Aku angguk setuju.

"Danny cakap dia nak ikut. Boleh ke?" Soalku. Stella memandang aku. Baru aku teringat yang Danny cakap dia nak ikut aku dengan Stella dan Rozy esok.
Stella terkebil-kebil.
"Dia bagitahu you?" Soalnya. Aku angguk.

"Ryan ada sekali," jawabku. Wajah Stella tak berubah bila dengar nama Ryan.

"You dengan Danny sejak bila jadi baik? I mean, sebelum ni...dia kan..." Stella cuba mengcungkil rahsia. Namun, ada kesilapan di situ. Aku pun tak tahu macam mana Danny boleh jadi baik dengan aku.
"Aku pun tak faham dengan si Danny tu," komenku perlahan.

"Tetiba," balasku polos. Stella sekadar ketawa.

***

Danny bermain dengan laptop di atas katil. Ryan pula sedang menyiapkan assignment walhal hari sudah larut. Sesekali dia tersengih.

"Kau apahal?" Soal Ryan melihat Danny macam orang angau.
Danny geleng kepala, menyembunyikan hati yang berbunga.

"Eh, esok aku ajak Yell pergi tengok live band untuk majlis penutup," kata Danny. Ryan angkat kening.

"Jom lah dengan kitaorang sekali," kata Danny. Ryan pantas menolak. Dia tak mahu kacau daun. Ya lah. Nanti, disebabkan dia kacau daun, menyemak dekat situ, segan pula Danny atau Yell nak ke langkah seterusnya, mengenali hati budi masing-masing. Jadi ada baiknya kalau dia berundur selangkah.

"Kau pergi lah dengan Yell. Berdua," sengaja dia tekankan perkataan berdua. Berdasarkan komen "ahahahaha comel" sewaktu mereka makan tadi, sesiapa pun boleh syak yang Danny suka pada Yellena!
"Dia ajak satu kampung ikut," komen Danny selamba.

Ryan ketap bibir.
Memang style Yellena sangat. Mesti dia akan ajak Rozy dengan Stella sekali. Tak da maknanya dia nak keluar dengan Danny. Ryan menjeling wajah Danny yang kelihatan sedikit hampa.

"Okay. Aku ikut," ujar Ryan. Danny sengih.

"Danny," panggil Ryan. Danny memandangnya tak berkelip.
"If it is Yell, it's gonna be quite challenging," komen Ryan.

Dia kenal Yell. Bahkan berbanding orang lain, dia tahu perkara yang Yell tak nak ceritakan. Walaupun dia tak kenal Yell dengan begitu mendalam, tapi dia tahu...

Bagaikan ada penghadang antara Yellena dan "dunia". Sukar untuk orang luar seperti mereka untuk menembus penghadang itu.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang