Aku termenung jauh ke luar jendela. Ryan memandu kereta, manakal Stella ada di sisinya. Danny pula duduk diam sahaja dibelakang dengan aku.
Apa perancangan Vlin? Aku dah ikut cakap dia agar dapat berkawan dengan Ryan dan Danny. Kenapa pula dia mendekat dengan bapa Danny. Gaya mereka berdua tadi macam pasangan sahaja. Aku jarang lihat Vlin ketawa seceria itu. Aku tekup mulut sambil memandang luar jendela. Mesti dia ada rancangan lain.
Aku kena halang dia?! Tapi....
"Ryan, boleh kau berhenti kereta dekat perhentian bas tak?" Soalku.
"Ha?" Soal Ryan."Aku ingat nak jumpa some one. Stella, aku tak balik hostel malam ni," ujarku.
"You nak jumpa siapa Yell?" Soal Stella."Mak cik aku," ujarku. Stella angguk.
"Eh, suruh Ryan hantar sampai rumah mak cik you lah. Tak payah susah naik bas," sampuk Danny.Aku geleng.
"Tak pe. Aku naik bas," tegasku.
Ryan diam. Danny tak balas, kelihatan dia memberi reaksi muka pada Ryan."Kitaorang hantar sampai rumah mak cik kau lah," ujar Ryan. Aku geleng.
Aduh! Mereka ni tak faham! Vlin bukan nya jenis akan mengalu-alukan kedatangan."Mak cik aku tu...lain sikit," ujarku. Aku memandang Stella. Tolong lah aku weh.
Tapi, Stella macam tak faham. Dia lebih sebelahkan Danny dan Ryan."Korang kan lelaki. Nanti kalau mak cik aku nampak, dia banyak tanya pulak," ujarku acuh tak acuh. Stella memusing badan.
"Kami cakap lah kami member universiti," Danny berkeras.Aduh! Masalah sungguh.
Stella macam faham aku.
"I rasa better ikut je Yell cakap. Mana nak tau kan, nanti mak cik dia marah ke..." kata Stella. Aku angguk laju, cuba menakutkan Ryan dan Danny mengenai mak cik aku. Ryan memandang ke arah Stella.
Danny memandang aku.Eii...Danny tak boleh tahu pasal mak cik aku!
Ryan memandang Stella. Akhirnya, dia bersetuju untuk turunkan aku di perhentian bas.
Saat aku bersedia untuk turun, Ryan memanggil aku."Yell, apa-apa call okay," ujarnya sambil buat isyarat telefon. Stella angguk. Aku angguk, mengucapkan terima kasih dan segera turun dari BMW putih itu. Namun, Danny juga turun.
"Ryan, kau dengan Stella balik lah dulu," ujarnya lalu keluar melalui pintu bertentangan. Aku terkedu melihat aksi spontan itu.
Setelah itu, kami berdua melambai pergi kereta Stella dan Ryan."Aku kan.." agak kekok untuk aku meminta Danny pulang.
"Tak...I temankan you naik bas. Lepas tu, I balik." Putusnya.Aku terkedu. Memang tak ada sesiapa pun yang boleh halang Danny Chia!
****
"Ryan, you dah decide nak join competition tahun depan tu?" Soalan Stella menyebabkan Ryan kembali berfikir. Kalau nak sertai, dia perlu mulakan sekarang.
"Entahlah," jawab Ryan."Setakat ada, me...Fiq dengan Jean, macam tak cukup orang pulak dalam team," kata Ryan. Nak masuk team, memang kena orang yang sekepala. Fiq dan Jean memang boleh masuk dengannya. Lagipun, mereka dah lama bersama, kalau nak cari orang baru...mungkin akan sukar sedikit. Ryan pula, kalau boleh dia nak cari orang yang minat dengan perniagaan.
Start up company, perlukan idea baharu!"I tak rasa ada orang yang..." Ryan berfikir. Siapa?
"Sayang, you nak join I ?" Soal Ryan. Stella pantas menggeleng.
"Tak nak lah I. Nanti tak jadi start up, you tahu kan, pasangan couple tak boleh kerja sekali," kata Stella. Ryan kerutkan dahi! Entah dari mana Stella cedok ayat tersebut. Langsung tak boleh pakai!
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
Любовные романыAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...