Senang sahaja mulut Ben bercakap. Ada ke patut dia suruh aku pujuk Ryan untuk hack sistem Chia Storeline. Gila kan! Tak...aku tak kisah nak hack ke apa benda, yang aku lagi kisah...
KENAPA AKU YANG KENA CAKAP DENGAN RYAN?
Alasan aku seorang perempuan kedengaran akan sexsit dan tak boleh diterima pakai. Ben menolak aku ke hadapan, aku cuba bertahan tak mahu masuk ke pejabat dan cakap dengan Ryan. Namun, tak sempat aku loloskan diri, Abraham terlebih dahulu ketuk pintu.
Aku buat isyarat mulut gila sebelum Abraham buka pintu dan Ben tolak aku masuk.
"Yell," sapa Ryan. Aku garu kepala memandang Ryan.
"Hi Ryan," sapaku kekok. Dia kemudian tersenyum ke arahku. Memang handsome senyuman Ryan Chia. Aku balas senyuman Ryan dengan sengihan bodoh.
"Dia orang suruh kau pujuk aku?" Soal Ryan. Tekaan yang tepat sekali."Mana kau tahu?" Soalku membuatkan dia ketawa. Aku kemudian tersenyum pahit. Memang setiap kali ada benda kena cakap semuanya akan tolak aku. Kata mereka, Ryan tak berapa tegas dengan aku. Waktu zaman kami belajar sama, waktu proposal lepas sama, dan kini masih tak berubah.
Mereka akan tolak aku kehadapan untuk bercakap dengan Ryan atau memujuknya.Ryan menutup fail dan memandang aku.
Aku angkat kening.
Sebenarnya, lepas Ben cakap mengenai perihal hack tersebut, aku pun tak membantah cadangannya."You do think I should go and hack them?" Soalnya. Aku berat nak cakap, akhirnya aku angguk. Ryan bersandar, dia tak pandang aku.
"Ryan..." panggilku meleret. Dia kemudian memandang aku.
"We should attack them before they wipe us out," ujarku.
"At this moment, Ben cakap their security wall isn't good as us. Even they..." aku terhenti melihat reaksi Ryan seperti hmm. Sebenarnya dia tak ada reaksi."Nantilah aku fikirkan," katanya. Tak tahu sama ada positif atau tidak. Aku memandang Ryan sambil garu kepala. Perkataan "fikirkan" memang ada sinar positif, tapi fikir balik tentang ciri-ciri seorang Ryan Chia yang berprinsip dan acah dia paling baik dalam dunia ni, aku tak rasa dia akan setuju dengan mudah.
***
"Boleh buat ke tak boleh buat?" Soal Danny. Dia dah tak ada kawan yang berkelapangan untuk minta tolong melainkan Stella. Lagipun, Rozy sejak dah ada anak memang susah nak bergerak ke mana-mana. Jadi, orang yang paling rapat dan bujang di sekeliling Yellena; tidak lain tidak bukan cuma Stella sahaja.
"Korang dua je kan?" Soal Stella acuh tak acuh. Sebenarnya dia tak rasa langsung ada keperluan nak buat parti sambutan kepulangan Danny. Parti itu jugak bertujuan nak suprisekan Yellena.
"Ha'ah. Lepas you tengok I dengan Yell get back together, you boleh blah," selamba sahaja kata Danny. Stella merengus. Dia rasa geram dan meluat, tapi tak boleh menolak sebab orang tersebut ialah Danny Chia.
"Parti apa kalau kau dengan Yell berdua je," perli Stella."I suruh you ajak Ryan, you tak nak," sambut Danny.
Stella mendengus.
"I dengan dia kan tengah...." Stella merungut. Danny diam.
Terlupa pula yang Stella dan Ryan sedang "berpisah sementara". Danny tak faham macam mana boleh mereka berdua berpisah sementara, sedangkan dia setiap saat dan minit asyik teringatkan Yellena. Mungkin juga dia tak matang. Tapi, hubungan Stella dan Ryan cukup lama untuk pergaduhan ke anak-anakkan ini."I don't understand kenapa you dengan Ryan nak take a breather? Isn't relationship supposed to be together during hard and easy time?" Danny mempersoalkan hubungan mereka.
