149

16 2 0
                                    

Selain mental, tak ada otak dan gila...aku rasa tak ada kata makian sesuai untuk seorang Ryan Chia yang entah ke mana perginya. Aku memandang ayah yang dah bertahun aku tak jumpa, sedang pegang penukul...memasang rak kasut di rumah baharu Ryan.

Kelihatan ayah sedikit cengkung, khusyuk dengan kerja memasang rak kasut kayu yang lebih tinggi darinya. Di sisi lelaki tua itu, ada sekeping tutorial memasang rak. Yang Ryan ni pun satu hal, dah kenapa nak suruh ayah aku yang tua tu pasang rak sedangkan dia dah upah orang buat hiasan dalaman. Takkan rak bodoh tu pun nak suruh ayah aku pasang?

"Ryan suruh pasang ke?" Aku menegur dahulu. Aku tahu ayah nampak sahaja aku, tapi dia diam sahaja, fokus pasang rak.

"Tak. Sajalah ayah tolong Ryan pasang," katanya. Aku pula diam sahaja.
Aku senyap. Malas lah aku nak bangkitkan pasal ayah.

Biar aku ceritakan mengenai rumah baharu Ryan dan Stella yang korang mesti nak tahu. Ianya sebuah rumah di kawasan perumahan, ada laman yang tak luas dan tak sempit, cukuplah untuk budak-budak bermain. Rumah dua tingkat itu lebih kecil kalau dibandingkan dengan rumah tempat Ryan membesar. Aku kemudian masuk ke bahagian dalam rumah, melihat perabot warna hitam putih yang nampak sangat "rumah Ryan", sebenarnya tak adalah begitu cantik. Berbeza dengan citarasa Stella.

Untung Stella dapat kahwin dengan Ryan. Belum apa-apa lagi dia dah sediakan rumah. Aku memandang segenap pelosok rumah.
Ryan dan Stella.
Kalau dulu aku cemburu, sekarang aku cuma rasa tumpang gembira dengan kegembiraan mereka. Walaupun Ryan tak cakap dengan aku mengapa dia beli rumah, tapi tak ada alasan lain yang lebih sesuai melainkan dia mahu mengahwini Stella!

Aku senyum sendirian. Tak ada sebab untuk aku cemburu atau makan hati dengan dua kawan baik aku berkahwin.
Lagi pula, aku dah fikir masak-masak mengenai lamaran Danny.

Tapi...melihat dekorasi rumah Ryan, aku dapat rasakan ianya kurang sentuhan "wanita". Dia tak tanya Stella dulu ke nak deko rumah macam mana? Main ikut kepala dia je ke? Aduh, Ryan ni memang tak fikir panjanglah!

Tapi, manalah aku nak tahu kan. Memang kot Stella nak ikut cakap Ryan bab perhiasan rumah. Seketika kemudian, loceng rumah berbunyi, menandakan pekerja pemasangan pintu datang. Bergegas aku melihat mereka pasang pintu.

"Puan, lepas kami pasang pintu nanti kami panggil puan," ujar salah seorang pekerja itu. Aku tercengang pula apabila pekerja itu memanggil aku dengan panggilan Puan, tapi aku malas nak terangkan sebab tak mahu panjangkan perbualan mengganggu kerja mereka.
Akhirnya, aku masuk kembali ke ruang tamu. Melihat ayah masih buat kerja tukang kayu di laman, aku melihat kiri dan kanan.

Seketika kemudian, aku sedar yang aku dah siap bancuh air untuk ayah sementara tangan aku sudah pegang mop untuk bersihkan kawasan rumah dua tingkat ini. Melihat ayah yang dah hampir siap memasang rak kayu itu, aku segera keluar dengan membawa segelas air sejuk.
Ayah menyambut air itu dari tangan aku. Belum sempat dia ucapkan terima kasih, pekerja-pekerja itu memanggil aku.

***

Stella memandang Genie. Dia mengetap gigi menahan geram.

"Terima je lah," kata Stella apabila Genie tunjukkan satu skrip aksi yang baharu.
"Tapi Stella," Genie cuba menghalang. Ini yang dia tak faham. Media sudah maklum yang Stella ambil cuti beberapa bulan daripada industri hiburan.

Eh!
Tak sangka pula, ada satu skrip yang terlepas masuk ke dalam mereka. Katanya, mereka tak akan pilih pelakon lain melainkan Stella. Kata mereka lagi, itu merupakan permintaan penulis.

"Kalau dia setuju tunggu I, kira okey lah," kata Stella. Dia akan bersetuju jika penulis dan pengarah filem menyetujui syarat-syaratnya.

"Kalau dia orang tak nak setuju pun I tak kisah. After all, I nak kahwin dengan anak orang kaya," kata Stella angkuh.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now