"Abang Long, he literally said that to you?" soal Natasha ternganga. Ryan jauh lebih berani daripada apa yang dia bayangkan. Terasa nak ketawa, namun takut abang long pula yang merajuk dengannya.
Steve menggaru hidung. Dia langsung tak rasa kelakar. Tapi, maklumlah dia tengah bercakap dengan Natasha yang sering rasa benda tak kelakar, kelakar! Steve angguk, ikutkan hati malas nak buka cerita. Tapi, Natasha siap angkat kaki letak atas mejanya, mengugut yang dia takkan keluar selagi tak tahu apa tujuan sebenar Ryan Chia tak ada angin tak ada ribut datang bertemu dengan Steve Chia.
Sejujurnya, nak halau Natasha lagi susah daripada Ryan. Natasha punya keras kepala lain macam!
"He really crossed the limit," ujarnya. Natasha pandang Steve, kononnya macam nak bagi sokongan moral. Steve diam.
Dia tahu apa yang Ryan cakap ada betulnya. Andai kata Danny dan Yellena tahu perihal dia dan Vlin, pasti Danny akan kecewa. Sudahlah dia dan Danny tak mesra walaupun bapa dan anak.
"Ryan tu tak sedar diri betul lah. Dia tu cuma..." Natasha mendengus lantas mengomel. Steve menjegil Natasha. Selalu sangat minah ni nak lepas cakap. Ni kalau ayah tahu, mahu ayah mengamuk dengan Natasha. Mereka sekeluarga dah berjanji nak kuburkan perihal Ryan sampai mati, takkan ungkit lagi. Natasha ketap bibir, jelingan abang long sudah cukup untuk membuatkan dia berhenti berkata-kata. Natasha berdehem, dan kembali duduk tegak.
"If he pissed you off, I can handle him with a single blow abang," Natasha tersenyum sambil memegang fail erat. Steve diam, dia pandang Natasha yang tersenyum sinis. Dia tahu, Natasha memang dari dulu lagi teringin nak jatuhkan Ryan. Sebabnya mudah, barangkali dia nak ayah beri perhatian padanya daripada Ryan. Entah apa yang hendak dia buktikan, Steve pun tak faham.
"How?" soal Steve. Dalam hal ini, dia mahu kekal neutral. Ayah sayang dengan Ryan, itu fakta. Ayah tak suka anak perempuannya campur tangan urusan lelaki, itu juga fakta. Bagi Steve, dia berada di tengah-tengah. Dia tak sokong Natasha, ataupun Ryan. Natasha menghulurkan fail proposal bewarna merah. Lama Steve meneliti sebelum mengerutkan dahi. Dia pandang Natasha.
"Tasha...this is.." Steve bersuara. Idea yang dikemukakan oleh Natasha itu telah ditambah baik berbanding kali pertama idea itu muncul. Steve pandang Natasha.
"Told ya...I can finish him up!" tegas Natasha sambil tersenyum sarkastik. Steve ketap gigi, masih lagi berfikir. Kalau Presiden tahu, apa tindakannya. Steve sebagai Naib Presiden juga ada hak untuk meluluskan projek. Dia senyap berfikir.
"Abang long, come on...We need to teach him a lesson," ujar Natasha.
"Mak dia pun tak reti ajar dia, so we should!" Natasha cakap lepas, membuatkan Steve menjeling. Natasha segera kunci mulut. Silap langkah, dia yang gaduh dengan Steve, lebih baik senyap sebelum Steve hilang sabar dengannya.
"Proceed then," selamba sahaja arahan Steve.
***
"Apahal sayang macam ada masalah," Soal Stella sambil menghidangkan spaghetti bolognese kepada Ryan. Seperti biasa, mereka akan dating di rumah Stella. Yell keluar dengan Danny, jadi tak ada orang di rumah. Namun, Ryan menegaskan tiada apa-apa yang berlaku.
"Jualan 8.8 Shopa, apa perkembangan?" Soal Stella. Ryan sudah lama tak buka cerita tentang jualan tersebut. Rasanya mereka dalam fasa menunggu pelancaran. Ryan tak menjawab, namun Stella cuba buat-buat faham sahaja. Dia mengurut bahu Ryan yang tampak tegang,
"Glad you're here," kata Ryan mengusap tangan Stella.Kemudian, dia meramas jari jemari Stella. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam.
"I nak pindah dari rumah ni," kata Stella.
"The company provides me a bigger house, more privacy," kata Stella.
"Habis tu Yell sorang lah sewa nanti?" Suara Ryan kedengaran separa risau. Dia memandang Stella.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...