"You can't assume everyone relationship just like you," komen Stella. Danny senyap. Mungkin juga pandangannya kedengaran kebudak-budakkan.
"Love is not always glitters and sparks you know," tambah Stella.
"But you guys dah lama kot, why now?" Soal Danny. Dia masih tak faham kenapa Ryan dan Stella boleh setuju untuk perpisahan bersifat sementara ini.
"Sebab dah lama together lah, i cadangkan both of is take a breather," ujar Stella. Danny masih lagi tak puas hati.
"I need space. Ryan need time," kata Stella.
"Still. I just don't get it. It's not like you guys really broke up," kata Danny. Stella mendengus. Memang Danny takkan faham. Apa yang Stella perlukan sekarang ialah ruang untuk dia jadi yang terbaik dalam hidup. Ryan pula perlukan masa untuk kerjayanya. Pendapat Stella, mereka perlu beri satu sama lain peluang untuk hidup sendiri. Setelah lama bersama, Stella bagaikan tak ada ruang untuk dirinya sendiri.
Dia mahu ruang untuk diri sendiri. Dia mahu kesempatan untuk jadi Stella: bukannya teman wanita Ryan Chia.
"Well...I just need some space," kata Stella masih teguh dengan pendiriannya.
"Tak faham," kata Danny."Don't you need space for your own growth? I needed it," kata Stella. Danny senyap lama di telefon.
Suara Danny berdehem."My space is Yellena. My time is Yellena. I neither need space, nor time. I just want my girlfriend to be with me," mudah sahaja Danny lafazkan. Stella terdiam.
Dia tak begitu gembira dengan kata-kata Danny.***
Keluar dari pejabat Ryan, Abraham dan Ben terus serang aku.
"What did he said?" Cliche, tapi itulah hakikat soalannya.Aku buat riak selamba.
"You guys know how Ryan is," balasku. Ben kelihatan hampa dan tak puas hati dengan jawapan. Abraham tak terkejut, sebaliknya angguk menerima sahaja.
"You should talk to him again," pinta Ben. Dia macam tak putus asa untuk minta Ryan hack laman web Chia Storeline."It's against the rules. And besides, kalau polis tangkap macam mana?!" Aku mempertahankan Ryan. Ryan dengan kami semua berbeza.
Dia ada prinsip dan berfikiran panjang. Ben pula, suka-suka hati dia sahaja."He won't get caught!" Tegas Ben.
"Dulu time dia hack sistem CIA waktu dekat US, he did it so well!" Kata Ben. Aku sedikit terkejut. Serius lah Ryan pernah godam laman web CIA. Abraham pandang aku, dia pun mungkin tak tahu yang Ryan ada kemahiran menggodam begitu.
"What!!" Kata Ben melihat aku dan Abraham saling berpandangan.
"Korang jangan tertipu dengan muka baik dia. I tell you! He's legit hack the CIA system and got away without any traces! I tell you, even the NYPD security department pun hampir scout Ryan as their team, tapi sebab dia bukan warganegara je dia tolak!" Ujar Ben.Aku terdiam. Ben, Nicholas dan Ryan merupakan rakan ketika Ryan belajar di Amerika. Sewaktu dia di sana aku tak tahu dengan terperinci perkembangan hidup Ryan. Aku pun tak banyak tanya Stella tentang Ryan. Mendengar kata-kata Ben membuatkan aku tersedar.
That person is Ryan Chia.
What do you expect!
He's the youngest son of the conglomerate family.
He's not your ordinary best friend.Aku mendengus.
Aku tak tahu apa yang Ryan akan buat. Untuk syarikat kecil seperti kami, melawan syarikat besar seperti Chia Group adalah sebuah peperangan yang berat sebelah.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
Roman d'amourAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...